Your search results

Gerakan Forum Pengguna PPIM 2016 Menara Felda Persiaran KLCC

Dikirim Oleh c-mi on 06/11/2016
| 1

 

Assalamualikum dan selamat sejahtera semua,

Baiklah kali ini admin ingin mengkhabarkan satu program pengguna yang di anjurkan oleh PPIM di Menara Felda, Platinum Park Persiaran KLCC pada 12 November 2016 ini. Forum pengguna ini akan membincangkan isu-isu kemiskinan serta mengupas isu-isu penipuan.

Kali ini mereka menampilkan panel-panel yang lebih berwibawa, adakah anda :

Kusut?

Bermasalah?

Ditindas?

Ditipu?

Inilah Forum anda!

Mari kita gerakkan kuasa pengguna dan bulat kan suara demi masa depan anak-anak kita!

img-20161106-wa0000

Pada mereka yang bermasalah jangan lepaskan peluang untuk mencari jalan penyelesaian anda.

Rumah ada di lelong? Tapi tetap kena bayar kepada bank?
Anda dah bayar tapi bank kata anda tidak?
Kereta anda di tarik?

Ketahui HAK-HAK anda sebagai pengguna dan dapatkan pandangan kedua bagi masalah anda.

Sertai program PERCUMA kami!
Tempat duduk Terhad!
Daftar Segera!

Anda semua dijemput hadir ke Forum Pengguna PPIM 2016 pada 12 November 2016 (Sabtu) bertempat di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC.

Daftar sebagai peserta program dengan menghubungi 019-255 7990 atau Whatsapp nama, no telefon dan emel untuk kami daftarkan sebagai peserta.

Hubungi 019-2557990 untuk Pendaftaran Pantas!!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.

Nota: Jika anda tidak dapat hadir, sekurang-kurangnya hebahkan pada seramai mungkin program kali ini. Mungkin mesej anda akan sampai pada mereka yang sangat memerlukan bantuan. Semoga Allah merahmati anda dan semua muslim di Malaysia.

satu pendapat dalam “Gerakan Forum Pengguna PPIM 2016 Menara Felda Persiaran KLCC

  • c-mi
    pada 07/11/2016

    mari tuan-tuan.. jom kita gerakkan kuasa pengguna.
    sama-sama kita berusaha bagi menjadikan pasaran hartanah kita lebih selamat.
    tamatkan pembulian bank kepada anda.

    JIKA ANDA MEMPUNYAI BUKTI YANG ANDA SEBENARNYA TELAH DIANIAYA OLEH PIHAK BANK. SILA HUBUNGI PEGAWAI SIASATAN DITALIAN 019-255 7990.

    Semoga anda dilimpahi rahmat Allah dan di permudahkan urusan rezeki di dunia hingga ke akhirat. Amiin.

    #mohonsebarkan
    #viralkan
    #bantuorangsusah

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.