Hartanah, Krisis Ekonomi atau Propaganda

Pondok Buruk

Pondok Buruk

Hari ini telah masuk bulan keempat kita mengharungi bulan-bulan gawat. Mungkin sedar atau tidak, saya lihat rakyat kita sebenarnya tidak terkesan lansung dengan krisis kewangan global ni. Mungkin terlalu asyik akan perihal pemilihan umno baru-baru ini sehinggakan kita sebenarnya lupa bahawa kita sedang berhadapan krisis ekonomi.

Bukan setakat itu sahaja, dengan tajuk berita semasa mengenai penukaran tampuk pemerintahan diantara Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi dan Tan sri Najib tun Razak untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia di tambah pula pilihan raya kecil di tiga bukit tidak lama lagi langsung sekali melenyapkan panik krisis ekonomi ini.

Baru-baru ini saya ada terima satu email dari “Big Bos”, entah apa tujuannya menghantar email pada semua staff saya tak tahu. tetapi email itu menarik minat saya supaya kita cuba fikirkan kembali. Sebenarnya apa yang kita panik? apa yang kita takutkan? jadi betul ke apa yang surat khabar laporkan? atau propaganda? atau mereka nak menakutkan kita untuk tujuan – melariskan akhbar diorang? adakah kita telah tertipu? cuba fikirkan…

Didalam email yang di hantar itu. Seingat saya bermula dengan latar belakang usahawan ini. Dia adalah seorang usahawan tua yang tidak membaca akhbar kerana tidak tahu membaca. Beliau tidak menonton TV kerana penglihatan tidak jelas, beliau tidak mendegar radio kerana telinga agak kurang baik. Jadi apa yang dia lakukan seharian adalah menjual burger, hot-dog dan air.

Gerai usahawan tua ini boleh dikatakan antara paling popular lah dikawasan beliau. Oleh kerana gerainya mendapat sambutan luar biasa, mungkin disebabkan oleh resipi rahsianya… beliau mengupah 3 pembantu untuk melancarkan operasi gerainya yang sedang berkembang.

Setelah beberapa lama berniaga, usahawan tua ini mempunyai seorang anak lelaki dan dia adalah seorang graduan universiti. Selalu mendapat straight-A dalam peperiksaan. Paling menyerlah dia dapat biasiswa petronas lagi. :D Jadi suatu hari…

anakdanya pun mula lah bercerita kepada ayahdanya. “Ayah awak tidak dengarkah berita mengenai kegawatan ekonomi akan melanda Malaysia? lebih baik ayah berhati-hati takut-takut gerai ayah akan rugi nanti” kata si anak. Ayahdanya mula berfikir. Mungkin ada benar cakap anaknya tu. Lagi pun anaknya tu graduan universiti, dia mesti kena dengar nasihat anaknya tu sebab jika sesuatu berlaku pada perniagaan dia habislah usaha keras dia sebelum ini.

Si ayah pun mulalah merancang strategi bagi gerainya. Dia mula memotong kos setiap hidangan, kos setiap minuman, potong kos promosi, jimat pakai lampu, kipas dan macam-macam lagi. usahawan tua ini mula menunjukkan yang dia memang “serius” untuk berjimat cermat.

Sehinggakan dia mula mengambil langkah drastik untuk memberhentikan pekerja dia. Dan tinggallah dia seorang untuk melakukan semua kerja. Dengan ini dapatlah dia berjimat dan menabung kerana sudah tiada lagi tanggungan untuk membayar kos pekerja.

Hari ke hari, minggu ke minggu gerai beliau semakin kurang sambutan. Lebih-lebih lagi setiap hari ada saja lebihan makanan yang ada tidak habis dijual. Pelanggan pun sudah tidak mahu membeli burger dan hot-dog darinya. Air minuman pula kadang-kadang tak luak pun.

Dengan keadaan ini, secara rasminya usahawan tua itu terpaksa menutup kedainya dan kembalilah beliau kerumah. Dan beliau pun memberi tahu kepada anaknya bahawa ” memang betul apa yang kamu kata tu, krisis ekonomi ini terlalu kuat dan paling kritikal. Ayah terpaksa tutup kedai kerana hari-hari asyik rugi.”

Moral dari peristiwa ini adalah. Segala-galanya hanyalah didalam minda kita. Jika kita rasa kita berada didalam situasi krisis, kita akan rasa ia sebeanrnya amat dekat, tetapi jika kita tidak menghiraukannya dan terus bekerja, kita akan dapati bahawa ini adalah satu peluang untuk kita lakukan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini.

p/s” cerita ini dah di tokok tambah sikit, tetapi jalan cerita dan moralnya tetap sama. Ia bertujuan untuk kita fikirkan bersama dan panduan pada krisis ekonomi ini.

Terima kasih.

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Apr 2nd, 2009 dan difailkan dibawah Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda