Hap Seng Akan Lancar Projek Hartanah Baru

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Hap Seng Consolidated Bhd menjangka dapat melancarkan projek hartanah baru dengan nilai pembangunan kasar sehingga RM200 juta tahun ini.

Pengarah urusan kumpulan Datuk Edward Lee Ming Foo berkata projek itu termasuk pembangunan kediaman berpagar di kawasan seluas 76 ekar di Sepang, Selangor, akan dikenali sebagai D’Alpina.

“Kami menjangka melancarkan projek itu pada separuh kedua tahun ini,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat dan mesyuarat agung luar biasa di sini hari ini.

Mengenai kadar menghuni di bangunan Menara Hap Seng di sini, Lee berkata ia pada 97 peratus untuk blok menara dan 91 peratus untuk podium.

Hap Seng merupakan syarikat senaraian awam dengan pelbagai perniagaan termasuk perladangan, pembangunan dan pelaburan hartanah, pembiayaan kredit, perniagaan baja dan automotif serta bahan binaan dan batu kuari.

Lee berkata kumpulan menjangka semua perniagaan terasnya akan terus menyumbang secara positif kepada pertumbuhan jangka panjang.

Kumpulan, kata beliau, yakin bahagian bahan binaan dan kuarinya akan terus menunjukkan prestasi yang baik tahun ini dengan peningkatan permintaan untuk produk kuari disebabkan oleh aktiviti penbinaan semakin cergas hasil daripada pakej rangsangan kerajaan.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Jun 3rd, 2009 dan difailkan dibawah Projek Hartanah Terbaru. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



9 Ulasan Dari “Hap Seng Akan Lancar Projek Hartanah Baru”

  1. naz berkata:

    salam..
    saya ada nampak kawasan ni di area equine.. hmm tp tak tau camner nak contact mrk tak tau camner nak g rumah contoh.. brp harga rumah d’alpinia ini..

  2. Diwi berkata:

    Minta direction yg lengkap utk pergi ke kawasan d ‘alpinia.kami Cuba mencari di equine park dan tmn putra permai ttpi tidak jumpa.harap sudi berkongsi maklumat.tq

  3. Guest berkata:

    D’Alpinia info n progress

  4. farahnaw berkata:

    D’Alpinia berkonsepkan siap baru jual. Harga dier dlm anggaran RM300K kebawah .Dengar kabor Bulan December 2009 baru nak launch.

  5. farahnaw berkata:

    maaf kengkawan…..harga yang disebut hanyalah kiraan andaian dan harapan saya sahaja, bukan dari sumber mana2. semua orang nak rumah cantik tapi harga yang murah kan????kalo ada ler?apa2 pun boleh layari laman web rasmi dier.

  6. adr berkata:

    Have visited the site. Price 408K for 2Storey and 570++ for Semi-D. Price for Bumi after 7% disc

  7. ngh berkata:

    I’m also went to D’Alpinia preview sale. So sad laa…y the price sooo expensive?!

  8. mat.g berkata:

    Before this they declare at media the price range is from 300-400K, suddenly they revised based on current highly demand i think. So the price is not suit for this leasehold properties… price is too high.. just forget the d’a.. :|

  9. idx berkata:

    SOLD OUT already!! wait another phase lah..but price mybe nearly half million lol.


Tinggalkan ulasan anda