Jangan mansuh diskaun bumiputera masih belum mampu

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada kerajaan negeri untuk memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah bukan jalan terbaik menjadikan pasaran hartanah kompetitif di Selangor.

Katanya, “langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.”

Alasan beliau untuk memansuhkan diskaun Bumiputera tidak munasabah dan tidak langsung relevan. Realitinya kebanyakkan peniaga dan usahawan Bumiputera di Selangor masih tidak mampu untuk memiliki hartanah komersial dan mereka sangat jauh ketinggalan.

Sebagai contoh; rata-rata usahawan kita masih belum mampu untuk memiliki hartanah komersial khususnya dibandar besar seperti Petaling Jaya, Wangsa Maju, Ampang, Cheras dan pelbagai sub bandar lain.

Cadangan Tony Pua untuk memansuhkan diskaun bumiputera bukan pada masa yang tepat dan ia dikhuatiri mempunyai agenda tertentu. Jika ia dilaksanakan oleh kerajaan Selangor jurang perbezaan ekonomi diantara Bumiputera dan bangsa lain tidak akan seimbang.

Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara beliau lebih memahami situasi ini, jangan dikatakan diskaun sebanyak 7%, jika usahawan bumiputera diberi diskaun sebanyak 20% sekalipun hartanah komersial yang semakin meningkat tinggi harganya itu belum tentu boleh dibeli oleh kebanyakkan Syarikat Bumiputera.

Sekadar maklumat tambahan, hampir 60% daripada 67% kaum Bumiputera di Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 1,500 sebulan dan mereka berada diparas kemiskinan yang “serius”. Yang lebih merungsingkan hanya sebilangan dari Bumiputera yang berniaga, dan hampir separuh dari Bumiputera mengisi kekosongan jawatan kerajaan dan sebilangan lagi profesional di sektor swasta.

Pendapatan peniaga dan syarikat Bumiputera hari ini sebenarnya masih berada ditahap rendah dan perlu sokongan yang lebih. Peniaga runcit  Bumiputera masih berada di skop perniagaan yang sangat kecil berbanding bangsa lain. Perkembangan nilai hartanah setiap tahun secara tidak langsung menambah tekanan pada syarikat Bumiputera untuk memiliki permis sendiri.

Jika diskaun Bumiputera dimansuhkan syarikat Bumiputera pada masa akan datang akan terus ketinggalan didalam pemilikan hartanah terutamanya dibandar. Mengikut laporan pasaran harta separuh tahun pertama 2010 dari jabatan penilaian dan perkhidmatan harta; untuk subsektor komersil, pasaran hartanah komersial di Selangor meningkat secara konsisten setiap tahun.

Sebagai contoh; harga kedai dua tingkat di Dataran Pandan Prima, Ampang kekal teguh pada RM1.20 juta, melepasi harga kedai di kawasan Petaling Jaya. Kedai tiga tingkat di Bandar Mahkota Cheras menyaksikan kenaikan 9.8% manakala kedai empat tingkat di SS 14 dan SS 15, Subang Jaya, di mana beberapa buah kolej swasta yang popular terletak, mengalami kenaikan yang tinggi sehingga 12.0%, dipindah milik antara RM1.02 juta dan RM1.08 juta.

Statistik diatas membuktikan bahawa nilai hartanah semakin meningkat setiap tahun, sedangkan peniaga Bumiputera masih tercari-cari rentak untuk bertahan. Jika tidak diberi diskaun pada usahawan bumiputera, pemilikan hartanah komersial di Selangor akan di monopoli oleh satu bangsa.

Belum dibandingkan pemilikan usahawan-usahawan Bumiputera di segi tiga emas, Jalan Ampang, Bangsar, Brickfield, Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Damansara dan pelbagai permis perniagaan pinggiran bandar popular lain.

Melainkan ia adalah satu agenda politik halus yang sedang dirancang oleh Tony Pua untuk memecah dan mengusir populasi Bumiputera dari berniaga dan tinggal di bandar-bandar utama selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya tidak menyokong cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana usahawan Bumiputera akan menerima tempias tekanannya nanti.

Katanya, cadangan Pua itu ada rasionalnya kerana jika berhasrat membantu mereka yang kurang berkemampuan, diskaun tersebut perlu ditumpukan kepada golongan berkenaan.

“Kedua, antara sebab dia (Pua) katakan (perkara) tersebut, kalau diskaun tujuh peratus untuk rumah RM1 juta, orang itu akan dapat diskaun RM70,000.

“Kalau dia beli rumah tu kemudian jual pada harga pasaran, dia sudah dapat RM70,000 atau kurang sedikit,” katanya selepas penutupan Majlis Dialog Bajet 2011 Selangor di sini Selasa.

- Petikan Bernama

Tiada rasionalnya cadangan Tony Pua dipertimbangkan. Jangan kita lihat seseorang Bumiputera itu memperolehi keuntungan RM70,000 dari hasil penjualan hartanahnya kerana bukan semua Bumiputera membeli untuk dijual kembali. Bagaimana pula Bumiputera yang membeli dengan niat untuk berniaga disitu, jika harga hartanah itu melangkaui kemampuan mereka dan tiada diskaun diberikan bagaimana dengan nasib peniaga tersebut?

Sesungguhnya tahap kemampuan Syarikat Bumiputera untuk membeli terlalu kecil berbanding dengan kemampuan bangsa lain. Mungkin Tan Sri Khalid boleh membeli 5 buah kondominium mewah di bandar utama, tetapi orang lain masih belum mampu. Didalam beberapa tahun kebelakangan ini pula, kita boleh lihat tren pemaju membina hartanah mewah (high-end) yang mencecah RM800 – RM900 sekaki persegi.

Oleh kerana kebanyakkan Bumiputera tidak mempunyai risab tunai yang banyak, mereka lebih rela membeli hartanah di luar kawasan bandar untuk dijadikan kediaman. Untuk siapakah kediaman mewah tersebut dibina? Sudah tentu sekali bukan untuk Bumiputera. Jika dimansuhkan diskaun Bumiputera mereka tidak akan mampu untuk membeli hartanah di bandar. Setidak-tidaknya benteng terakhir Bumiputera ini adalah satu mekanisma sokongan untuk membantu Bumiputera membeli hartanah di bandar.

Jika disusuri tren pembangunan komersial di Selangor sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini dengan bantuan diskaun bumi, secara purata dari 30 unit yang dibina hanya 5 permis perniagaan yang dapat dijual kepada Bumiputera. Selainnya di monopoli oleh bangsa lain. Nibah 5:30 adalah sangat-sangat rendah berbanding kadar pemilikan bangsa lain.

Ketidakseimbangan ini memang telah berlaku didalam kitaran ekonomi kita, dan ia akan terus menekan dan meminggirkan Bumiputera jika diskaun ini dihapuskan.

Cuba bayangkan jika diskaun Bumiputera dimansuhkan oleh kerajaan Selangor. Berapakah bilangan usahawan Bumiputera yang mampu membeli permis diatas? Adakah 3, 2 atau 1?

Sudah pasti purata kemampuan akan menurun atau; Pada masa akan datang tiada langsung Bumiputera yang mampu untuk membeli hartanah komersial di Selangor

Jika kita lihat lot-lot komersial di sub bandar sekitar Kuala Lumpur. Kedai tiga tingkat di Taman Sri Rampai dan Desa Melawati pada hari ini masing-masing menyaksikan kenaikan ketara 21% dan 25% disebabkan oleh pembukaan DUKE pada awal tahun ini. Kenaikan ketara 16% dicatat di Bandar Baru Seri Petaling pada RM1.45 juta manakala kedai di Taman Tun Dr Ismail teguh pada harga tinggi dengan nilai RM2.3 juta. Persoalannya, berapa ramaikah usahawan Bumiputera yang mampu untuk memiliki hartanah disana?

Walau pun ada bumiputera yang mampu membeli hartanah berharga 1 Juta keatas, perkara paling membimbangkan berapa ramaikah yang mampu membeli. Adakah ia seimbang dengan purata pembelian bangsa lain?

Sememangnya diketahui pasaran hartanah pasti akan meningkat setiap tahun, jika Kerajaan Selangor memikirkan pendapatan dari hasil cukai, Kerajaan Selangor masih boleh memperolehi pendapatan yang tinggi dari hartanah yang telah siap dibina kerana ia masih tetap dijual pada harga pasaran.

Suasana yang paling membimbangkan, jika ada pembangunan baru hartanah komersial pada lokasi yang dinyatakan diatas, harga hartanah di sana akan meningkat sekali ganda dari nilai pasaran semasa. Oleh kerana itu 7% diskaun Bumiputera yang diberi akan mengurangkan beban usahawan bumiputera untuk memiliki hartanah yang baik untuk perniagaan mereka.

Dari pemerhatian yang dilakukan oleh Drumah.com pemilikan hartanah Bumiputera dibandar-bandar besar harus diberi rangsangan baru. Pakej pembiayaan hartanah kepada usahawan Bumiputera harus dipelbagaikan. Peranan EKUINAS , PNB dan Mara harus produktif dengan membuka skop pelaburan mereka kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berpotensi tetapi kekurangan modal untuk membeli hartanah.

Selain itu MAVCAP, MTDC and PUNB harus bergerak aktif untuk mencari peniaga dan mempromosi perkhidmatan mereka yang menawarkan modal teroka kepada syarikat – syarikat Bumiputera. Pelbagaikan aktiviti seperti latihan, forum dan seminar secara berkala harus dilakukan untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing.

Ketidakupayaan peniaga bumiputera didalam pemilikan hartanah komersial sememangnya amat ketara berbanding kaum yang lain. Jika diselami pemilik hartanah bumiputera pada hari ini hampir kesemuanya terdiri daripada agensi khas yang ditubuhkan oleh kerajaan sebagai pemegang amanah.

Secara keseluruhan kasar Bumiputera hanya memiliki pegangan sebanyak 15% dari purata pemilikan hartanah komersial di Selangor.  Jika ditolak pegangan agensi khas tadi pemilikan hartanah dari usahawan dan peniaga bumiputera di Selangor hanya sekitar pada purata 5% hingga 5.6% sahaja. Manakala Pemilikan hartanah komersial dari bangsa Cina keseluruhannya mencecah 76.1%.

Dimana keseimbangannya?

Akhir kata, diskaun bumiputera bukan halangan untuk meng “kompetitif” kan pasaran hartanah di Selangor. Pelbagai inisiatif lain sebenarnya boleh dijalankan untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan.

Kita harus faham pelabur datang ke Selangor untuk berniaga, jika mereka tidak nampak keuntungan disini, mereka tidak akan melabur. Diskaun bumiputera tiada kena mengena dengan pelabur. Mereka masih boleh membeli hartanah yang mereka mahukan, secara jujurnya hartanah komersial dan kediaman berharga RM500,000 keatas tidak akan habis jika ingin dibeli oleh Bumiputera walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah Bumiputera.

Sehingga hari ini kita boleh lihat pemilikan hartanah komersial dan hartanah kediaman bernilai 500 ribu keatas tetap didominiasi oleh bangsa lain. Sebenarnya, Bumiputera perlukan lebih banyak diskaun untuk hartanah yang berharga RM500,000 keatas.

Popularity: 3%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Ogo 2nd, 2010 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




13 Ulasan Dari “Jangan mansuh diskaun bumiputera masih belum mampu”

  1. Smartphoenix berkata:

    perghh..

  2. mat.g berkata:

    saya sokong bab ni iaitu Tan Sri Khalid kena pk masak2 dan buat pertimbangan yg waras.. sbb kesan negatif kpd golongan bumiputra. tp saya percaya krjn selangor tak akan meluluskan perkara ini, sbb setahu saya Pakatan Rakyat lebih mementingkan rakyat berbanding BN.

  3. MySuperKids berkata:

    I like! Keep on writing this type of artikel!

    rumours nak tarik diskaun bumiputera untuk hartanah komersil & hartanah mewah sangat kuat sejak Najib jadi PM. maybe orang percaya dasar liberalisasi yang Najib pegang sangat tu sooner or later akan terkena tempiasnya ke bidang hartanah.

    sampai ada juga pemaju guna alasan kerajaan nak tarik diskaun bumi seawal tahun 2010 untuk melariskan jualan hartanah mewah tahun lepas. as you know,sales tahun 2009 agak slow untuk hartanah high-end ni.

    agenda politik Tony Pua is so obvious. guna alasan lain untuk mencapai matlamat sebenar yang lain. jgn tertipu dengan lagak golongan ini. saya harap this PKR masih mampu menjaga kepentingan bumi walaupun dibawah tekanan org PKR sendiri. Lebih-lebih lagi Selangor memang lubuk hartanah pemaju!

  4. Prodigies berkata:

    bukan ke lebih baik kita bersaing cara sihat? org yg mampu beli rumah juta2 ni mmg dh byk duit. nk buat ape bagi diskaun lg?

    • MySuperKids berkata:

      Diskaun bumi bukan soal mampu atau tidak. Tapi kelebihan menjadi penduduk pribumi. Hormatilah mereka. Mana-mana negara pun macam ni. Kalau nak pakai alasan saingan yang sihat, kenapa tak mansuhkan saja tanah rizab melayu macam kampung baru? Kenapa tak benarkan ASB kepada semua bangsa? Jangan termakan dengan front-end justification yang sah2 ada back-end political reason.

    • bobo berkata:

      golongan bumi yg mmg dah kaya tak perlu diberi subsidi or diskaun lg… untuk golongan kelas pertengahan dan ke bawah tu yg perlu sebenarnya… adil tu bukan sama rata tapi bagi pada yg berhak…

      • asfa berkata:

        kemampuan bumiputera utk beli property sangat2 minima. baca elok2 dan fahamkan mesej artikel atas tu.

        kalau nk buat bandingan kuasa beli bumi mcm segitiga, ditengah2 dan kebwh paling ramai, tapi yg puncak itu sikit sgt.

        tapi kuasa beli non-bumi mcm piramid yg saiznya 20x ganda dari piramid bumiputera. jadi ini yg x balance. klu mampu pun tetapi bumiputera masih kurang.

        kalau property 500k dh x ada diskaun. senang2 jer pemaju letak rege yg korang x mampu. kena ingat bila depa mansuhkan diskaun lepas ni macam2 lagi akan mansuh. kau nk tegk universiti utk bumiputera mansuh? kolej2 utk cina ada bumiputera dpt biasiswa? kolej melayu punya cina dpt biasiswa??? skang ni benda dh jadi xpi kau x nampak. sebab benda ni diorang buat cara halus.

        teres kat cheras dh 487K. dijangka tahun depan naik 500K. ada org melayu nk beli kat sana? kalau ada pun melayu yg beli diorang ni bukan mampu sangat pun. kena ingat org yg beli property dari pemaju ini adalah org yg duit2 mereka ni ngam2 saja.

        kalau bumi yg mampu itu kaya, dia x akan beli dari pemaju punya. baik dia buat rumah sendiri. dh la buat rumah x ada kualiti. ada pulak aturkan barisan2 tertentu untuk bumi purchaser, dh2 tentu lot2 barisan tu kualiti downgrade.

        kau ingat pemaju cina boleh percaya ke? ko senang lah cakap sbb x pernah beli rumah.

        aku rasa BUMIPUTERA sepatutnya berhenti untuk memberi dah.. sudah terlalu banyak kita beri.

        salam

        - BUMIPUTERA -

      • asfa berkata:

        kau kata adil itu bukan sama rata??? what nonsense…

        kalau nk bagi pada yg berhak bagi sajalah… bagi yg berhak 10% 20%? awak siapa nk ketepikan hak bumiputera yg lain utk beli property 500k keatas? kau ingat bumiputera yg beli 500k itu mampu sangat?

        bumiputera tu buat pinjaman bank lah, lepas tu bergolok gadai nk byr deposit beli property kat bandar.

  5. Budakboy berkata:

    Ask that man to read the Malay Dilema…

  6. shawn berkata:

    This is a really good read for me, Must admit that you are one of the best property portal I ever saw.Thanks drumah.com for posting this informative article.

  7. oh! berkata:

    interesting stuff…

  8. Pawang berkata:

    Ini salah satu cara nak halau melayu keluar dari bandar secara senyap.

    • Joe 1 Malaysia berkata:

      Setuju dgn pawang, salah satu cara supaya Melayu x duduk kat bandar..melayu duduk kg je..baguslh tu sokong PKR lagi..bagus..


Tinggalkan ulasan anda