Fasiliti dan infra lengkap di bandar besar

Growing Township

Growing Township

Pada bahagian pertama kita telah tahu kreteria pemilihan rumah yang berpotensi.

faktor-faktor lain yang menjadi penggerak utama kemajuan dan kepesatan projek-projek perumahan baru adalah akses jalan raya. Akses jalan raya menjadi nadi penghubung diantara bandar dan pekan, atau dari pekan ke kampung-kampung. Nasihat dari saya, jika anda memilih rumah, pilihlah rumah yang memiliki akses jalan raya yang lebar dan luas. Selain itu jika hartanah itu berdekatan dengan lebuhraya, ia lebih praktikal dan nilai hartanah itu lebih tinggi berbanding hartanah yang mempunyai akses jalan yang sempit dan padat dengan kenderaan.

Mungkin sebelum ini anda tersalah membeli rumah, bukan kerana kondisi rumah, tetapi disebabkan akses jalannya berlubang-lubang, kawasan rumput dibiarkan panjang, keadaan sekeliling dan suasana yang suram ini sebagai salah satu faktor nilai hartanah anda jatuh. Bayangkan setiap kali anda pergi dan pulang kerumah, anda akan berjumpa dengan suasana yang bosan ini, sudah pasti kawasan kejiranan yang suram ini bakal megundang kadar jenayah yang tinggi.

Lebuhraya sebenarnya sebagai satu kuasa “booster” yang mampu mempertingkatkan pertumbuhan perbandaran baru. Sebagai contoh, Lebuh raya kuala lumpur, Lebuhraya damansara puchong (LDP), dan lebuh raya (KESAS) telah meningkatkan pertumbuhan banyak bandar – bandar baru seperti kota kemuning, bukit rimau, bandar botanik, glenmarie dan banyak lagi bandar-bandar yang kini sedang membangun pesat.

Selain itu saya ingin berkongsi beberapa senarai menarik untuk fasiliti rumah yang wajib dibeli; jika rumah itu berdekatan dengan…

1. Taman permainan
2. Lanskap dan konsep khas
3. Tasik atau pusat rekreasi.
4. Hospital
5. Pasaraya besar
6. Plaza toll
7. Stesen minyak
8. Pejabat-pejabat kerajaan

Belilah rumah-rumah yang punyai fasiliti diatas, kerana hartanah disini pasti tidak mengecewakan anda.

Terima kasih

Dikirim Oleh c-mi on Mei 4th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

1 Ulasan Dari “Fasiliti dan infra lengkap di bandar besar”

  1. am_2009 berkata:

    fasiliti dan infra ni penting bro,, untuk keselesaan keluarga

Tinggalkan ulasan anda