Freehold vs Leasehold di Malaysia

Freehold dan Leasehold

Freehold dan Leasehold

Fuuh! sejak akhir -akhir ni banyak email dari kawan-kawan yang saya terima mengenai tajuk free-n-lease ni. Rupanya masih ramai yang keliru dengan jenis pegangan ini.

Baik… kedua-dua pegangan ini memiliki keistimewaannya tersendiri. kebiasaannya tanah jenis leasehold berada di bandar, oleh kerana itu ia menjadi tumpuan kerana lokasi dan fasiliti seperti pejabat kerajaan atau pusat membeli belah selalunya berada disini. Tanah-tanah freehold pula mungkin sedikit kebelakang dari pusat bandar, tetapi nilai tanahnya lebih kurang sama dari tanah-tanah dipusat bandar.

Freehold dan leasehold adalah jenis pegangan individu yang dianugerahkan kepada pemilik hartanah berkenaan asset berupa tanah atau bangunan didalam tanah pihak berkuasa.

Sebagai maklumat tambahan, di Malaysia kita mempunyai empat jenis akta perlembagaan tanah yang dikenali sebagai (Akta 56, 1965) kod Tanah Nasional, 1965. Akta 1963 Kod Tanah Nasional (Penang dan Melaka), Kod Tanah Sarawak, dan akhir sekali Kod Ordinan Sabah.

Kod Tanah Nasional 1965 hanya boleh diguna pakai di semenanjung Malaysia sahaja. manakala akta 1963 diguna pakai untuk negeri-negeri tersebut.

Freehold pada asalnya adalah satu kawasan tanah yang telah di serah milik oleh pihak berkuasa kepada individu. Tanah yang dipegang oleh individu tertera didalam geran tidak mempunyai had masa tertentu. Malah kebiasaanya tanah pegangan bebas ini mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbeza dengan leasehold yang punyai sekatan tempoh milik tanah yang tetap untuk beberapa tahun dan sudah tentu freehold boleh diwarisi pada anak cucu kita nanti kerana freehold land punyai geran individunya sendiri.

Didalam undang-undang umum, pihak berkuasa sebenarnya tidak menyerahkan tanah sepenuhnya kepada mana mana individu. Dibawah seksyen 76 Kod Tanah nasional, 1965 menunjukkan bahawa tanah negeri akan digugur peganggannya apabila kerajaan persekutuan ingin menukar status geran tanah freehold tersebut kepada tanah negeri. Selain itu, jika kerajaan negeri berpuas hati yang tanah tersebut akan digunakan untuk tujuan awam ia juga boleh menerbalikkan status tanah freehold tadi kepada tanah leasehold. Ianya terletak kepada budi-bicara pihak berkuasa. Kiranya jika kerajaan nak amik dia ambik juga, cuma nilai freehold lebih tinggilah dari leasehold. Sebab itu ramai yang memilih freehold.

Manakala Leasehold atau pegangan sementara adalah jenis pegangan tanah yang diserah oleh pihak berkuasa kepad individu pada tempoh-tempoh yang tertentu. Tempoh pengangan sementara ini mengikut sekyen 76 Kod Tanah Negara, 1965 tidak melebihi 99 tahun sepatutnya.

Tanah – tanah pegangan sementara ini selalunya berada didalam bentuk kumpulan iaitu “master title”, oleh kerana status hak miliknya “pelik” dan ada sekatan-sekatan tertentu, malah kebanyakkan tanah jenis leasehold ini tidak boleh dipindah milik hanya boleh ditambah sub-nama sebagai pemilik tanah leasehold. Kerana itu sebelum anda membeli tanah jenis leasehold tanya dahulu akan statusnya dulu adakah ia punyai batasan apabila digunakan untuk dijual semula, atau boleh di pindah milik pada geran individu. Tanah leasehold juga mempunyai batas jika ia di beli pada unit bumiputra.

Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah rumah teres dua tingkat dari pemaju dan pada waktu itu anda menikmati potongan 7%-10% diskaun bumiputra, setelah beberapa tahun anda ingin pula menjualnya. Untuk harta ini anda hanya boleh menjualnya kepada individu bumiputra sahaja.

Setelah selesai mecari pembeli, langkah seterusnya anda dikehendaki meminta kebenaran kepada pihak berkuasa untuk memindah milik hartanah terbabit kepada individu lain. Proses ini memang mengambil masa yang lama; selalunya akan memakan masa 6 bulan atau lebih. Dalam tempoh ini mungkin anda akan punyai masalah dengan pembeli kerana tempoh yang lama ini memungkinkan beliau mencari alternatif lain atau sudah tidak berminat dengan harta anda.

Berbeza dengan leasehold, freehold tidak mempunyai masalah atau sekatan-sekatan keatas tanah dan nilai pasaran freehold tinggi kerana tempoh pegangannya tanpa had.

Jadi manakah pilihan anda?

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Kha, Sep 18, 2014 2:31:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:02:00 AM, Continue reading at the source
Isn, Sep 15, 2014 6:10:00 PM, Continue reading at the source
Isn, Sep 15, 2014 4:42:00 AM, Continue reading at the source
Isn, Sep 15, 2014 2:42:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Apr 12th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

28 Ulasan Dari “Freehold vs Leasehold di Malaysia”

  1. Hi, nice post. I have been wondering about this topic,so thanks for writing. I will certainly be subscribing to your blog. Keep up the good posts

  2. sally chua berkata:

    Kalau begitu: ianya terletak kepada budi-bicara pihak berkuasa. Bolehkah leasehold pada satu masa menjadi freehold?

    • c-mi berkata:

      boleh kalau pihak kerajaan nak convert… itulah yg gov penang sdg cuba kaji. kalau jadi disana berkemungkinan akan berlaku juga di selangor dan kl…

  3. ninas desnudas berkata:

    emm… thank you.

  4. lee_87 berkata:

    di malaysia, di mana tanah yang paling mahal harganya……

  5. Youngest Amatuer berkata:

    hm. informative thread.

  6. Voyeur Galeries berkata:

    hm… thanks for thread )) q

  7. noland berkata:

    apa akan terjadi selepas tamat tempoh pegangan sementara? adakah kerajaan akan ambil balik dan apa jadi dengan rumah/kedai yg dibina atas tanah tersebut. pembeli rumah akan diberi pampasan atau tidak. setakat ini ada tidak kes kerajaan ambil balik tanah selepas tempoh tamat.

    • anis_zulaikha_omar berkata:

      kalau tamat tempoh, kena renew premium tanah.
      tp kes tanah gomen ambik ni x payah tggu abis tempoh pajakan. dia nak ambik dia ambik jer lah kita x boleh nak buat ape pun.
      Cuma kalau tanah freehold,rege ambil alih selalunya akan ikut rege current. kalau lease dia offer bape pun… kena tima kalu x… jawab dia bawak bulldozer kasi gegar..

  8. Filex Robert berkata:

    Sekarang, ada condominum yang mengeluarkan title freehold kepada pembeli. Adakah ia satu pembelian yang bijak?

  9. myra berkata:

    saya sedang dlm proses membeli umah dari non-bumi yg bertaraf leasehold.. dah tggu 3 month lum dpt pelepasan sekatan from Perbendaraan, if saya nak batalkan, did we get our money back from the lawyer since we being told that it just take a month to approve it… :(

  10. school grants berkata:

    What a great resource!

  11. haida berkata:

    saya adalah 3rd owner bagi rumah berstatus leasehold di puchong. owner pertama dan kedua ialah melayu. macam mana saya nak tau owner pertama dapat 7% diskaun semasa beliau membeli rumah dulu (tahun 1996)? tiada sebarang sekatan for bumi only tertulis di dalam surat hak milik sementara.. boleh tak saya jual kepada non bumi.. tolong saya…

    • Aenn berkata:

      Cuba tgk kat bahagian SEKATAN KEPENTINGAN dalam hak milik sementara tu. Kalau ade tulis pasal tanah ini tidak boleh dipindah milik kepada BUKAN BUMIPUTERA tanpa persetujuan pihak penguasa negeri then tanah ini maksudnya LOT BUMI..Still boleh jual kpd Non-Bumi tp kena apply consent drpd pihak penguasa negeri..before that kena advertise dulu dlm mana2 surat khabar sbyk 3 kali (dalam bulan yang berlainan) utk memastikan tak ade org BUMI yang nk beli.

  12. sidek berkata:

    Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah rumah teres dua tingkat dari pemaju dan pada waktu itu anda menikmati potongan 7%-10% diskaun bumiputra, setelah beberapa tahun anda ingin pula menjualnya. Untuk harta ini anda hanya boleh menjualnya kepada individu bumiputra sahaja.

    Saya telah membelei sebuah rumah teres 2 tingkat di bandaraya Kuching pada 2008.. Pemaju menyatakan bahawa title tanah adalah perpetuity. Apakah maksudnya? Adakah freehold atau leasehold? Saya juga tidak dapat menjual balik rumah ini sehingga tempoh sepuluh tahun kepada non bumi. Boleh tolong jelaskan?

    • azlan berkata:

      perpetuity makna nya keabadi @ freehold.
      tetapi tertakluk pada Kod Tanah Sarawak,
      sila freehold bumi lot dibawah Kod Tanah Sarawak.

  13. toke berkata:

    Nak tanya,jika kita beli rumah dengan pemaju atas tanah wakaf Majlis Agama,kemudian nak jual rumah tu,memang kena tunggu 6-9 bulan jugak ke?tk

  14. cikgu nor berkata:

    saya baru belajar bab2 jual beli tanah..sy nmpk ini satu pelaburan bijak.jadi,saya nk tau, apa ciri2 tanah yg baik selain daripada faktor lokasi. terima kasih =)

    • shukery saad berkata:

      salam cikgu nor.saya nak belajar dengan cikgu tentang jual beli tanah.emel saya [email blocked]

  15. hafiz berkata:

    baru sy faham sikit apa yg dikatakan ttg leasehold & freehold..
    berapa lama tempoh yg diberi kpd pembeli jika membeli rumah leasehold?
    kalau leasehold adakah rumah tu kita boleh ubah suai?
    jika kita beli rumah leasehold, cntoh harganya 170K, bila pihak berkuasa nak kan semula rumah tu, adakah akan dibayar mengikut harga yg kita beli atau sebaliknya?

  16. fathi berkata:

    terbaek!

  17. taza berkata:

    salam,sy ingin bertanya jika saya menbeli rumah flat dalam anggaran 68k leasehold yang belum habis byr kepada pihak bank adakah akan mengalami sebarang masalah..cthnye jika wujudnye unsur penipuan..sy membeli melalui agen..harap saudara boleh membantu..1st time baru nak beli rmh..

  18. nad berkata:

    saya tengah mencari rumah dan sy tgk d mudah ada n.bumi lot dan bumi lot tapi 2,2 freehold mana yang terbaik non bumi ke bumi lot….n harga mana yang lebih tinggi if nti lau saya nk jual balik

  19. asrieChernobyl berkata:

    info terbaik..
    sy masih baru dlm hal ni..kebanyakannya freehold skang ni apt je byk..nape mcm tu? then freehold bumi adakah lebih berbaloi?

  20. yanti berkata:

    saya perhatikan kebanyakan Taman Perumahan di Sabah adalah Leasehold dan harganya sangat mahal dan tindak berbaloi. Hampir kesemua rumah Taman Perumahan yang berstatus leasehold. Adakah disebabkan perbezaan undang-undang tanah yang digunapakai? Mohon pencerahan. Terima kasih.


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud