Memang ramai yang berminat untuk menjadi pelabur hartanah, dan ramai juga yang megimpikan kemewahan sebagai seorang tuan tanah kedaung!…
, tetapi lebih ramai lagi yang kecundang, dan hilang keyakinan kerana kad kredit telah menjadi batu penghalang mereka menjadi tuan tanah….
Siapakah yang boleh melabur? jawapannya mereka yang mempunyai asas kewangan kukuh, apakah yang dikatakan kewangan kukuh? adakah dengan mempunyai gaji dan pendapatan berpuluh-puluh ribu sebulan tanda anda punyai kewangan kukuh? atau adakah dengan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya raya tanda bukti anda boleh menjadi tuan tanah yang berjaya?
Kebanyakkan individu yang punyai pendapatan tinggi juga mempunyai masalah peribadi tersendiri, mereka kerap melancong keluar negara, berbelanja besar untuk barang-barang peribadi, dan mempunyai kereta mewah yang jarang-jarang kita nampak di Kuala lumpur. Ada pula individu yang makan gaji, tetapi berpendapatan sehingga dua puluh ribu sebulan yang tak “best” nya hutang kad kredit pula mencecah sehingga 99,999 ringgit dengan 6 kad kredit platinum dari bank antarabangsa yang telah di tempatankan.
Apa yang nak diherankan? itu lah hakikat dan realiti keadaan sekarang. Kita hutang untuk memiliki sesuatu, jika tidak sanggup berhutang anda tiada punyai sebarang harta!…
Walau apa pun ini semua cerita-cerita orang “super kaya”… macam mana dengan orang yang baru hendak bermula? baik kita mulakan pada mereka yang mempunyai pendapatan sedarhana dan eksekutif muda yang berminat untuk melabur didalam industri hartanah. Sebelum anda meletakkan diri sebagai peserta industri, anda harus berdisiplin dan tiada hutang kad kredit atau sewa beli yang melampau. Kebanyakkan eksekutif muda pada hari ini mudah terpengaruh dan kerap kali terjerat dengan gaya hidup berhutang dengan kad kredit dan pinjaman peribadi.
Di tambah lagi dengan promosi hebat dari pihak bank yang menawarkan pelbagai insentif sebab itulah ramai orang yang terpengaruh dengan dakyah bank-bank ini. Harus difahami bahawa, hutang-hutang begini amat tinggi kadar faedahnya, ada diantara bank-bank di Malaysia mencaj 15% ke 18% setahun dari baki kad kredit anda. Sebaik-baiknya sebelum anda mulakan langkah untuk memberi komitmen pad pelaburan hartanah, langsaikan hutang-hutang tesebut dahulu.
Memang melabur didalam hartanah boleh memberi anda satu pulangan dan pendapatan tetap, tetapi dengan hutang yang bertimbun-timbun ini anda sebenarnya membazir masa, tenaga dan usaha kerana buat masa ini anda masih belum bersedia untuk memulakan hutang baru. Angaplah melabur didalam hartanah seperti memberi komitmen pada isteri nombor dua anda… heheheee…
Lebih baik anda berusaha untuk menyelesaikan hutang kad kredit tersebut dan pastikan hutang-hutang lain anda seperti hutang kereta tidak melebihi 20% dari pendapatan anda. Mulakan dengan berjimat cermat, potong kos-kos tertentu jika anda dapat mencari “solution” lain cari alternatif lain asalkan berjimat. Kenali tren perbelanjaan anda, jika boleh setiap transaksi dan belian yang anda beli harus dicatit, catitan yang dibuat akan memudahkan perbandingan dan analisis semasa dan tren perbelanjaan anda. Seperti saya setiap hari saya akan menyenaraikan kos perbelanjaan harian supaya saya dapat kenal pasti apakah yang patut, dan apakah yang tidak diperlukan. Kadang-kadang kita terlupa ini lah cara terbaik untuk mendisiplinkan diri supaya tidak berbelanja berlebihan.
Pelaburan hartanah memang lumayan, tetapi pada setiap pelaburan itu anda harus mempunyai modal berbayar. seperti mana sifu-sifu hartanah mengatakan “Hard cash” adalah raja, jadi buat simpanan dan disiplinkan diri agar tidak berbelanja berlebih-lebihan. Lakukan apa sahaja asalkan anda mempunyai wang tunai yang banyak.
semoga berjaya,
Popularity: 1%
Apakah yang dimaksudkan dengan Hard cash ni ye?
hard cash tu wang tunai. wang tunai itu yg paling power.
bro c-mi kalau ada jalan untuk setelkan utang2 kredit kad, harap boleh share,, tq
becakap pasal kad kredit ada lah sedikit kemusykilan …may be tak relevan ngan tajuk ni. tapi juz nak share2 jer.
berapa lama black listed sebab utang kad kredit bleh clarify ek? my hasben dah setel kan utang2 tu…. visa on 2005 and the other one januari ari tuh. leceh lah nak apply loan semua pun problem.
sapa2 ada pengalaman bleh tak share? tq much
kad kredit ni…mcm ahlong gak…cuma tak mengganas le…..tapi tak tahan gak ari2 bank telefon……so cara nak settle..buat personal loan…tapi bagi mereka tak boleh buat personal loan cuba le byr sikit2….
jgn ada lebih drp 2 credit card(1 master, 1 visa dah cukup sbg backup utk emergency), pakai satu je satu lagi simpan kat umah.. ambik yg free for life(tp sakng krjn pulak yg cilok fee)
pakai pon biar ukur baju dibadan sendiri lah… kalo byk income leh la pakai banyak.. hehehe