Kebaikan mempunyai ejen hartanah

Ejen Hartanah

Ejen Hartanah

Proses membeli dan menjual hartanah boleh menjadi satu proses yang sangat sukar dan meletihkan. Ramai orang mengganggap dengan maklumat yang mudah didapati di internet mereka boleh melakukannya sendiri tanpa khidmat seorang ejen hartanah. Hakikatnya, pasaran hartanah sebenar adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.

Garis Panduan Di bawah Menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah.

1. Pengetahuan dan Kemahiran – Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dsb. Mereka boleh membantu mendapatkan rumah yang anda mampu dan memberi nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan apabila membeli rumah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah yang terbabit dalam sesuatu pembelian. Seorang ejen hartanah akan membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda.

2. Penjimat Masa. Jika anda mahu menjual rumah, seorang ejen boleh mengambil alih tugas-tugas seperti menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan rumah kepada mereka. Jika anda mahu membeli rumah, ejen boleh menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria anda daripada membuang masa melihat rumah yang tidak menepati kriteria.

3. Pembantu Harga Jual Beli : Ejen akan mengetahui samada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.

4. Hubungan Penting : Ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya. Mereka mempunyai hubungan rangkaian yang baik dan boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.

5. Pengurusan Dokumen: Jumlah kerja yang ada dalam urusan jual-beli kelihatan sangat rumit kepada mereka yang baru dalam perniagaan ini. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih 10 mukasurat. Ini belum lagi dokumen lain seperti borang-borang dari badan kerajaan dan lain-lain. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.

6. Sokongan : Kerana kerumitan proses jual-beli hartanah, anda tidak tahu apa yang mahu ditanya. Seorang ejen akan mempunyai jawapan untuk anda dari awal sehingga akhir.

Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli rumah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source
Sab, Jul 12, 2014 1:47:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Ogo 3rd, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

25 Ulasan Dari “Kebaikan mempunyai ejen hartanah”

  1. am_2009 berkata:

    bagus artikel ni,,, boleh tak bagi cadangan agen yang terbaik kat pasaran sekarang?

  2. babafisa berkata:

    I’ll take some of your suggestions and try to apply them.

  3. Hartini berkata:

    Nak tanya, baper biasanya kos yg dikenakn utk pnjualan 1 unit hartanah? Tq

    • najib berkata:

      maksud hartanah tu pelbagai,
      rumah teres, semi-d,condominium dll jenis rumah. tanah kosong juga di sebut sbg hartanah begitu juga dgn kilang dan bangunan komersial..
      hartanah apa yang saudari maksudkan..? dan biasanya satu-satu hartanah itu di nilai dengan pelbagai aspek yg menentukan harga.

  4. najib berkata:

    ingin berkenalan dgn ejen-ejen hartanah area shah alam, sg. buloh,
    kota kemuning dan bukit rimau

    najib @ PBT valuation

  5. mohd yusof berkata:

    nak tanya, berapa bayaran kepada ejen jika saya mahu menjual rumah? Rumah jenis apartment, anggaran harga RM140k

    • adib berkata:

      selalunya penjual akan deal dengan ejen utk dptkan pembeli..bila dah berjaya ejen dah syarikat ejensi akan dpt 3% dari harga jualan sebagai khidmat konsultansi dan selebihnya 97% adalah milik penjual..

  6. dinsblog.com berkata:

    kena berhati2 bila berurusan dengan agen.sebelum pilih agen kena paham selok belok untuk beli rumah…jadi invest dulu dalam ilmu pasal jual beli rumah.

  7. Mai Kamaruddin berkata:

    e mail saya untuk perundingan jual beli hartanah terbaik Selangor/ Klang Valley..nilai terbaik untuk Hartanah yg ingin dibeli atau dijual..

  8. ayie berkata:

    boleh percaya ke dengan ejen..
    boleh ke bagi deposit rumah dengan
    ejen terus??

    • Nasrul berkata:

      untuk membayar booking dengan selamat.. jangan sesekali bayar cash untuk deposit. amalkan:

      1) transfer deposit ke account company real estate agent yang berdaftar
      2) bank draft kepada company real estate agent yang berdaftar

      ini untuk memastikan wang deposit anda selamat dan benar2 sampai kepada pihak yang berwajib (real estate agency) untuk prosedur seterusnya.

  9. adib berkata:

    Ejen yg berdaftar dia ada resit&letter offer to purchase,smua ini tuan boleh request dari diorang..dan yg pling penting deposit dimasukkan ke akaun agensi yg ejen itu bernaung,bukan akaun persendirian ejen

  10. Rumah Lelong berkata:

    Betul tu..make sure dia bagi resit bila kita buat pembayaran.Kalau nak lagi selamat bayar guna cek nama atasi company agen tu bukan atas nama agen.Ingat resit tu penting.

  11. Dol Sekinchan berkata:

    Kebaikan je? Keburukan pulak macam mana? Mesti ada pros and cons kan? Saya berminat nak tahu kedua-duanya sekali untuk penjual dan pembeli, kalau tuan blog tak keberatan. Kalau tak, artikel ni nampak bias. Hehehe.. jangan marah ye.

  12. Azman berkata:

    Rakan saya ada umah di Pulau Indah. Dia nk jual umah tu tp sampai skrg masih belum ada pembeli walaupun dh guna ejen. Mungkin faktor lokasi yang kurang hot.

  13. NOORAINI berkata:

    baik ke ada ejen…saya nak menjual rumah di seremban 2….teres 2 tingkat…boleh bantu saya.

    • siti berkata:

      hi kak, sy ade kenal sorang agen ni, dengan dia memang senang nak deal…kalau berminat, call sy yer [phone blocked]

    • roslan berkata:

      pn. nooraini..sy ejen hartanah berdaftar..bleh bantu utk urusan penjualan rumah puan..thanks!

  14. shahrizal berkata:

    saya ingin menjual rumah semi D di Bukit katil melaka…pada agen2 yg available blh email pada saya tkasih.

  15. ONE berkata:

    Very good info.. pohon share..

  16. Shahril berkata:

    Saya perlukan ejen untuk khidmat nasihat n proses penjualan rumah di Sunway Alam Suria, Shah Alam

  17. nacyrin berkata:

    saya nak jual rumah teres di sendayan negeri sembilan. tlg bantu saya cari buyer.


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud