Harga rumah dan strategi menilai harga

Strategi Harga Rumah

Strategi Harga Rumah

Harga rumah dan strategi menilainya; Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya saya boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah saya? betul ke harga yang saya jual ini?” Saya pasti… setiap tuan rumah mesti akan berfikiran sebegitu.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilian hartanah sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu nilai hartanah kita.

Pada hemat saya, cara terbaik untuk anda menilai hartanah adalah dengan melakukan “perbandingan”. Bandingan bagaimanakah yang dimaksudkan? Perbandingan yang dimaksudkan adalah perbandingan data sejarah hartanah dikawasan anda.

Perbandingan data hartanah boleh dibuat dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah, papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak data-data hartanah adalah ruang “classified” TheStar. Ada beberapa majalah yang saya selalu gunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk internet anda boleh gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan thinkproperty.com.my. Data-data ini dikumpulkan dan digunakan untuk perbandingan, sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang sama. Tetapi masalahnya tidak semua hartanah yang  dijual berada didalam keluasan yang sama oleh itu anda perlu menilai harga semasa tanah mengikut ukuran sekaki persegi (kps).

Ianya satu cara yang hampir-hampir tepat dan terbaik, Sekurang-kurangnya cari lah tiga (3) hingga lima (5) jenis hartanah didalam lingkungan kawasan dan saiz yang lebih kurang sama. Dibawah saya berikan simulasi perbandingan sebagai contoh;

Langkah 1. Cari perbandingan mengikut ukuran kaki persegi (KPS)

Rumah 1: 960 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps

4,760 / 3 = 1,587 Kaki persegi

1,587 adalah purata perbandingan anda mengikut ukuran kaki persegi

Langkah 2: Cari perbandingan harga dididalam kawasan

Rumah 1: RM289,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000

Jumlah: RM1,004,000

RM1,004,000 / 3 = RM334,667

RM334,667 adalah harga purata perbandingan didalam kawasan


Langkah 3: Bahagikan purata harga dengan purata ukuran kaki persegi:

RM334,667 / 1,587 = RM211/sekaki persegi

RM211 adalah purata harga rumah anda didalam ukuran sekaki persegi

Langkah 4: Rangka harga rumah anda:

Ambil RM211 dan darabkan nilai tersebut kepada saiz rumah anda untuk mendapatkan harga jualan rumah. Sebagai contoh, jika rumah anda berkeluasan 1,587 sekaki persegi, darabkannya dengan RM211 (cth: 1,587kps x RM211 = RM334,857).

Nah! lihat, inilah harga cadangan rumah anda RM334,857!

Dapatkan penilaian profesional

Jika anda ingin mendapatkan kepastian dengan pandangan pihak yang lebih arif sila hubungi mana-mana penilai hartanah dan agensi hartanah yang berdekatan untuk membantu anda didalam penilaian.

Semoga kita dapat memperolehi manfaat dari artikel ringkas ini.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Jum, Ogo 01, 2014 5:29:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jul 16th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

23 Ulasan Dari “Harga rumah dan strategi menilai harga”

  1. Nurzila Abd. Ghani berkata:

    Terima kasih kerana maklumat berkenaan. Saya berhasrat untuk menjual rumah Banglow dengan enam bilik berkeluasan 5,100 dua tingkat. Saya diberitahu harga rumah sedang rendah sekarang so saya dalam kesangsian sebab hendak beli tanah baru kerana harganya agak rendah kini tapi harga rumah pula telah turun sedangkan saya perlukan duit jual rumah untuk beli tanah. Lot banglow saya adalah 60 kaki x 128 kaki dan terletak di kampung tasik permai.Ampang Selangor. tahun pembinaanya siap tahun 2001.I really dont know how to advertised it. So please do advise me what to do. Thank You again.

    • c-mi berkata:

      boleh contact sape2 di page ini. mereka akan membantu puan.

      Atau just isi borang pada page tu, nanti pihak kami akan menghubungi puan.

      http://www.drumah.com/agensi-hartanah

      tq.

    • aida berkata:

      Puan,, saya agent property nama saya aida farisha. kalau puan berminat untuk iklankan rumah..boleh hubungi saya

      • megat berkata:

        pn.aida ,saya ingin menjual rumah antik(lebih dari 85 th-seperti istana bukit chandan,perak. hartanah di bukit mertajam ,pulau pinang…jika ada yang berminat call

      • nurzila abd. ghani berkata:

        hai Aida: If possible please do contact me for our further discussion. TQ

        • shukri berkata:

          salam..ade masa boleh bagi email pada saya…saya ada kawan yang hendak membeli rumah di kawasan bandar baru bangi…untuk info sila balas guna email saya.tq

    • aishah berkata:

      puan nurzila,

      kalau tak keberatan saya nak tny pasal rumah tu. mcm interested nk beli tp kene tengok kemampuan sayalah. boleh x email saya ASAP.

  2. reez berkata:

    sy nk plan nk beli rumah tp masalah skang baru sjer bekerja….so, sy nk th gak cara2 nk beli umah ..at least, leh start kumpul duit dr skang….sbb kalo beli lewat, harga tanah makin tinggi…anyway, kawasan rumah nk dibeli tu sekitar kl…

  3. Nur Julisa berkata:

    Salam..

    Saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk saya membeli rumah (flat/apartment) di Malaysia sekiranya pada masa ini saya bekerja di luar negara. Jike boleh bagaimana dengan prosedurnya?

    • Isaac berkata:

      Hi Nur Julisa,

      Syarat utk beli rumahdi Malaysia agak mudah. Awak mestilah rakyat Malaysia dan ada MYkard. Yang keduanya awak bekerja kat luar negara xde masalah..ttp document yang diperlukan mestilah sah utk memohon pinjaman atau apa-apa transaksi yg lain
      Prosedurnya ialah dapatkan rumah yg awak suka sama ada dah siap atau under construction. Bayar deposit yg diperlu dilunaskan dan selebihnya dapatkan pinjaman bank. Kelayakkan anda sebagai rakyat Malaysia max 90%.
      Dokument yang diperlukan ialah:-
      1. I/C depan & belakang
      2. Payroll utk 3 bulan
      3. Working permit kat luar negara.
      4. Bank statements utk payroll.
      5. Employment letter atau surat tawaran bekerja kat company luar negara.
      6. Booking form.

      Selain daripada itu awak perlu berikan org yg perlu dihubungi di Malaysia utk memudahkan urusan dari pihak pemaju dan bank.

      Teriama Kasih

      Isaac Hat

      • Nur Julisa berkata:

        Hi Isaac..

        Terima kasih atas maklumat yang awak berikan. Saya rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London. Saya inginkan penjelasan daripada en sekiranya saya telah mengenal pasti rumah yang ingin saya beli, bagaimana dengan proses untuk membeli rumah berkenaan dari luar negara kerana saya hanya akan pulang ke Malaysia pada tahun 2012. Adakah perlu saya melantik peguam ataupun pihak bank yang akan uruskan bagi semua proses, saya hanya perlu submit semua dokumen yang diperlukan dari sini (London) sahaja? Bagaimana dengan segala urusan yang membabitkan tandatangan Perjanjian Jual Beli? Saya benar2 perlukan bantuan dari pihak yang arif.

        Bantuan dari awak amat saya hargai…

        Terima kasih.

  4. saadiah berkata:

    salam dan slamat sejahtera..
    saya seorang kakitangan awam yang berpendapatan sederhana..saya ingin bertanya, masih adakah lagi rumah2 kediaman di kaw lembah klang dan petaling yang boleh saya miliki dengan kemampuan saya..saya harap pihak tuan dapat membantu saya..

  5. shanthi berkata:

    salam sejahtera tuan,
    saya seorang kakitangan awam yang berpendapan rendah. saya juga telah mengambil loan dan ia cukup kepada syarat dimana saya telah mengeluarkan 60% daripada gaji saya. saya juga berharap untuk memiliki rumah sendiri. bagaimana boleh tuan bantu saya! saya sedang mencari rumah di kaw tebrau, johor! saya harap pihak tuan dapat bantu saya

    • marzuki berkata:

      Pertama mesti tentukan berapa budget selaras dengan harga rumah yang hendak dijadikan harta , katakan budget anda hanya bersedia membayar rm500 sebulan sebagai nilai maksimun yang mampu anda bayar seandainya mendapat kemudahan pinjaman dari mana2 institusi kewanagan atau lain-lain cara, maka itulah yang perlu dipegang semasa hendak membuat keputusan membeli rumah, sekiranya harga rumah agak tinggi dan bayaran bulanan melebihi kemampuan anda maka bayaran muka perlulah ditambah,jika ini tidak mampu dilaksanakan maka cuba dapatkan harga rumah yang setara dengan kadar kemampuan anda.Sekiranya kita gagal mematuhi syarat yang telah kita tentukan kadang kala kita akan dibebani dengan masalah kewangan yang berpanjangan.
      Cuba dapatkan rumah2 yang hendak dilelong samada drpd. surat2 khabar atau bank2 yang berada dikawasan Tebrau khususnya, ini mungkin harga yang bakal ditawarkan agak rendah.
      Pastikan juga kadar terendah pinjaman diambilkira semasa membuat pinjaman dr mana2 institusi kewangan.

  6. ziyanie berkata:

    salam
    Saya nak jual tanah dalam anggaran 4800 kaki persegi dkt Lot 2213-C kampung delek kiri, klang..saya nk minta pendapat tentang harga yang sesuai utk dijual..TQ

  7. hisham berkata:

    pelbagai hartanah ladang untuk dijual.Berminat boleh layari blog [url blocked] atau call [phone blocked]

  8. hisham berkata:

    tanah pertanian kebun pisang ada 7 ekar . dah ada hasil. Lokasi Batang berjuntai berhadapan Selangor Fruit Valley. Ada jalan keluar masuk berpasir . Jarak dari jalan besar 1km. Harga jualan rm25k/ekar boleh beli berapa ekar. Tukar hak milik saja. call [phone blocked]

  9. Shafiza8828 berkata:

    sejak bile plak penilaian untuk rumah bertanah kire kaki persegi ni.. klu rumah strata lainlaa.. rumah bertanah langsung tiada kaitan dgn luas kaki persegi, yg mempengaruhi nilai sesebuah hartanah bertanah adalah surrounding area, built up dan juga lebihan tanah sekiranya ade. oleh itu sedikit pengiraan diperlukan untuk menentukan nilaian sesuatu hartanah bertanah (Landed Property). harap maklum. terima kasih

  10. zah ab berkata:

    Saya hendak menjual rumah aptment kos sederhana di bandar country homes,bagaimanakah saya hendak mendapat nilai semasa.

  11. Ir. Mohd Asri berkata:

    Saya ada sebidang tanah berkeluasan 2.6 ekar di tanjung 12, Kuala Langat, selangor dan berhasrat menjual dengan harga RM410,000.00, kepada yang berminat hubungi saya.


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud