Kelebihan membeli rumah di kawasan yang berkonsepkan ‘Township’ – Part I

Bukit Jelutong

Bukit Jelutong

Bakal pembeli rumah sering memikirkan lokasi yang paling bersesuaian dengan keperluan keluarga supaya memudahkan urusan seharian seperti menghantar anak ke sekolah, membeli barang keperluan, tempat beriadah bersama keluarga dan aspek yang paling penting ialah keselamatan.

Segala kelebihan dan keperluan tersebut sebenarnya ada dalam setiap kawasan perumahan yang berkonsepkan ‘Township’. Apakah itu konsep ‘Township’?, konsep tersebut selalunya dibangunkan oleh pemaju-pemaju yang besar seperli Sime Darby, UMLand, SP Setia, IJM Land dan sebagainya. Pemaju-pemaju ini akan membeli kawasan tanah kosong yang besar (1500 ekar ke atas) dan seterusnya membangunkan kawasan tersebut. Pembangunan selalunya akan mengambil masa 15-20 tahun bergantung kepada keluasan tapak projek tersebut.

Pembangunan sistematik ini akan mengambil kira banyak faktor antaranya jalan masuk ke kawasan tersebut, rangkaian ke jalan & lebuhraya utama, kepadatan penduduk dan potensi pembangunan di kawasan tersebut. Kawasan di dalam ‘Township’ pula akan dibahagikan kegunaan tanahnya kepada beberapa kategori iaitu perumahan, komersial, industri, sekolah/bangunan kerajaan, taman rekriasi/tempat terbuka dan infrastruktur. Setiap bahagian tersebut perlu seimbang supaya keselesaan penduduk terjamin.

Selain dari perancangan bandar yang bersistematik dan terancang, pemilihan pemaju yang berwibawa harus diutamakan. Anda pasti tidak mahu melihat perancangan bandar dilokasi jin bertendang itu menjadi tempat pembiakan nyamuk dan binatang-binatang lain.

Satu tip untuk hari ini, semasa anda memilih untuk membeli township yang baik adalah pengaturacaraan rumah. Setiap fasa mestilah mempunyai konsep dan “design” berbeza. Yang mana ini dapat membezakan hartanah anda yang baru dengan design yang lama.

Aturan jalan raya wajib besar, jika boleh lebar jalan raya mesti lebih dari 50 kaki persegi diantara rumah dan rumah diseberang. Kawasan taman permainan disetiap fasa bagi memudahkan anak-anak tidak perlu berjalan jauh dan melintasi jalan dengan trafik yang sibuk pada waktu petang. Klinik Swasta atau pusat kesihatan kerajaan bagi memudahkan orang ramai tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan rawatan.

Pemilihan dan faktor utama bagi ibu bapa adalah Sekolah rendah dan sekolah menengah yang berdekatan dengan rumah sebagai tujuan utama pemilihan kediaman disini. Selain sekolah pusat-pusat komersial yang berdaya maju akan meningkatkan taraf keselesaan penduduk “township” disitu.

Perancangan bandar yang baik akan memudahkan anda. Oleh kerana ianya satu bandar yang terancang… “Township” mempunyai 10 kelebihan yang tidak didapati pada projek-projek perumahan berstatus taman. Apakah kelebihannya?

Bersambung bahagian ke2

Popularity: 3%


Dikirim Oleh on Okt 14th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda