Setiap manusia di muka bumi ini dicipta dengan pelbagai tujuan dan peranan. Ada yang dilahirkan untuk menjadi doktor dan merawat beribu pesakit didalam tempoh perkhidmatannya… ada pula yang dijadikan untuk menjadi petani, peladang, akauntan, pensyarah atapun guru.
Tetapi adakah kita sedar dan pasti yang kita akan berada didalam fasa yang sama pada masa akan datang? Secara tidak sedar, setiap profesion yang kita peroleh hari ini bukanlah sesuatu yang kekal. Hari ini saya ingin berkongsi maklumat bagaimana kita boleh mengelak rumah yang telah di diami selama bertahun-tahun itu dilelong oleh pihak Bank.
Didalam kita tidak sedar banyak sebenarnya individu yang mengalami masalah untuk menyelesaikan masalah hutang rumah. Cara yang dapat digunakan untuk mengelak rumah anda dilelong adalah… dengan “persediaan”.
Apakah persediaan itu? berjimat? melabur? atau berniaga?
Mungkin anda pernah terbaca mengenai artikel-artikel lain tentang persediaan dengan tiga “point” diatas.
Tiga perkara diatas adalah satu langkah yang terbaik. Tetapi bukan semua orang boleh melakukan persediaan diatas. “Jadi bagaimana dengan saya yang tidak melakukan persediaan diatas?” “Adakah saya mampu untuk mengelak rumah saya dari dilelong?” Jawapannya…
Ya! Anda masih boleh mengelak dari rumah anda dilelong… Bagaimana? ikuti tip-tip menarik dibawah.
1. Jika anda mendapati anda “AKAN” diberhentikan kerja, lekas-lekas berjumpa dengan bank untuk membuat tawaran.
Kebiasaanya pihak bank akan membuka pintu pada mereka yang mempunyai masalah kewangan untuk datang dan berbincang dan mungkin ada beberapa langkah yang dirasakan wajar dengan permasaalahan anda. Sebagai contoh, dengan mengstruktur kembali carta pembayaran bulanan sebagai alternatif baru. Ramai yang beranggapan bahawa semasa kita menandatangani perjanjian pinjaman dahulu kita akan terus termaktub dengan syarat-syarat itu sehinggalah tamat tempoh bayaran. Sebenarnya tidak… anda masih berpeluang untuk berbincang dengan alasan yang kukuh.
Tip hari ini: Bank akan mengikut perjanjian pinjaman bersama hanya sebagai lesen mereka mengenakan faedah kepada kamu.
Sebenarnya mereka juga takut akan kehilangan anda(walau bermasalah), tetapi jika kamu benar-benar tidak mampu… apa boleh buat, mereka terpaksa melelong hartanah kamu dengan harga paling rendah. “Ingat! harga yang paling rendah…” Harus kita fahami melelong hartanah adalah satu bebanan pada bank, banyak prosedur dan mereka sebenarnya tidak seberapa memikirkan keuntungan dengan hartanah lelong. Banyak lagi instrumen pelaburan yang lebih menguntungkan untuk diterokai dari melelong hartanah anda. Jadi anda tidak perlu takut memohon rundingan semula kadar bayaran pinjaman rumah. Melainkan mereka sudah pun menolak permohonan anda… jika belum, anda masih mempunyai peluang kerana ramai yang telah berjaya memperolehinya.
2. Bincang dengan berhemah, dan berterus terang.
Ada sesetengah orang yang memerlukan bantuan, tetapi mereka berselindung dan menipu pula. Saya menasihatkan anda agar berterus terang dengan pegawai bank terbabit dan tidak perlulah anda bercerita besar yang sejumlah Fund dari luar negara akan masuk berjumlah $$$ didalam masa 6 bulan lagi. Tetapi pada hakikatnya tiada… ini akan menyusahkan anda pada masa hadapan.
Lebih baik anda berterus terang dengan status dan maklumat kewangan terkini. Sudah lah semasa permohonan prosesnya mengambil masa yang lama malah mungkin anda dikehendaki memulakan permohonan sekali lagi beberapa kali…
Kenapa perlu menipu? Anda rasa anda lebih bijak dari pegawai bank tersebut? Lupakan… Jika anda didapati tidak jujur dan didapati mereka-reka fakta tentang maklumat kewangan bukan sahaja permohonan anda tidak langsung dapat diluluskan malah apa-apa jenis pinjaman selepas ini anda tidak layak untuk memohon. Jadi, nasihat saya berbincang dengan berhemah dan mintalah apa yang anda mahu dan mampu selagi pintu pejabat itu masih terbuka untuk anda.
Bersambung pada bahagian dua
Popularity: 1%