Membeli rumah tanpa wang pendahuluan adalah satu cara mudah memiliki hartanah disebabkan harga hartanah yang semakin hari semakin meningkat naik. Memandangkan majoriti eksekutif baru di Malaysia memiliki pendapatan RM1500 sehinga RM3500. Sudah pasti eksekutif muda tidak mempunyai wang pendahuluan yang tinggi.
Jadi kebanyakkan mereka megambil jalan mudah dengan mengambil pinjaman maksima sehingga 100%. Dan segala kos termasuk insuran dan yuran guaman segalanya dimasukkan kedalam pinjaman. Ini membuatkan pinjaman mereka telah mencecah 110% dari keseluruhan kos. Walaupun begitu anda harus ingat, Di Malaysia kita memang mempunyai beberapa buah bank yang menawarkan pinjaman 100% tetapi kadar faedah yang dicaj kedalam akaun anda adalah 3 kali ganda dari biasa.
Jadi apakah keburukkan pakej diatas?
Disebabkan pakej yang menarik, secara kita tidak sedar… sebenarnya ada beberapa individu yang layak tetapi tidak mampu. Maksud saya mereka layak membeli hartanah ini tetapi sebenarnya tidak mampu miliki hartanah ini. Jadi siapa yang mampu? Jika mereka yang mampu sudah pasti mereka dapat mengeluarkan sikit bayaran muka. Walau pun tidak 10%, sekurang-kurangnya mereka yang layak dan mampu memiliki rumah adalah mereka yang mampu memberi 5% wang komitmen dari harga rumah.
Dari kajian yang dijalankan hampir 70% sehingga 80% mereka yang megambil pinjaman tanpa wang pendahuluan ini akan mula goyang, dan tidak menepati pembayaran semula hutang terutamanya ketika berlaku kemelesetan ekonomi. Dengan pengurusan kewangan terancang anda mampu mengatasi perangkap ini. Jika anda mengikut kata hati dan terlalu beremosi membeli rumah anda mungkin akan menjadi salah seorang mangsa kegawatan ekonomi.
Krisis kegawatan ekonomi pada awal tahun 2009 masih kurang impaknya pada industri hartanah dengan tindakan Bank Negara Malaysia yang mengurangkan kadar OPR. Sekaligus kadar BLR juga dapat dikurangkan. Dengan Kadar BLR yang rendah mengurangkan banyak tekanan kepada pemilik rumah yang membayar pinjaman mengikut BLR. Mungkin anda terselamat kali ini. Situasi ini jarang-jarang berlaku, mungkin ini satu sikap jujur dan berani dari Bank Negara untuk meningkatkan kesetabilan dan menambahkan permintaan semasa pasaran dan sekaligus ia juga mengurangkan panik pada pasaran tempatan. Tetapi bagi saya senario ini hanya sementara dan terlalu “fragile”.
Sekali lagi mungkin anda nampak pakej tanpa wang pendahuluan ini satu bentuk kemudahan. Hakikatnya, anda terpaksa membayarnya pula dengan harga paling tinggi. Pinjaman yang besar sekaligus lebih membebankan anda. Untuk membeli rumah anda harus memiliki disiplin dan “reserve” wang yang tinggi. Jika anda tidak mempunyai disiplin dengan membuat simpanan sekarang… anda sebenarnya tidak layak untuk membuat apa-apa komitmen jangka panjang untuk hartanah.
Berhati-hati… Semoga berjaya pelabur semua…
Popularity: 2%
fuh! best artikel ni. thumbs up! pesanan ni akan sy sentiasa ingati. dn sy akan sampaikan pesanan ini pada rakan-rakan lain.
gud job. I love drumah… kritikal dan jujur pesanan ini.
Hi, outgoing posts there
thank’s exchange for the gripping word
Komen anda KEBURUKAN BELI RUMAH TANPA WANG PENDAHULUAN adalah sangat sangat baik bagi sesetengah orang.. Tapi bagi saya sangat – sangat TIDAK BAIK. kalau anda pandang dari sudut negitive maka negitive lah ia . Kalau kita nak berjaya dalam hidup kena lah berpandangan jauh dan positive itulah kata kata para pakar motivasi selalu ungkapkan. Biasanya orang yg nak beli rumah tanpa deposit mereka ada agenda tersendiri. Bagi anda tidak mampu atau membebankan itu awak rasakan dan itu lah awak, itu lah anda. Adakah anda terfikir awak dan org lain tidak sama. dan tidak akan sama sampai bila bila dari segala segi. Maka itu jangan samakan diri awak dgn org lain.
Dulu saya beli rumah semasa gawat ekonomi 1997 tanpa sesen pun duit keluar.Oleh kerana masa itu saya menyewa rumah RM 400 sebulan dan saya perlu bayar rumah baru saya RM 600 sebulan dari segi beban memang betul tapi dari segi kebaikan by the time that house belong to me. betul tak . tapi kalau nak sewa sampai bila bila pun awak tak ada rumah.
Ini lah orang kita melayu ni tak berani ambil cabaran, Kalau rasa membebankan bayaran rumah tu kerja lah lebih supaya dapat income lebih, buat part time kan itu lagi bijak dari menyewa sepanjang hidup.
ok think positive lah kawan.
Wah! terima kasih saudara ibnu said,
Saya ketengahkan keburukan. Atau negative point supaya pembaca dapat berfikir diluar dari kebiasaan. Berhati-hati. itulah maksud saya.
Cuba anda fikir, kenapa banyak rumah lelong? kalau kewangan mereka kukuh, sudah tentu mereka dapat membayarnya. Bila rumah di lelong, tandanya mereka tidak mampu membayar rumah tersebut.
Sememangnya semua org mahukan rumah yang besar dan cantik. Mungkin layak dengan gaji, tetapi sebenarnya tidak mampu. Jadi ambil lah rumah yang kecil sedikit. apa yg saya maksudkan, jangan berangan2 terlalu jauh… ikut kemampuan kita. Jika anda mampu apa salahnya cari lah yang besar sedikit untuk keluarga.
Walau apapun I “respect” dengan tindakan u di tahun 1997, bukan calang-calang org mcm tuan yg berani ambil risiko begini. “High risk high return.” dan saya faham akan maksud tuan. terima kasih, diatas teguran itu.
betul kata awk ibnu said,sy sokong 100 peratus,sy pernah tolong sorang kawan membeli sebuah flat jer kat jln pjs tmn medan sifar deposit,..dulu menyewa bagi kat tuan rumah bulan2.skrg dia bagi org lain pula sewa flat dia tu ..skrg dah 5 tahun berlalu skrg tgu nak jual blik dgn harga pasaran ..kira ada margin dlm 25ribu stlah tolak baki bank.kalau lah dulu dia tak berani ambil risiko ,sampai skrg lah tak de hartanah.jangan pikir sempit kluar lah dari tempurung..sekarang dia nak beli apt kos sederhana pula,sy rasa dia dapat capai impian tu..dgn keberanian yang sedikit tu..
depends on reader intrepetation.
people who think positively will take it as a guiden. but people who miss the message are thinking somewhere else vise versa.
keepup the good work.
aku setuju dgn pendpat ibnu said
tp aku setuju gak dgn penulis. exposekan risiko2 beli rumah x de deposit ni
betul gak kata ibnu said, mealyu jgn takut mesti berani
tp jgn berani x tentu hala. study dulu risiko dan plan..plan.plan.
then baru buat. jgn beli rumah lepas tu kema lelong sudah
plan? memang perlu plan. yang bagusnyer listkan pro n kontra. kalau nak buat apa2….contoh nak apply loan macam sayer….kena plan….. at the very least ada 3 plan. A, B dan C.
lepas dah study pasal hartanah n dah jumpa banker2….ader le sket info and planning. rugi masa sayer terbuang selama ni. itupun pasal takder streamyx seblom ni (helah mental je ni). sayer pun ada plan ala2 kak rose….