Dalam bahagian pertama saya telah menerangkan apakah itu konsep ‘Township’. Secara teperincinya kemudahan yang ada dalam township adalah pusat asuhan kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, balai polis, bomba, dewan serbaguna, padang permainan, taman-taman rekreasi, kedai/pejabat dan sebagainya.
Sesetengah township telah menjadi kawasan yang eklusif di mana hanya golongan tertentu yang berkemampuan untuk memiliki rumah di dalam township tersebut. Ini adalah kerana ramai para pembeli tersebut telah menduduki township tersebut dari awal pembangunanya di mana harga masih rendah. Apabila pembangunan seterusnya berlaku rumah yang sedia ada akan meningkat harganya. Pemilik asal akan menjual rumah tersebut dan membeli rumah yang baru, contohnya dari rumah teres ke semi-d seterusnya membeli bunglow.
Tetapi bakal pembeli perlu tahu bahawa harga rumah di dalam township adalah agak tinggi jika dibandingkan dengan perumahan biasa tetapi berbaloi dengan nilai yang dibeli. Di sini saya senaraikan kelebihan-kelebihan tersebut:-
1 ) Keselamatan terjamin – 24 jam patrol dan kawasan perumahan berpagar
2 ) Pelaburan yang menguntungkan – harga rumah di dalam township cepat meningkat
3 ) Sistematik – pembangunan telah dirancang untuk 15-20 akan datang
4 ) Kemudahan berdekatan rumah – menjimatkan masa dan tenaga
5 ) Kepadatan penduduk yang rendah – banyak kawasan rekreasi dan kawasan hijau
6 ) Kebersihan terjaga – tanggungjawab di bawah 1 pemaju sahaja, tiada konflik seperti menyalahkan pihak lain jika masalah timbul
7 ) Kejiranan yang mesra – penduduk adalah dari pembeli awal yang saling mengenali satu sama lain
8 ) Persatuan penduduk yang kukuh – persatuan dan pemaju saling berhubung secara berterusan
9 ) Master plan sedia ada untuk pembangunan seluruh township – dapat merancang hala tuju pada masa hadapan
10 ) Lambang status – Township yang anda duduki melambangkan tahap status anda
Sekian, selamat melabur
Popularity: 1%