Hilang kerja? Elak rumah anda dilelong bahagian dua

Hilang Kerja

Hilang Kerja

Pada artikel satu sebelum ini kita dapat belajar apakah cara terbaik mengelak rumah kita dilelong oleh institusi kewangan. Diantara intipati artikel tersebut adalah dengan membuat persediaan awal jika anda mendapati pekerjaan anda didalam keadaan bahaya. Lagi cepat anda bertindak lebih besar peluang anda menyelamatkan hartanah anda.

Intipati kedua dengan berterus terang akan status kewangan anda, jangan berselindung kerana dari laporan itu pegawai bank berkenaan akan memperkenalkan jalan keluar bagi permasalahan yang dihadapi.

Jom! mari kita sambung ke tiga lagi teknik untuk mengelak rumah kita dilelong.

3. Penyelesaian mikro
Apakah kaedah penyelesaian mikro? Penyelesaian mikro adalah satu cara yang boleh diselesaikan oleh individu itu sendiri melalui kreativiti dan inovasi perancangan kewangan. Perancangan kewangan ini adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang berperingkat. Sebagai contoh menggunakan pinjaman peribadi +ASB dan Overdraf. Cara ini amat berisiko malah tidak digalakkan, tetapi jika keadaan memaksa mungkin ini sajalah cara yang dapat membantu anda. Harus diingat! jika anda menggunakan cara diatas, anda dinasihatkan untuk berdisiplin dan harus benar-benar faham baik dan buruk teknik ini.

Mungkin ia dapat menyelamatkan anda… tetapi secara dasarnya ia membawa anda kepada keadaan “Sucker Rally“. Teknik ini secara asasnya mengheret bebanan kewangan hadapan pada hari ini malah jika tidak diuruskan dengan betul ia hanya memanjangkan tempoh rekod nagatif akaun anda. Jika anda mengunkan cara ini sebagai satu-satu jalan keluar anda harus berdisiplin dan ikut carta dibawah sebagai kayu pengukur menilai status kewangan sebelum bertindak menggunakan teknik ini;

- Mengetahui berapakah nilai RM yang anda berhutang dengan peminjam
- Berapa nilai RM kerja lebih masa anda dan peratus kenaikkan pendapatan isi rumah setiap tahun
- Adakah anda membayar bil-bil lewat kerana anda tidak mempunyai wang, Jika ya jangan buat
- Adakah anda telah berhenti dari membayar mana-mana hutang sebelum ini, jika ya jangan buat
- Adakah anda menggunakan kredit kad untuk membayar hutang anda sebelum ini, jika ya jangan buat
- Adakah had kad kredit anda sudah sampai penggunaan maksima, jika ya jangan buat
- Adakah anda mempunyai simpanan didalam mana-mana akaun
- Anda seorang yang mempunyai masalah lebih berbelanja, jika ya jangan buat
- Hintung nilai faedah bank yang dikenakan pada setiap insturmen pinjaman, dan ini amat penting

Untuk teknik penyelesaian mikro ini anda harus berdisiplin. Senaraikan kos-kos perbelanjaan anda dan buang mana-mana yang tidak diperlukan. Sebagai contoh; Telefon, television kabel, internet, makanan, elektrik, air, rokok dan lain lain. Jika telefon bimbit anda tidak dibayar oleh syarikat anda perlu kurangkan dan guna hanya perlu. Mungkin dari bil RM100 sebulan anda boleh guna top-up RM30 sebulan dan disiplin pada penggunaan maksima ini, anda dapat berjimat RM70 pada setiap bulan.

Sama juga jika anda tidak melanggan kabel television, anda tidak akan mati kerananya. Jadi layan saja tv1, tv2, tv3 yang percuma yang penting kita dapat berjimat, Hahaa… mungkin pada sesetengah orang perkara ini amat remeh, tetapi jika anda berjaya melaluinya mungkin dalam tiga hingga empat tahun anda sudah boleh menyelesaikan hutang-hutang anda, apa yang penting? Bayar hutang…. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan tujuh peratus setahun dikompaunkan untuk beberapa tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan overdraf boleh digunakan sebagai platform melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

1. Menyelesai/mengurangkan hutang.
2. Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
3. Penyediaan tabungan kecemasan
4. Keperluan pendidikan anak-anak.
5. Melawan kenaikan harga/inflasi.
6 Penyediaan menghadapi persaraan.

Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Jadi berhati-hati… Jika boleh jangan buat.

4. Jual dengan cepat

Bagi sesetengah pemilik rumah ada lebih baik anda cepat-cepat buang hartanah yang menjadi beban. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai beberapa buah rumah lain selain dari tempat tinggal sekarang. Buat keputusan dengan segera, dan carilah agen hartanah yang aktif sebagai rakan pemasaran anda. Pada yang memiliki satu rumah sahaja jadikan ini sebagai jalan terakhir. Kerana jika difikirkan kembali lebih baik anda menjualnya dari anda kehilangan dan menanggung hutang dan disenarai hitamkan.

5. Buat kerja atau bisnes sambilan

Jika anda bersungguh-sungguh untuk membayar hutang anda, carilah kerja sambilan atau bisnes sambilan yang “real bisnes” bukan “jualan langsung” (habis orang MLM marah aku nanti) saya katakan kenapa bukan MLM? cari lah bisnes lain kerana banyak lagi bisnes yang ada dimuka bumi ini…. Dari bisnes sambilan ini simpan 100% dari hasilnya. Jangan gunakan (jika boleh) atau bayar hutang overdarf anda dengan wang hasil bisnes sambilan. Setelah beberapa lama anda pasti akan lihat yang kenikmatan hidup tanpa hutang yang saya cakap kan..

Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang. Akhir kata dari saya…

Semoga berjaya pelabur semua…

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Okt 27th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda