Your search results

Deed of assignment atau surat ikatan tugasan

Dikirim Oleh D' rumah on 14/07/2009
| 38 Ulasan

Hiasan Inggeris

Sekadar hiasan

Deed of Assignment atau surat ikatan tugasan adalah dokumen perjanjian yang membuktikan pemindahan hak milik. Ia digunakan apabila hartanah masih lagi dibawah geran induk.

Apa itu geran? Geran adalah satu sistem yang diadaptasi dari undang-undang Australia yang mana pasa setiap pemilikan hartanah itu disertakan sekali dokumen atau sijil hak milik yang kini dikenali sebagai “Geran”. Sama seperti surat hak milik kenderaan kereta kita, yang mana bank akan menyimpannya, sebagai pemilik anda boleh meminta salinan geran untuk simpanan dan rujukan peribadi.

Jika ada hartanah yang masih didalam pembinaan tetapi hartanah terbabit walaupun “pegangan bebas – freehold” pemaju tidak memberi apa-apa dokumen salinan peganggan seperti sijil hak milik atau geran? Senario ini adalah satu contoh yang mana pemaju sewaktu pembinaan tidak menghantar permohonan pada pejabat tanah negeri untuk memecahkan tanah-tanah tersebut kepada lot-lot individu.

kadang-kadang kita terlepas pandang akan cara dan teknik baling batu sembunyi tangan dari pihak pemaju. Caranya dengan menawarkan harga yang rendah berbanding sesuatu kawasan itu, dan segalanya diberikan percuma. Anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 dan tunggu selama 2 tahun anda boleh memiliki rumah. Ini bakal menarik ramai pembeli tetapi pembeli ini bakal berhadapan cara yang sama apabila mereka ingin menukar nama pemilik atau mungkin juga masalah suatu masa nanti, jadi berhati – hati.

Pemaju kebiasaanya akan memindah hak milik tanah itu kepada anda jika status tanah tersebut didalam geran individu, dan anda juga akan menandatangani satu surat memorandum pemindahan (MOT) tanah. Jika anda membeli hartanah tanpa menandatangani apa-apa memorandum pemindahan (MOT) ini boleh disimpulkan bahawa tanah belian itu masih didalam “geran induk” atau dikenali sebagai “master title”.

Disebabkan hartanah terbabit didalam bentuk “geran induk” pemaju akan membina perjanjian asing yang mana ia dipanggil Surat Ikatan Tugasan (Deed of Assignment atau DOA). Pada dasarnya ia bertujuan untuk membuktikan bahawa pihak pemaju sebagai pemilik tanah bersetuju dan berjanji untuk membenarkan anda sebagai pemilik sementara menggunakan hartanah ini tetapi tertakluk pada syarat dan terma yang terkandung didalam perjanjian DOA yang telah di setem. Walau pun anda yang membayar wang ansuran bulanan, rumah itu tetap bukan hak milik anda sehinggalah adanya sijil pegangan strata atau lebih dikenali sebagai “Strata Title”(untuk rumah bertingkat) atau Sijil pegangan individu “Individual Title” (untuk rumah bertanah) dikeluarkan.

Walau bagaimana pun Deed of assignment adalah satu pegangan hartanah yang juga penting  jika anda memilikinya ia sepatutunya diletakkan ditempat yang selamat bersama-sama perjanjian jual beli. Cuma hartanah jenis pegangan induk ini kebiasaanya adalah hartanah bertingkat seperti pangsapuri (apartment), kondominium (Condominium) dan kedai pejabat (Shop office) yang bertingkat dan mempunyai lot atau unit yang belainan pemilik. Sebagai pemilik baru (sementara) anda tidak  boleh memindah, mencagar atau menjual hartanah ini melainkan ia mendapat kebenaran dari pihak pemaju.

38 pendapat dalam “Deed of assignment atau surat ikatan tugasan

  • pada 08/05/2013

    hi,

    saya dalam proses membeli sebuah shopofice, selepas melalui urusan bank kami diberitahu permohonan ditolak kerana tiada geran. selepas menghubungi tuan rumah, saya dimaklumkan geran adalah geran induk. apakah proses seterusnya perlu dilakukan? adakah rumah begini boleh dibeli?

    Terma kasih,
    tz

    • c-mi
      pada 08/05/2013

      geran ni namanya “master title”. kene cari pemaju tu.. minta salinan geran kerana awak nk beli property tu.. proses belian tuan bermula disini. Satu lagi, try cari lawyer yang biasa dgn urusan hartanah. semoga dpt manfaat di sini…

  • hamba Allah
    pada 19/06/2013

    salam saudara, disini sy hendak tujukan satu soalan.
    baru2 ni sy membeli rumah flat. cuma yg sy mushkil, penjual rumah ini mahukan deed of assigment dari sy? adakah ini salah dari undang2..? buat masa ini, sy tidak akan bagi sebarang dokumen kpd penjual rumah krn sy risau penjual akan manipulasi dokumen tersebut untuk tujuan tertentu. mohon pencerahan dari saudara. terima kasih.

    • c-mi
      pada 20/06/2013

      pembeli kene buat deed? flat tu dbkl punye? make sure dia dah beli 10 tahun lepas. I smells something fishy here.

  • baba yaga
    pada 30/01/2015

    saya sudah selesai membeli rumah flat..dan saya sudah memiliki DOA rumah tersebut..ini bermakna rumah saya still under MASTER TITLE kan ?
    jadi bagai mana prosess utk mndapatkan INDIVIDUAL TITLE ? brdasarkan lawyer saya, dia mengatakan ia mengambil masa dalam 5 tahun atau lebih utk mndapatkan INDIVIDUAL TITLE..
    saya keliru sama ada lawyer itu tipu / malas nk buat kerja..atau memang begitu masa yg diambil..

    • c-mi
      pada 03/03/2015

      individu title pemaju yang buat. pemaju kene naik taraf tanah dari pertanian kepada pembangunan. bayar premium lepas tu baru mohon pecah geran. kalau tak pasti terus berurusan dengan pemaju. kalau pemaju muflis, tuan hanya boleh terus berdoa dan berharap.

  • mohd
    pada 31/01/2015

    saya nak jual rumah sri penara .pembeli bujang boleh ke

    • c-mi
      pada 03/03/2015

      boleh

  • mohd
    pada 31/01/2015

    rumah sri penara beli th 204 strata saya belum aaaaambil. rumah murah dbkl

  • pada 15/02/2015

    DOA pemaju yg keluarkan ke? Atau pegum yg mewakili penjual kena buatkan?

    • c-mi
      pada 03/03/2015

      pemaju

  • Razdzi
    pada 27/03/2015

    Saya nak beli rumah atas tanah rezab melayu di selangor. Status tanah, tanah bangunan dan tiada sekatan kepentingan.

    Saya lahir di sabah berketurunan melayu, Ayah saya melayu dan datuk melayu dari negeri sembilan. Bila nak sign agreement kat office lawyer, dia tolak pemohonan saya untuk disatukan nama saya dan isteri dalam agreement. Mohon mencerahan.

    • c-mi
      pada 30/03/2015

      cuba buat rayuan. Kena sediakan bukti lah yang anda berasal dari semenanjung.

  • aelin
    pada 31/03/2015

    Saya agak keliru..proses pembelian sub sale property with master title perlu sign and stamp DOA..which kita kena pay stamp duty for the transfer of title…so once individual title issued, do we still need to sign 14a and pay another stamp duty? Thanks for sharing.

    • c-mi
      pada 08/04/2015

      master title kene berurusan dengan pemaju. selalu developer akan kene kan caj 1-4% bergantung kepada kemurahan hati developer. jika strata keluar nanti mungkin ade admin caj.. apa2 pun semak dgn pemaju. lain pemaju, lain polisi dia..

  • mar
    pada 12/04/2015

    Slm c-mi..deed of assignment bole tak kita sign semasa tanah dlm proses conversion dari pertanian ke bangunan utk geran GM master title..pengusaha/tuan tanah adalah syarikat kontraktor berdaftar cidb. company akan buat townhouse setingkat. Unit bawah dan atas owner berlainan.
    Mohon pencerahan.

    • c-mi
      pada 14/06/2015

      siapa yang buat DOA? kalau lawyer buat tak kan dia tak bagi tahu laku ke tak DOA tu? 🙂

  • Yat Ali
    pada 15/04/2015

    Betul ke pemahaman saya masa saya baca tulisan tuan diatas bahawa, jika kita perolehi hartanah hanya dengan menggunakan DOA, hartanah itu tidak boleh dipindah milik? Kalau begitu, adakah bermakna kita tidak boleh jual balik hartanah itu?

    Saya kini sedang dalam situasi tersebut. Harta yg masih belum mempunyai strata title, tapi pemaju sudah bankrupt dan telah diserahkan ke Dana Harta. Tapi rumahnya dah siap, cuma itula… Title nya tiada. Mohon pencerahan tuan. Terima Kasih.

    • c-mi
      pada 14/06/2015

      Untuk pindah hak milik kita tetap refer pada perjanjian jual beli. sebab segala maklumat untuk hartanah itu ada pada dokumen itu. DOA satu dokumen tambahan yang mana syarat atau undang2 kecil lain yang pemaju mahu pembeli patuhi. Jika pemaju muflis, mahkamah akan lantik syarikat prrunding untuk uruskan segala transaksi bagi pihak pemaju yang muflis.

  • azie
    pada 15/04/2015

    ape itu deed of reassignment? untuk apa?

    • c-mi
      pada 14/06/2015

      laa.. tak baca ke artikel atas tu.

  • zainul
    pada 18/06/2015

    saya nak jual apartment saya tetapi pemaju dah lari.saya cuba dapatkan deed of asignment dari bank tetapi bank tidak ada
    salinan.Apabila saya cuba dapatkan dari lawyer yang menguruskan jual beli apartment saya dulu memberitahu bahawa deed of asignment telah tak dapat di kesan.

    • c-mi
      pada 08/07/2015

      Pemaju lari? Mesti ada creditor dia… Semak dgn jmb.

  • amellia
    pada 06/07/2015

    Mohon pencerahan.
    Ibu saya ingin menyerahkan condo yang dibelinya kepada saya. Masih ada baki loan untuk condo tersebut dan condo itu masih di bawah master title. SNP condo atas nama ibu, dan pernah refinance menggunakan nama ibu + saya. Ibu sudah pencen dan tidak mampu utk membuat bayaran bulanan.

    Apakah cara terbaik dan paling less cost untuk transfer ownership condo kepada saya dan untuk saya apply loan hanya menggunakan nama saya?

    boleh kah transfer atas balasan kasih sayang dulu –> adakah ini MOT ataupun DOA?
    Kemudian menggunakan MOT/DOA untuk saya refinance condo tersebut atas nama saya sahaja?

    atau terpaksa buat subsale/SNP?

    mohon pencerahan.

    • c-mi
      pada 08/07/2015

      Tranfer anak beranak byrn MOT dikecualikan. Cuma developer mungkin ada caj dlm 2-4 selalunya, bergantung pada pengurusan

    • pada 09/07/2015

      Salam Amellia.

      Kalau nak jimat kos boleh buat pindahmilik atas balasan kasih sayang. Tapi kalau nak dapatkan loan better buat sub-sale.

  • M.say
    pada 15/09/2015

    Salam..sy nk tukar nama kepada isteri..rmh apmt lowcost..trletak dinegeri sgor…tujuan nk keluar akaun 2 untuk bayar rmh kedua..rsa rmh masih master title..pemaju mk land…blh tuan guide apa perlu sy buat step by step..atau sy mesti gunaksn khidmat lawyer jga…t.kasih ats tunjuk ajar tuan..

    • c-mi
      pada 30/09/2015

      jika master titile kena berurusan dengan pamaju. pastu bagi tahu pemaju untuk transfer nama.

  • Zai
    pada 27/10/2015

    Salam.

    Saya dan suami telah membeli sebuah apartment pada tahun 2003 dan bercadang ingin menjual apartment tersebut.

    1. Apartment masih di bawah master title (projek terbengkalai selama 10 tahun, baru siap 2012)
    2. S&P nama saya dan suami
    3. Loan nama suami sahaja
    4. Saya diisytiharkan muflis baru2 ini

    Soalan:
    1. Bolehkah saya meminta pemaju mengeluarkan nama saya dari S&P ke nama suami sahaja untuk memudahkan penjualan apartment tersebut?
    2. Bolehkah saya meminta bank mengeluarkan nama saya dari S&P ke nama suami sahaja untuk memudahkan penjualan apartment tersebut?
    3. Adakah pihak insolvensi boleh menghalang jual beli ini jika nama saya telah dikeluarkan dari S&P?

    Terima kasih

    • c-mi
      pada 19/12/2015

      1) tidak boleh
      2) tidak boleh
      3) boleh

  • SZMZ
    pada 11/11/2015

    saya ingin membeli apartment yang belum memiliki hak strata kerana penjual masih berhutang dengan Kerajaan (Loan Govt). Saya minta DOA drpd penjual tapi penjual mcm tak brape tau maklum la org tua… jadi siapa sepatutnya yang perlu dapatkan salinan DOA tersebut dan dimana bole dapatkan salinan tu ?

    • c-mi
      pada 19/12/2015

      doa ni ada bersama2 dgn spa. peguam ada, penjual ada, banker ada. pemaju ada.

  • Nadia
    pada 16/11/2015

    salam. saya sedang uruskan rumah arwah ayah saya. tak tau mana geran, jadi saya buat carian di pejabat tanah kl. nama yang keluar adalah nama DBKL bukannya nama bapa saya. Bagaimana ini terjadi dan apa cara penyelesaiannya? terima kasih.

    • c-mi
      pada 19/12/2015

      hairan ni… kena rujuk lah pada DBKL.

  • pada 16/12/2015

    hi

    sy br jual rumah…under master title…pembeli telah selesaikan 10%..S&P dh sign..duit pelepasan cukai lhdn dh dapat…installment bulanan dah tak payah bayar..lawyer inform masih tggu bank saya utk isu executed deed of receipt and reassignment…soalan saya:-

    (1) adakah ini bermaksud, hutang saya dgn bank saya telah diselesaikan oleh bank pembeli
    (2) apakah lagi proses / lamakah lagi selepas executed deed of receipt and reassignment ini , saya akan dapat balance duit jual rumah yg dibayar oleh bank pembeli..S&P sign bulan 6..now Dec..

    • c-mi
      pada 19/12/2015

      1) Masih belum. still kena buat bayaran bulanan.
      2) lama memang lama, sebab melibatkan banyak party. kena banyak bersabar dan follow up pihak berkenaan.

  • Sham
    pada 14/09/2016

    salam, saya dalam proses untuk buat proses pindahmilik rumah saya yang di beli pada tahun 2010…masalah sekarang saya tidak ada lagi salinan (hilang) untuk Deed of Assigment (By way of transfer) yg diperlukan utk pindahmilik…pejabat lawyer yg uruskan pembelian rumah pun dah tutup/bungkus…hubungi penjual rumah tetapi dia pun tak jumpa salinan DOA tersebut…
    Bagaimana cara terbaik untuk dapatkan salinan DOA (By way of transfer) yang dibuat dahulu? …kalau tidak, terpaksa bayar semula duti setem…naya…

    • c-mi
      pada 09/11/2016

      doa atau deeds of assigment pada pemaju lah
      kalau pemaju bankrupt.. dia ada liquidator.. cari liquidator..
      bila dah ade referance.. doa ni soh lawyer awak buat..
      awak lantik je lawyer baru..

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.