Tidak lama lagi kita akan menghadapi satu lagi pusingan harga minyak. Kali ini mungkin lebih dahsyat dari apa yang kita hadapi sebelum ini. Diberitakan 35 projek galian minyak OPEC telah dihentikan sehinggalah tahun 2013. Syarikat besar seperti Exxon mobil sudah mula memperlahankan pencarian untuk menjimatkan wang. Yang menyakinkan saya, berita mengenai projek di Angola, Negeria, Mexico, deepwater Brazil, Canada, Vanezuela telah di gantung atau kini telah dibatalkan.
Mungkin kita selesa dengan kadar RM1.92 sen seliter. Atau mungkinkah anda terlalu selesa dengan harga minyak yang murah hari ini, nasihat saya jangan terlalu selesa kerana semua nikmat ini hanya sementara. Selepas ini berkemungkinan besar kita tidak lagi dapat merasakan minyak petrol murah. Dari cakap-cakap mereka yang berada di Pusat Tenaga Antarabangsa ” Dengan situasi begini… kita akan menghadapi kenaikan minyak tahap ke-2, dijangkakan pada akhir tahun ini dan ia lebih tinggi.” Adakah ia benar?… fikirkan…
Sesuatu yang turun pasti akan naik. Kesan teruk dari kemelesetan ekonomi telah menurunkan permintaan minyak, oleh sebab itu harga minyak kita guna murah? Betul ke?
Mungkin ya… atau, mungkin tidak.
Setiap hari pengeluaran minyak baru tidak mencapai quota, malah berkemungkinan besar permintaan akan lebih besar dari stok minyak yang ada. Yang lebih teruk, anda sendiri boleh lihat negara-negara pengeluar minyak arab atau dikenali sebagai OPEC secara serius dan aktif sedang menghadkan pengeluaran dari pasaran minyak.
Kesan penurunan harga minyak ini hanya sementara. Tetapi apa yang kita tidak sedar… penurunan luar biasa ini telah mengakibatkan kejutan harga lebih tinggi dari apa yang kita hadapi pada pertengahan tahun lepas. Sekarang ini kapasiti pengeluaran minyak global adalah 94 juta tong sehari. Dan pengguna minyak dunia semasa hanya 84 juta minyak sehari, perbezaan hanya 10 juta tong sehari. Pakar ekonomi yakin didalam masa 3 tahun lagi atau selewat-lewatnya 2013 pengeluaran dan permintaan minyak dunia akan sapara. Oleh kerana permintaan minyak di china dan india semakin meningkat dan angkanya hampir-hampir separuh penduduk dunia. Harga minyak dunia akan melonjak, keparas tertinggi. Walaupun ada Bio-petrol, ia mungkin dapat digunakan 10 tahun lagi di Malaysia. harap-harap lah… tetapi kita tetap akan mengharungi bahana petrol ini dahulu.
Spekulasi. Mungkin ramai yang “aware” dengan peluang pelaburan di “future trading” atau saham-saham “oil company”. Secara mudah, keadaan ini adalah senario klasik beli murah jual tinggi. Refleksinya pada harga minyak dunia bakal berlaku sedikit masa lagi dan ia mungkin lebih teruk dari apa yang kita bayangkan. Anda percaya atau tidak itu terpulang, tetapi ada lebih baik kita bersedia dari tidak melakukan apa-apa. Sekurang-kurangnya kita dapat lakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Harga rumah? mungkin 4-5 tahun kehadapan harga rumah di sekitar Kuala Lumpur akan “bouncing” sedikit atau kenaikan 25%++ dari harga semasa kini. Anda tahu, saya tahu… apabila harga minyak naik segalanya akan naik. Sedar atau tidak… setiap tahun kita akan tetap mengalami inflasi bersistematik dan terancang ini.
Popularity: 1%
wow! power betul artikel ni… terus tersedar aku.
baru jer plan nak beli type-R. terus x jadi.
mcm ni baik aku beli rumah kurang2 aku x payah tuang minyak hari2.
ntah ape sistem kapitalis ni … yg saham2 bg harga minyak naik tu lg huduh, kita boikot minyak, kita pakai minyak masak. kuang3x
hari ini ade berita ron97 mungkin naik
bulan september kat thestar.
tapi artikel u ni lagi awal dari bernama.
dasat seyyy…
ade news best2 x?
share la lagi ngan kitaorang kat sini.
good article, anyway the news are perfectly for bursa investor. hurry buy cheap n sell high at 2012. how to find cheap oil company? cal me 012-21XXXXX
minyak naik tahun 2009. minyak naik…minyak naik… aku benci minyak naik.. minyak naik lagi, minyak naik lagi. baru nak senang lenang sikit, minyak naik lagi. bulan september? silap2 minyak naik esok. wahhhhhaaaaa…..