Harga Hartanah Mungkin Turun

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Harga hartanah kemungkinan besar akan turun pada tahun ini, yang mencerminkan pasaran hartanah yang lembap dan terlebih bekalan kerana krisis ekonomi dan kewangan global telah mengurangkan permintaan mendapatkan hartanah, kata Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Datuk Richard Fong.

“Jual beli hartanah telah menurun. Sejauh mana harga akan turun bergantung kepada adanya pembiayaan pada masa kemelesetan ekonomi sekarang ini semasa para pembeli rumah berhadapan dengan kesukaran kewangan kerana kehilangan pekerjaan dan ketidaktentuan di dalam pasaran pekerjaan,” kata Fong pada sidang kemuncak Sekretariat Serantau Asia Pasifik FIABCI 2009 ke-lapan di sini hari ini.

Untuk menyokong pasaran hartanah, Fong berkata bank perlu mengamalkan keanjalan semasa menstruktur semula tempoh pinjaman perumahan untuk menampung keperluan kewangan pembeli rumah yang bergelut dengan komitmen pinjaman masing-masing disebabkan kehilangan atau pengurangan pendapatan disebabkan krisis ekonomi dan kewangan global.

“Sambil ekonomi Malaysia sedang menuju kemelesetan, sektor perbankan kekal kukuh secara relatif berbanding dengan krisis kewangan Asia 1997/98,” kata Fong.

Katanya sektor kewangan dan hartanah sepatutnya lebih cerah apabila ekonomi global pulih dan kesan dasar rangsangan dan perbelanjaan kerajaan menunjukkan kesan yang lebih kukuh dalam separuh kedua tahun ini.

Fong berkata pasaran hartanah di Malaysia berbanding dengan Singapura dan rantau lain di Asia juga stabil kerana kebanyakan transaksi hartanah di Malaysia dijana oleh rakyat tempatan.

“Di Malaysia, orang asing hanya menjana sebahagian kecil pembelian hartanah. Di Singapura pasaran mengalami penurunan mendadak harga hartanah apabil orang asing keluar dari pasaran dan menjual hartanah masing-masing apabila kemelesetan melanda negara itu,” kata Fong.

Setiausaha Agung Asia Pasifik FIABCI Kumar Tharmalingam berkata walau pun Malaysia menawarkan pulangan pelaburan hartanah yang paling menarik di kalangan negara Asia Tenggara, tidak banyak publisiti atau promosi dilakukan mengenainya dan berikutan itu tidak mendapat pengiktirafan pelabur asing.

“Kita tidak mengenakan banyak sekatan berbanding dengan negara lain seperti orang asing boleh membeli harta bertanah pegangan bebas manakala ini tidak dapat dilakukan di banyak negara Asean,” kata Kumar di sidang itu.

– BERNAMA

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sab, Sep 20, 2014 7:31:00 AM, Continue reading at the source
Jum, Sep 19, 2014 7:51:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 12:54:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:31:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:02:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mac 29th, 2009 dan difailkan dibawah Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud