Your search results

Jabatan Insolvensi Bukan Sebab Muflis

Dikirim Oleh D' rumah on 28/11/2014
| 3 Ulasan

Persepsi masyarakat hari ini yang menganggap bahawah Jabatan Insolvensi merupakan agensi yang bertanggungjawab memufliskan individu, syarikat atau sesebuah organisasi, perlu diubah kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Sebaliknya, beliau berkata Jabatan Insolvensi memainkan peranan penting dalam membantu pihak tersebut keluar daripada status muflis selain membantu pemiutang mendapatkan kembali wang yang dihutang.

“Jabatan Insolvensi bukanlah jahat, maka masyarakat tidak perlu takut kepada jabatan ini malah jabatan ini sentiasa membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu mereka yang diisytiharkan muflis.

“Pegawai jabatan ini juga perlu memainkan peranan dalam mengubah tanggapan ini dengan bersikap mesra, berpengetahuan dan berketerampilan apabila berhadapan dengan mereka yang meminta pertolongan,” katanya di sini, Khamis malam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Dialog Sempena Persidangan Insolvensi 2014 di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Insolvensi Haslina Mansor.

Pada majlis itu juga Nancy melancarkan Buku Rujukan Pantas Kebankrapan yang merupakan panduan kepada penghutang yang diisytiharkan muflis. Persidangan tiga hari yang berakhir hari ini disertai kira-kira 300 anggota jabatan itu dari seluruh negara.

Sementara itu, Nancy berkata kerajaan sentiasa berusaha membantu mereka yang terbeban dengan status muflis antaranya dengan mengemas kini undang-undang sedia ada berkenaan kemuflisan.

“Jabatan Insolvensi juga pada masa ini sedang melihat keperluan mewujudkan undang-undang (kemuflisan) baharu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan banyak penyelidikan dan perlu dilakukan secara menyeluruh supaya hak semua pihak dapat diseimbangkan,” katanya yan di petik dari Bernama.

3 pendapat dalam “Jabatan Insolvensi Bukan Sebab Muflis

  • M Citizen
    pada 16/12/2014

    Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia

    Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.

    • c-mi
      pada 17/12/2014

      walaupun agak keliru sikit baca komen encik M Citizen.. mmg ada betulnya komen tu.

  • thanga
    pada 22/05/2015

    betul jugak m. citizen. bank aniya kita seperti along , tapi kita pun tiada pilihan lain.

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.