Ramai memilih hartanah yang hendak dibeli atas pelbagai sebab dan salah satunya adalah Feng Shui. Hari ini Feng Shui telah mengajar kita satu cara untuk memilih rumah yang terbaik. Kaedah ini bukan sahaja telah digunakan oleh rakan-rakan berketerunan cina di Malaysia, malah sindrome in telah merebak kepada komuniti-komuniti masyarakat majmuk yang lain.
Jika kita lihat betul-betul hartanah yang punyai Feng Shui baik, berkemungkinan besar anda akan menjumpai harga rumah atau unit itu agak mahal sedikit dari unit-unit yang lain. Jadi jangan lah anda berasa pelik atau menganggap “something fishy” .
Sebenarnya hartanah itu mungkin berada didalam keadaan feng-shui baik. Yang pasti kebanyakkan pemaju dan kontraktor kita banyak mempraktiskan ilmu Feng Shui didalam pembinaan dan perancangan hartanah mereka. Jadi harganya mungkin sedikit tinggi dan Feng Shui baik sebagai bonus untuk pembeli atau pelabur yang berminat.
Mungkin disini ramai yang tidak mempercayai Feng Shui, tetapi sebenarnya Feng Shui adalah satu sains kehidupan yang telah di “trial and error” oleh masa. Ia mewujudkan satu garis panduan kehidupan harmonis. Feng Shui bagi saya seperti formula matematik dan akaun yang kita sedang cuba di selesaikan. Unsur-unsur buruk boleh di “neutral” kan dengan beberapa cara, unsur baik akan di kekalkan agar sentiasa dapat dimanfaatkan.
Sebenarnya ilmu Feng Shui ini tidak lah setepat mana, cuma ia lebih pada kaedah dan cara terbaik untuk selesaikan masalah dan menambah keyakinan sipengguna. Saya beri contoh seperti meletakkan kapal besar didalam bilik bos, akan memberi kekayaan kepada perniagaan. Secara simboliknya meletakkan kapal itu kedalam bilik bos akan membuatkan bilik nampak mewah dan meyakinkan pelawat-pelawat yang masuk kebilik dan sekaligus memperkukuhkan hubungan jaringan perniagaan bos. Bukan lah sebabkan kapal itu kita boleh berjaya didalam perniagaan, tetapi untuk berjaya kita kena berusaha dan kapal itu sebagai alat-alatan untuk kita mencapai matlamat.
Itu sebagai contoh Feng Shui yang kita selalu berjumpa. Selain itu kita terlalu memilih nombor rumah. Hah! pilih-pilih nombor ini memang hari-hari saya jumpa, yang paling extream tentang nombor ini sudah tentulah pelabur dan pembeli hartanah berketurunan cina, selain itu melayu pulak suka nombor “4″ saya tak pernah belajar pula… Yang india suka nombor ganjil seperti 1 dan 5, dan mereka ini boleh tahan “extream” dengan nombor selepas orang cina.
Ada banyak kegunaan sains Feng Shui kedalam kehidupan kita, sebagai contoh, Elakkan rumah-rumah berhadapan dengan sungai. Bagi saya bukan apa pun takut2 kita terkena banjir. Tetapi jika rumah berhadapan sungai dan airnya mengalir ke rumah anda, ia dianggap satu petanda baik. Bagi saya kalau nak banjir dengan kuasa tuhan dia banjir juga. Jadi lebih baik jauhkan sikit dari sungai, haahaa..
Seterusnya.. ada beberapa jenis sains Feng Shui yang baik untuk kita praktiskan seperti, Beli hartanah yang punyai warna terang benderang, sebab lagi terang lagi la meriah dan nampak menarik. Ambil kira juga ketinggian siling agar ia cukup tinggi, bagi saya memang bagus jika rumah mempunyai siling tinggi, lagi tinggi lagi bagus sebab ia membolehkan pengudaraan yan baik. Selain itu, beli rumah yang mempunyai tangga yang luas, sebaik-baik punyai kelebaran melebihi 3 kaki. Bagus le lagi lebar tangga tu lagi bagus sebab kita yang nak guna. Jika tangga terlalu kecil dan sempit akan menyukarkan anda mengangkat barang-barang besar ke tingkat atas bukan ke itu merugikan tenaga dan masa?.
Feng Shui satu ilmu yang unik kita boleh pelajari yang mungkin dapat mengharmonikan rumah anda secara sains didalam kehidupan. Pendapat saya tentang Feng Shui?… selesaikan “jig-saw puzzle” lagi mudah dari kita memahami “Feng Shui”.
“Semoga berjaya pelabur semua”
Popularity: 1%
Bagus sekali pandangan anda…agak membantu saya dalam membuat keputusan membeli rumah dimasa hadapan…lagi satu boleh encik senaraikan contoh dari segi geografi untuk memudah sy membuat keputusan membeli rumah…kawasan yg manakah yg bagus untuk dipertimbangkan..
Saya tunggu pandangan encik..
Terima kasih