Your search results

Penajaan & Pengiklanan Online

Drumah.com sebuah portal informasi hartanah, pelaburan dan kewangan bebas yang berpusat di Kajang Selangor. Mula beroperasi pada 10 March 2009, drumah kini mempunyai kelebihan unik untuk  memudahkan pengiklan dan agensi mencapai sasaran penonton didalam persekitaran digital yang semakin berkembang.

Platfom ini mempunyai tren konsisten dengan kualiti pelawat portal yang bertambah setiap hari. Sebagai media pengiklanan alternatif, drumah.com berupaya menyalurkan infomasi produk kepada lebih 50,000 pengguna aktifnya di seluruh tanahair. Dengan penerbitan berkualiti setiap minggu, majalah hartanah online ini dapat menarik ribuan pembaca tanpa sempadan demografi, umur dan profesion.

Picture 1

Siapa Pelawat Drumah.com?

Mengikut ujian statistik yang dijalankan pada Jun 2009, dengan 369 responden, lebih separuh dari pembaca drumah.com berumur 25 tahun – 35 tahun yang mewakili 58% dari keseluruhan trafik. Sebanyak 23% pengguna yang lain berumur 25 tahun kebawah, manakala pengguna berumur 36 tahun sehingga 45 tahun sebanyak 15% dan akhir sekali 4% dari trafik drumah terdiri daripada mereka yang berumur 46 tahun keatas. Secara keseluruhannya, trafik drumah.com terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, pelajar dan usahawan.

Drumah Media adalah rakan pemasaran anda, Kerana?

Drumah Media adalah platfom pengiklan 24/jam 7/hari seminggu tanpa henti. (Kadar online 100%)

Kos pengiklanan Drumah Media bermula dengan kadar rata, dan sungguh efektif

5 spot utama ruang iklan disini telah diuji selama 12 bulan dan mempunyai kadar hasilan yang tinggi.

Kredibiliti laman web yang dipercayai dengan penerbitan berkualiti setiap minggu.

Trafik yang dibawa lebih personal dan “magnetik”, terdiri daripada golongan fokus untuk setiap pengiklan.

Drumah Media mempunyai teknologi istimewa untuk memudahkan penaja memantau prestasi iklan dengan lebih dekat.

Drumah menyediakan platform komunikasi diantara jenama dan pengguna.

Hampir 90% pelawat disini mencari informasi dan peluang mengenai hartanah, kewangan, insuran, pelaburan, perniagaan, dekorasi dan pelbagai produk lain.