Duti setem apa yang anda harus tahu tentangnya

duti setem

duti setem

Apa itu duti setem? Mungkin ada diantara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.

Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.

Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan. Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;

  • RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
  • RM100,00 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
  • Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.

Jika di simulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;

Harga Rumah
RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)

RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)

RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)

Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja

Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator pengiraan duti setem disini PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH yang terdapat di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui www.jpph.gov.my.

Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.

semoga info ini dapat membantu…

Popularity: 14%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 1st, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




95 Ulasan Dari “Duti setem apa yang anda harus tahu tentangnya”

  1. anuar-fx berkata:

    thank you for the link. nice tip anyway

  2. am_2009 berkata:

    ada tak lawyer yang boleh bagi ulasan.,, sebab fees daripada lawyer firm agak tinggi,, mungkin telah dicampur dengan management fees, etc

    • c-mi berkata:

      jgn kata management, duit minyak motor despatch pun dia claim kat customer ;)

      • hunny berkata:

        mesti lah claim duit mintak motor.. abis nak antar doc dekat bank, pejabat tanah, developer guna air ker…. kalo x nak kena charge buat sendiri lah..

        • beny berkata:

          betul. i sokong

          • ally berkata:

            klu charge tu btul wat kejexpe,ni kita je jmpa dia,bkn dia nak travel tp stay nak charge.duit call pun nak charge tp nak call pun susah,bleh kira dorg call kita brp kali,slalunya kita je call dia..klu mcm tu sapa nak byr kt customer???

  3. good info!
    bagi pendapat saya yang bukan lawyer, fees seperti duti stamp, legal fees dan ditetapkan oleh badan tertentu. jadi almost 85% dah mmg ditetapkan. cuma beberapa perkara je boleh adjust sana sini. biasanya kalau nak banding harga antara satu solicitor dgn solicitor yang lain tak jauh beza dalam 100-200 je.

    time=money
    kalau anda ada masa, boleh je buat semua tu. pergi sana sini sendiri, call sana sini sendiri, last2 bayar kat lawyer duit sewa lesen/sign jek.. :p

  4. effa berkata:

    kalau rumah sewa macam mana? penyewa kene bayar duti setem ke??

    • c-mi berkata:

      duti setem untuk tukar nama saja. kalau sewa x perlu.

      • mail berkata:

        iyeke tak kene.. biasa tenency agrement kat penyewa kene bayar

        • c-mi berkata:

          relaks…

          Saya rasa ada kekeliruan disini:

          1. Setem Duti yang dibincangkan pada artikel adalah untuk pemindahan hak milik geran (MOT). Untuk sewa u tak perlu tukar nama… jadi u xperlu bayar duti setem.

          2. Kalau effa dan mail maksudkan kos stamping untuk perjanjian sewa… itu adalah yuran guaman. Kos2 ini berbeza diantara firma2 guaman. Walaupun ada kadar standard kadang2 firma guaman akan caj mengikut kapasiti dan kerja2 yg dijalankan.

          cth kos2 untuk pengurusan seperti carian tanah, buka fail dan beberapa kos lain mengikut kes2 tertentu. itu lain dari duti setem dengan kadar diatas.

          terima kasih…

          • gugu berkata:

            bukan yuran guaman…kos stamping@duti setem…kira cukai kerajaan…bagi sewe…kalau beli lain cerita…

        • Zuraini berkata:

          betul tu. Tenancy aggreement biasanya penyewa kena bayar duti setemnya.. tapi cam ne kiraan nya ek..

          • yatie berkata:

            perlu bayar duti setem. any principal agreement kena bayar stamp duty termasuk la tenancy agreement. kiraannya agak panjang.kalau bagitau nanti mesti korg konfius.

  5. mail berkata:

    betul ke sape bli umah on 2007 until end of 2010 dapat diskaun 50% duti setem

    • c-mi berkata:

      hmmm… sy blum dgr ade diskaun utk duti setem… kalau property gain tax kemungkinan ada sepengetahuan saya…

      kalau u ada info2 terkini share lah dgn kami disini.

      terima kasih…

      • sakura berkata:

        RPGT until end of this year memang xde. Tapi start 1hb jan 2010. Walaupun property dah moe than 5yrs, govt still impose RPGT of 5%. Kalau dulu up to 5yrs je kena tax. Tapi start nxt yr, from year 1 dah kena RPGT.

        this yr budget mmg x menarik :(

        • Sue berkata:

          Memang ada diskaun 50% untuk Duti Stem yang dikeluarkan oleh Tresury. Sila rujuk dengan pejabat peguam [Rujukan : MOF(8.09)116/1-138(2008)(72)]. Saya telah dapat potongan diskaun ini ketika beli rumah pada Disember 2007. Perjanjian Jual Beli Harta atau surat cara pindah milik disempurnakan di antara 8 September 2007 hingga 31 Disember 2010. Sesiapa yang nak sesalinan sila hubungi saya 03-88822781 (Sue).

          • yatie berkata:

            still now ada potongan 50% sehingga disember 2012. SNP & Loan kedua2 nya boleh dapat 50% tetapi tertakluk kepada syarat2 tertentu. email me if you need advise. (Emai blocked) free consultation. sharing is caring.tq

    • sakura berkata:

      hanya untuk pembelian hartanah yang berharga RM250,000 ke bawah. Stamp duty di beri diskaun 50% sehingga end of 2010

      • ct berkata:

        Betulke ada diskaun 50%?i nak beli rumah rm 236k, so kena duti setem rm3720. so if ade diskaun hanya perlu byr rm1860jela…

        • sakura berkata:

          yes. Sampai end of 2010. So klu u beli RM236k, u enjoy 50% discount on the original duty stamp. perlu bayar RM1860 saje tp lawyer u perlu sediakan surat utk discount nie. Standard surat. Klu u tak sign, nanti u kena byr full duty stamp then baru LHDN akan refund the 50%. Yg pastinya refund dr govt mmg mengambil masa berbulan-bulan

          • yati berkata:

            saya dah buat pembayaran penuh.Mcam mana nak dapatkan refund 50% tu.pihak guaman saya cuba lepas tangan tentang masalah saya ni…alasannya susah untuk dapatkan MOT yang original..

  6. Dorothy berkata:

    Thank for the information. But the Setem duty who should bear??? The Saler or Purchaser??? Beside, any other payments need to bear by the Saler??? For example: Tax….

    • c-mi berkata:

      usually customer pay the mot. plus an miscellaneous cost from legal agreement.
      there is no tax for seller when buying, only once you transfer the title of the said property..

  7. susah_hati berkata:

    saya ade masalah dan perlu expert tolong saya.
    saya ade beli rumah lelong beharga RM100k

    lepas dikira semua saya kene bayar RM2300 untuk STAMP DUTY pindah milik…betul ke atau lawyer saye tipu..dan soalan kedua bole ke saya dapat diskaun balik…macamana caranye???

    • c-mi berkata:

      kalau rumah lelong tu 100K MOT kebiasaan RM1000 saje.. mungkin lawyer tu ade caj2 lain bergantung pada proses milkan rumah tu. So tanya lah dia apa yang diacaj.. suruh dia senaraikan… then bg tau sini

      baru kita boleh nampak ape yg x kena.. haahaaaa

  8. shah berkata:

    saya ingin membeli sebuah rumah terpakai berharga rm215000 dengan keluasan 3400 kaki persegi..berapa ka anggaran duit cash yg perlu ada dalam tangan skrg untuk byrn deposit,duti stem,yuran guaman dan sebagainya?

    adakah cara bagaimana saya bole dpt full loan utk mengurangkan beban deposit 10%?

    • shah2 berkata:

      mengikut pengalaman sy yg tgh beli rumah ni, biasanya kita perlukan lebih kurang 15% daripada harga rumah. so, kalau dapat mark up harga kat SNP jadi 115%, kemungkinan besar dah boleh cover cash* yg diperlukan. Kalau harga rumah RM 215k, maka duit cash yg diperlukan lebih kurang RM 32,000 (mungkin lagi kurang).

      *biasanya kita kena dulukan cash ni sebab proses untuk dapat duit dari bank adalah pada stage terakhir.

  9. yati berkata:

    salam….saya diberitahu bahawa ada potongan 50% stem duty MOT.Masalah saya sekarang pihak peguam tidak memberitahu tentang potongan ni.Saya telah pun membuat bayaran penuh stamp duty.Macam mana untuk dapatkan refund semula dan siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan.Syarikat guaman berdolak dalih dengan masalah saya sedangkan syarikat guaman perlu tahu tentang potongan 50% kerana ini adalah rumah pertama saya…Mgkin pada mereka amaun rm1450 adalah kecil bagi mereka tetapi tidak bagi saya.Macam mana procedure untuk mendapatkan semula.Saya perlu bantuan anda,Terima kasih

  10. Diana berkata:

    saya ade sediakan tenancy agreement untuk penyewa apartment saya. Perlu ke saya gi jumpe pesuruhjaya sumpah untuk dapatkan duti setem agreement saya tu? atau cukup sekadar tenancy agreement yang ditandatangani tanda persetujuan dengan kandungan perjanjian oleh pihak penyewa dan pemilik apartment?

  11. Nooraishah berkata:

    Saya jugak mempunyai masalah yang sama seperti puan Yati. Urusan jual beli dah settle…tetapi lawyer saya still hold all documents atas alasan saya perlu membuat bayaran tambahan kerana mereka kata dah bayar kat LHDN full amount. Padahal dalam quotation, dia minta 50% tapi kemudian kata saya tak layak untuk 50% discount tu.Tapi ini rumah pertama saya. Saya tahu mereka tak prepare letter untuk minta discount tu… Saya ada terfikir untuk komplen kat bar council.
    Tolong la Sakura/ C-MI… apa yang perlu saya lakukan..?

    One more… kalau buat s&p sekali lagi (redo), perlu ke kita bayar kat lawyer kita sekali lagi…. saya kena bayar RM500. Actually bayaran apa yang dia minta?

    • sakura berkata:

      kelayakan utk mendapat 50% disc hanya utk property RM250k ke bawah. Dlm kes puan ini, jika lawyer sudah memberi quotation 50% itu maka puan mmg layak mendapatkn dics tersebut. Dalam kes ini saya sarankan puan membuat pertanyaan dan seterusnya melaporkan masalah dgn lawyer tersebut pada Bar Council. Jika ini berlaku, pejabat guaman tersebut akan mendapat panggilan dr pihak bar council utk mendapatkn penjelasan kes ini. Lebih baik lagi, sekiranya selepas bercakap dgn pihak bar council, puan susuli dgn surat komplen berhubung perkara ini dgn sertakan surat quotation dr lawyer tsbt.

      sekiranya s&p agreement belum di sign by both parties, puan bole tukar kpd lawyer lain. Tetapi sekiranya sudah di sign dan stamped, puan tidak bole utk redo the agreement.

      • ally berkata:

        maknanya klu saya beli rumah hrg 110k,brp sbenarnya ysaya kena byr pd peguam…saya dah pning ni..tolonglah sbb sy kena cas smpai 5k…apa yg prlu sy buat???

        • sakura berkata:

          klu beli rumah dan sign s&p sebelum 31dis2010, puan layak untuk dpt 50% diskaun atas stamp duty. Dlm kes RM110k, selepas tolak 50% tu, legal fees lebih kurang ~ RM2535.
          Yang puan kena caj smpi rm5k tu adakah dua legal fees (s&p dan juga loan legal fees?) ataupun kebanyakan buyer built in kan loan legal fees ke dlm loan.

  12. muzz berkata:

    tumpang lalu…..nak habaq mai…….
    stamp duty – utk urusan pembelian hartanah ~ pembeli kena bayar
    stamping fee – utk urursan sewaan hartanah ~ penyewa kena bayar

    sume gomen dapat sebagai hasil , so kena pegi buat kat pejabat duti setem , lembaga hasil…………

    heheh

  13. jat berkata:

    Saya sedang membeli sebuah rumah. Setelah dikira semua yuran guaman dan stamp duti, jumlah menjadi RM2600. Saya ada memberitahu lawyer tentang diskaun 50% utk stamp duti dan dia cakap memang ada. Tapi dia suruh bayar full amount dulu dan kemudian bila dah selesai baru dia pulangkan 50% diskaun stamp duti tu. Betul ke saya kene bayar prnuh dulu? atau macam mana?

    • sakura berkata:

      tidak perlu byr full. Ada satu surat pihak peguam perlu sediakan utk pembeli sign di mana surat tersebut akan melayakkan pembeli 50% diskaun trsebut. Lawyer encik memang tak tau buat kerja. Itu yg dia suruh byr full dulu. Bila dah byr full, govt ambik masa berbulan-bulan utk refund duit kita balik.

  14. fazyati othman berkata:

    Saya ada beli rumah lelong berharga 36,500.00 Masalah saya sekarang adalah :-

    1. Pihak peguam mengenakan bayran guaman sebanyak RM2855.00 (separuh di bayar oleh bank & separuh oleh pembeli) dengan charge seperti berikut :-

    SOLICITORS’ SCALE COSTS ON:-
    Facilities Agreement (FA) – RM800.00
    Deed of Assignment (DA) – RM350.00
    Power of Attorney (PA) – RM350.00
    5% Government Tax – RM75.00

    DISBURSEMENTS

    Land Search Fee – RM90.00
    Company Search – RM 60.00
    Bankruptcy Search -RM 60.00
    Stamp Duty on Original FA – 350.00
    Stamp Dut of Duplicate FA – RM 30.00
    Stamp Duty of DA – RM40.00
    Stamp Duty on PA – RM 40.00
    Stamp Letter of Offer – RM10.00
    Registration fee on PA – RM 80.00
    Noting fee for Statutory Declaration – RM 20.00
    Stamp Duty on Statutory Declaration – RM 20.00
    Security Documents – RM 80.00
    Transport, Courier, Telephone, etc – RM200.00
    Binding, Printing, Photocopy, etc – RM150.00
    Miscellaneous – RM 50.00

    JUmlah Keseluruhan Lawyer fees adalah RM 2,855.00

    2. Ini adalah yuran bagi menukar hakmilik

    SOLICITORS SCALE COSTS ON

    Deed of Assignment (DOA) – RM800.00
    Deed of Receipt and Reassignment – RM 350.00
    Confirmation from Developer – RM 350.00
    CKHT – RM 200.00
    SUK Consent – RM 350.00
    5% Government Tax – RM 102.50

    DISBURSEMENTS

    Land Search Fee – RM90.00
    Bankruptcy / Company Search – RM 60.00
    Estimated Stamp Duty on DOA – RM365.00
    Stamp Duty of DOA – RM40.00
    Filling CKHT – RM 100.00
    Attending and Consultation Fee – RM 200.00
    Developer Confirmation – RM 150.00
    Transport, Courier, Telephone, etc – RM200.00
    Binding, Printing, Photocopy, etc – RM150.00
    Miscellaneous – RM 50.00

    Jumlah keseluruhan yuran guaman bagi penukaran nama hakmilik adalah – RM 3,557.50

    Saya ingin mendapat penjelasana adakah apa yang dikenakan oleh pihak peguam (perkara diatas) benar jumlahnya atau ada cara lain untuk kami kurangkan kos pindahmilikan nama.

    Please advise. Reply to my email address as attached.

    Many Thanks

    • c-mi berkata:

      skimming baca…
      nampak charge dia mcm biase jer.
      as long as kerja smooth x pe lah, bagi saya its ok.

    • Tania berkata:

      Beli rumah lelong ni bayar cash ke atau pinjaman bank. Biasanya kiraan scale fees untuk lawyer cuma 1% je dari harga lelong tadi. Kalau Harga Lelong cuma RM36,500.00, jadi legal fees cuma RM365.00 je. Kalau buat pinjaman bank untuk beli rumah lelong tu, memanglah ada loan documents cuma FA, DA & PA tu rasanya tak sebanyak tu. Misalannya, kalau U ambil loan RM50,000.00 pun, scale fees untuk FA cuma RM500.00 je dan untuk DA & PA cuma RM200.00 each.
      Confirmation daripada Developer cuma RM50.00 je.
      Item 1 dan Item 2 ni untuk hartanah yang berlainan ke.

    • imah berkata:

      saya rasa stamp duty untuk on Original FA – 350.00 lebih skit….
      biasanya ia akan kira RM36,500 x 0.5% = RM182.50 akan digenap menjadi RM185.00..mengikut pengalaman sy selama sy bkerja di company peguam..tq..

  15. Ikmal berkata:

    Adakah RPGT sebanyak 5% dikenakan jika saya menjual rumah yg merupakan first property saya?..Sebab saya dengar RPGT hanya dikenakan ke atas second property and above..Need advise..Thanks!

    • Tania berkata:

      RPGT dikenakan untuk mana-mana pemilik yang berhasrat untuk menjual rumah. Bezanya cuma peratusan yang dikenakan kepada pemilik adalah bergantung kepada tempoh masa/lama pemilikan rumah tersebut. Sekian.

    • Tania berkata:

      RPGT dikenakan kepada setiap pemilik yang ingin menjual rumah mereka. Bezanya cuma peratusan tax yang dikenakan kerana ianya bergantung kepada tempoh masa pemilikan rumah tersebut.

  16. Zuraini berkata:

    Urgent.

    Saya ingin mengetahui pengiraan duti setem untuk “tenancy agreement”

    Rental :RM1,200-00 permonth
    Deposit : RM2,400-00 + RM600-00
    Period: 3 years

    Berapakah jumlah duti setem yang dikenakan untuk tenancy. Thanks.

  17. fahmi berkata:

    duti setem bkn ko rm10 jo? apo yg ekau nk mintak quotation?

    • kerol berkata:

      yang aku tau…rm10 tu mati setem or setem hasil…betulkan kalo sala…duti setem ni lain kot…

  18. Fairuz berkata:

    Urgent.

    Saya ingin mengetahui pengiraan duti setem untuk “tenancy agreement”

    Rental :RM850 /month
    Deposit : RM1700
    Period: 1 year

    Berapakah jumlah duti setem yang dikenakan?
    Siapakah yang patut bayar? Penyewa atau Pemilik?
    Dimanakah pembayaran dilakukan?

    Jika tak keberatan. Macam mana nak kira duit setem tu?

    • Love berkata:

      [RM850 x 12 - 2400] then bahagi 250..

      so dpt 31.2 kena bundar jadi

      RM32..
      +duplicate 2 copies (satu copy RM10)

      Total RM882

      Please betulkan klu slh..

      • Lely berkata:

        mana datang nya 2400 tu? 2400 tu apa? then 250 apa pulak ? boleh bagi formula ? contoh (harga sewa x 12 bulan – ?) / ? = ? + 1 agreement rm 10

        • Hayati Ahmad berkata:

          Yup…betul kiraan Love tu!

          Kiraan Love tu adalah kiraan paling pantas yang digunakan oleh ramai orang. Kalau ikut kiraan LHDN panjang betul jalannya sampai juling2 mata kita melihatnya.

          2400 & 250 tu memang formula yang digunakan oleh LHDN dalam Akta Setem 1949 tanpa diberitahu kenapa perlu ditolak 2400 dan dibahagi 250.

          Mungkin ada org LHDN yang boleh jawab atau boleh call sendiri ke LHDN untuk mendapatkan kepastian.

          Sekian, terima kasih.

          • Lely berkata:

            oh thanks a lot maknanya formula asas untuk orang biasa
            [Harga Sewa x 12 bulan - 2400] / 250 = ? + duplicate copy rm10 = ? :D
            thanks

  19. epy berkata:

    nak wt loan bnk.x ada ape harta,dok dan brg2 berharga…..
    tp sye ni ada 2 lot tanah ladang klapa sawit,1 tue 4 ekar pkok dh 8thn dan 1 lg 12 ekar pkok dh 9 thn….snang cte 2 2 sye dh kutip hasil…mslhnya skang tanah yg d bli tue tanah projek tau,mane nk ada geran,cme wt surat hitam putih je lar n pembli asal…….so bank bgtau, loan mgkn bleh dpt jika 2 2 surat hitam puth tue dh wat mati setem,,,,,,bleh ke mcm tue nk mati setem…….kang kne halau plak…….malu mke,,,,,terangkn sket ape cte nie……….

  20. Rahim Bin Ibrahim berkata:

    Salam. Saya dan anak sulong ada beli rumah perkongsian melalui pinjaman bank.Harga rumah Rm294,000.00. Bolehkah anak saya dapat 50% diskaun stem duti kerana ini rumah pertama dia dan perjanjian s & p tahun 2008 dia tapi ini rumah kedua saya.


Tinggalkan ulasan anda