Membuat pinjaman bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… kenapa?
Saya bukanlah seorang yang arif tentang prosedur bank, cuma bergiat didalam industri hartanah membuatkan saya secara tidak langsung bercampur dengan rakan-rakan dari industri kewangan ini.
Pertama sekali, saya ingin bertanyakan kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?
Boleh saya katakan… institusi perbankkan hanya ingin membuat keuntungan dengan anda!
Yup! memang pun, tetapi apa boleh buat, memang lumrah hidup, memang susah kita hendak membuat simpanan, asalkan ada duit.. ada saja benda lain untuk digunakan. Jadi sampai ke tua pun kita tidak akan memiliki rumah. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda… mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah idaman.
Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai… dan macam – macam hal lagi.
Jika pinjaman anda tidak lulus dengan sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu seorang “officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak diluluskan kerana faktor laibiliti atau komitmen yang terlalu tinggi. Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun. Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….
Jika pihak bank memberi alasan “anda punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kouta tertentu. Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3 bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memangkomitmen anda tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak dapat membiayai rumah anda, cari bank lain.
Dari maklumat yang saya terima, ada juga sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mreka akan mula “reject” semua kes-kes yang datang dari perojek ini.
Tidak perlu risau… sebaliknya tanya kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? mungkin pegawai itu dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.
Apa-apa pun jangan berputusa asa, cuba tanya pada penjual hartanah anda mungkin beliau dapat membantu didalam pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan pantas didalam kerja.
Semoga berjaya pelabur semua.
Popularity: 43%
Selamat Hari Guru….Tanpa mereka yang mendidik siapalah kita.
Memang bernas sekali ulasan anda. Saya yang berkerja di Bank ada beberapa cadangan sebelum anda berkira-kira untuk membeli rumah. Cadangan seperti berikut.
1. Biasanya Bank akan memberi pinjaman kepada siapa yang mampu dari segi kewangan. Cuba anda kira berapakah hutang anda yang sedia ada. Ini termasuk hutang kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Hutang anda yang sedia ada dan dicampur dengan hutang yang baru tidak boleh melebihi 50%.
2. Cuba anda pergi ke Bank Negara untuk menyemak kedudukan hutang anda (CCRIS) untuk melihat sama ada anda layak untuk membuat pinjaman baru. Biasanya rekod kewangan anda tercatat dalam maklumat Bank Negara.
3. Cuba semak rekod CTOS anda. Biasanya kita tidak sedar kita mempunyai rekod CTOS. Kebanyankkan pelanggan saya tidak tahu mereka mempunyai CTOS.
4. Satu lagi perkara yang penting bagi pihak Bank untuk melulusakan pinjaman anda ialah dimanakah anda bekerja, berapa lamakah anda bekerja. Faktor pengalaman bekerja amat dititikberatkan oleh pihak Bank. Jika anda berkerja di sektor Kerajaan atau di syarikat-syakit besar biasanya pihak Bank tidak keberatan meluluskan pinjaman anda. Ini kerana mengambil kira faktor kewangan dan kestabilan sesebuah organisasi.
5. Kawasan manakah rumah yang anda ingin beli?. Kebanyakkan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah yang anda ingin beli terletak dikawasan yang kurang permintaan, Pemaju yang mempunyai rekod “senarai hitam” & kawasan dimana terdapat banyak rumah yang dilelong.
Jika anda ingin bertanya lebih lanjut sila hubungi saya di: Untuk membuat pinjaman perumahan ataupun pertanyaan berkaitan dengan polisi pihak Bank. Semoga anda berjaya dalam mendapat rumah pilihan anda.
Saya ada masalah untuk membeli rumah sebab nama disenarai hitam, begitu juga dengan suami saya dia bekerja TNB, saya swasta bagaimana cara untuk mendapat kelulusan pihak bank sudah berbagai cara tapi masih tidak boleh sebab terlalu banyak tunggakan card credit. Siapa yang dapat membantu saya untuk mendapat kelulusan pihak bank cuma saya perlukan sebuah rumah.
assalamualaikum… saudara..
saya nak bertanya, saya memiki sebuah kereta wira n kereta e2 sudahpun dijual kepada sepupu saya. maslahnya apabila saya ingin membeli sebuah kereta len tiba-tiba abnk tidak lulus dan menyatakan saya ada rekod kereta tidak dibayar selama 10 bulan. sedankan kereta e2 bukan tanggungan saya lagi… apabila di periksa memang sepupu saya tidak membayarnya. jadi saya telah mengambil balik kereta tersebut. bagaimana saya nak selesaikan hutang tersebut yang hampir bernilai RM4,500.00. saya tak mampu bayar sekali gus. adakah bank terima saya bayar secara ansur2.
blh di bincangkan dengan pihak bank…sy salah seorg dari saudara.. tetapi setelah sy mmbuat segala urusan dengan ambank.selesai..sy mendapat surat semua telah dijelaskan .. apabila sy ingin mmbuat pinjaman kereta.. sy masih mempunyai rekod..tunggakan masih tidak dipadamkan.masalah nya sy tidak lulus pinjaman sedangkan rekod pembyaran telah dijelasakan sepenuhnya.ini menyebabakan sy kurang percaya dengan sikap bank yg seolah olah ingin memungut hutang sahaja sedangkn berjanji untuk membersihkan nama sy dalam rekod pinjaman.
tp dgr dgr kata tmpoh 6 bln dah rekod bersih…kiranya x nmpak sangat… untuk bank bank lain nk buat loan..tryla cuba.. untuk bank yg ada tunggakan tu masih mmpunyai masalah buat pinjaman lg… sbb itu rekod asal kita yg pertama… tunggulah selepas 6 bln… tp tunggakan yang minima bawah 5 k tu settle lah… mungkin bank akan bantu saudara selepas 6-12 bln selepas tu try submit loan balik… mungkin dapat..
sekiranya rekod anda telah dibersihkan maka anda perlu mendapatkan surat pengesahan dari bank berkenaan dan membuat permohonan pinjaman kereta yang anda hendak beli..dengan bank yang sama dengan disertakan dengan surat pengesahan tersebut…jika dengan bank berlainan biasanya jika lulus ianya hanya lulus kurang dari jumlah yang anda inginkan jadi nasihat saya mohon dengan bank yang sama…
macamana denagan permohonan pinjaman peribadi dengan bank lain asyik x lulus jer sedangkan gaji paling kurang 2500 sebulan.bagaimana untuk dapatkan kelulusan..
Saya tidak pernah membuat apa-apa loan dan tiada komitmen , gaji pokok saya rm1600, kalau masuk elaun pun tak banyak, saya baru bekerja di syarikat ini selama 8 bulan dan tiada diploma atau ijazah.Masalah juga sebab tak boleh nak mohon mana-mana pinjaman kerana saya perlu membeli kereta untuk ke tempat kerja.Apa masalah sebenarnya ni ?
Maaf kan sy jika ganggu encik . Sy da berusia 39 th bkawin & ada 4 cahaya mata . Masalah sy ialah sy masih tidak mpunyai rumah . Sy takut untuk membuat loan. Sy ada CTOS RM15000 . Sy bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat di JB. Selama 11th sy kerja . Sy anak sulung . Rumah yg sy duduk skg ni pun sewa, RM200 sbln . 3 anak bersekolah .Sy berharap encik blh beri panduan bagaimana sy hendak beli rumah ? BANK mana yg harus sy berurusan dulu. Gaji sy RM2000 sbln . Sebelah rumah sy ni nak jual RM80k tp blh minta kurang lgi sy da call da . Setakat ni EPF sy di akuan 2 ada RM17k . Tolong la beri petunjuk pd sy . Sy lakukan ni utk masa depan anak2
BAGI MEREKA YANG ADA MASALAH CTOS MASIH BOLEH BUAT PINJAMAN DENGAN MAYBANK , KERANA MAYBANK TIDAK MEMBUAT ‘CHECKING CTOS’ OLEH ITU ANDA BOLEH MEMBUAT PINJAMAN.
betul ke mybank tk check ctos..saya pernah membeli kereta lepas tu kereta tu dah dilelong dan orang dah beli..saya tak settlekan lagi baki pinjman tu..saya ccris ke ctos..
ya…sebenarnya saya juga adalah penasihat jualan kereta jadi sya amat pasti berkenaan CTOS..hanya MAYBANK sahaja yang menyahut saranan kerajaan tak perlu rujuk CTOS untuk proses pinjaman..TETAPI..sebarang pinjaman dari MAYBANK..mereka hanya bersandarkan kepada BASIC salary atau gaji pokok..bukan dicampur dengan sebarang elaun atau kerja lebih masa…
slm……smlam baru maybank rejk loan keta sya dgn alasan ccris…haru tul la
mybank boleh buat pinjaman peribadi x..saya nk buat loan dalam 8000 … gaji dalam 2500 tp dulu ada tunggakan tp dah jelas.. mybank boleh membantu x.
ada tax sesiapa yang boleh tolong saya, saya dah booking untuk pembelian rumah, masaalahnyue sekarang semua bank x lulus permohonan saya. gaji saya sekarang dalam 2500. rumah itu harga 186k shj.CIMB bank nak saya ada credit card baru boleh buat pinjaman..Saya pernah buat pinjaman kereta di Maybank tp dah habis bayar dan geran pembatalan pun ada..sy sangat sedih sebab dah booking dan duit pemaju hangus..dan saya kena bayar interest lambat pada pemaju sebab belum settle harga rumah,,sila telefon saya [phone blocked]
Bagaimana dgn masalah CCRIS?
Suami saya ada pinjaman kereta yg digunakan oleh kakak dia. Pmt mmg byr tiap2 bulan, cma ada tunggakan 2 bln dr tahun 2009 yg msih belum di bayar. Tapi kami da buat pembayaran tu minggu lepas.
Adakah suami saya boleh dapat pinjaman perumahan? Yang mnghairankan saya, 2 minggu sebelum raya ari tu suami saya ada mohon pinjaman peribadi ngn HSBC bank, dan pinjaman tersebut lulus. Jadi adakah suami saya x sangkut masalah CCRIS?
mmglah kalau nak buat personal loan, hsbc mmg terbaik. mereka akan sedaya upaya membantu kita..cuba lah.
kalu isteri ada ccris dan namanye dimasukan sekali didlm loan tersebut(bkn sebagai gerentor tp hanya buti2 peribadi shj)..adakah loan sisuami akan diluluskan..
saya baru settle bayar hutang kereta,bulan 2 /2011.sebelum ni ada lewat bayar,saya hendak buat loan rumah,sebelum ni saya ada mohan kredit card,sudah 3 bank,semua nya tolak permohonan saya.gaji saya rm 2000 keatas.boleh ke saya membuat pinjaman rumah?
kalau suami sudah blacklist, bolehkah isteri buat pinjaman bank dan adakah boleh dilulus..tq
encik issac….saya ingin membeli rumah…apakah kelayakkan yang patut saya ada…sekarang saya mengalami masalah CTOS…akibat jual beli kereta tanpa pertukaran nama….harap encik isaac dpat beri info…
Macamana nak contack saudara?saya ade masalah sikit berkenaan pinjaman perumahan dimana saya telah mendapat kelulusan bank-public bank cuma 80 % sahaja. Harga rumah RM238000.Masalahnye saya kena top up banyak. Bank lain tak boleh buat loan sebab pemaju tidak menjadi panel bank. Boleh tolong bagi jalan tak? tq
salam,
en isaac boleh tak bagi no phone@emel @ emailkan pd sy.utk memudahkan sy hbgi isaac.sy dh sign snp dr bln 6 lg.tp loan xdpt2 lg.sy keja gov.sy joint bsma suami tp suami ada ccriss mna2 bank xlulus dsbbkn nm suami ccriss.sy nk mta tolong ngan isaac mcmn cra yg terbaik utk buat loan ngan bank.harap dpt mbantu..tq
salam
mcmana nk hbgi saudara@sapa2 yg arif berkenaan dgn mslh sy ini?
en isaac sy dh pun sign snp n byr deposit pd pemaju.rumah tu dh boleh duduk..cume tgu loan lulus je..mslhnye skrg loan rumah xdpt2 lg.sy buat joint loan besama suami.sy keja gov n suami swasta.sy dh aply byk bank tp smuanya xble d sbbkn suami ada ccriss.mslhnye ccriss dh pun sy settlekn smuanye tp mgapa bank xble bg pinjman lg.apa yg perlu sy lakukan utk mdptkn pnjman n adakah sy pelu tgu smpi hbs thun ni baru aplky smula pinjaman..sy bcdg thun dpn baru nk convert ke loan gov jnji sy dpt loan bank dulu utk msuk rumah tu…sy harap en isaac dpt mmbntu sy myelesaikan mslh sy ini..terimakasih
saya kerja private gaji bersih RM2000 blacklist kredit card RM7000++ n ptptn jugak la..
kalau saya nak bli rumah agak2 ada x bank yang sudi bagi loan?
Adakah bijak jika membeli rumah yang harganya jauh lebih tinggi (lebih kurang RM100,00 beza) daripada nilai rumah tersebut? (telah dinilai oleh penilai yg diiktiraf).
saya dah tiga kali apply tp xpnah lulus dah byk bank BSN BANK RAKYAT CIMB BANK ISLAM DLL.. kereta yg di pakai oleh kakak atas nama sy mjadi alasan kerna rekod tertungak. pinjaman kereta yg sy pakai skang 480 itu jr pinjaman yg sy ada n kakak dah tkr nama pd 14hb 12 2011
skang tgh submit kali ke empat kalu reject jugak
MAMPUSSSSSSSS AKUUUUU
sy betol2 buntu n memerlukan bantuan scepat mungkin
assalammualikum…….saya erin dari Topmacro Capital Sdn Bhd..sekiranya cik ingin membuat pinjaman peribadi sila hubungi atau sms saya (phone blocked) atau email kepada saya [email blocked] untuk pertanyaan lebih lanjut…….
Salam Puan,
Menjawab soalan puan tadi seperti berikut:-
Pertama sekali puan senaraikan apakah rekod senarai hitam tersebut. Cuba pergi ke Bank Negara untuk menyemak rekod CCRIS puan. Biasanya senarai hitam akan dikeluarkan selepas beberapa kali notis tindakan guaman. Kalau melibatkan kad kredit cuba pergi ke Bank yang berkaitan untuk melangsaikannya. Selepas itu dapatkan surat pelepasan (clearance letter). Biasanya bank akan mempertimbangkan permohonan puan dengan adanya bukti surat pelepasan tersebut.
encik Isaac bole bantu tak saya dalam buat pinjaman bank untuk membeli rumah di Taman Arked Dengkil..Sy sah cuba banyak bank masih x lulus..saya hrp Encik Isaac dapat kol sy [phone blocked]…
saya ingin m’miliki s’buah rumah teres,harga sekitar rm70k-rm100k-lokasinya sekitar bangi/bkt mahkota/kjg -di sini saya tidak pasti adakah saya layak m’milikinye dgn gaji saya sekitar rm1000 sbln,saya jg ade pinjaman peribadi,serta kereta.ataupn,dgn gaji saya sekarang,saya hanya mampu membeli aparment shj
boleh guna kalkulator pinjaman perumahan ini untuk perbandingan kelayakkan. Nak senang kira berapa komitmen RM yang anda sanggup keluar setiap bulan sehingga 25-30 tahun. dari situ anda boleh lihat kemampuan anda.
Tekan link ini : http://www.drumah.com/kalkulator-pinjaman
salam saudara,
bulan lepas ana ade buat pinjaman perumahan dgn bank rakyat, semasa tengah proses sume ok.. gaji ana 1203.89 sbulan. bile dtolak dgn pinjaman pribadi dan kwsp pndapatan ana akan jadi 788.88. yang peliknye, semase berbincang mmg layak la, ana siap dah bagi cengkeram 7500.00 kpd penjual. stelah siap serahan dokumen dgn bank, pihak bank berjanji dlm seminggu die akan panggil sign tp sbulan senyap.. ana pun coll, bank kolupo kata riject. ada ke patut ana yang tanya, die janji nak coll. kalau ana x coll alamaknye bertahun die syp. rumah yang ana nak beli bukan mahal pun. 39k je. ana buat 25thn dan byaran bulan 165.00 je katanye semasa tengah bincang la, bkn sampai habis gaji ana. ana rasa mmg x patut pihak bank buat camtu. ana kerja di jabatan kerajaan, bukan kerja sendiri. ni tgh cari bank lain. SAKIT KEPALA ANA NAK BUAT BANK LAIN!!!!! LAIN KALI BGTAHU AWAL2 JGN MAIN SYP!!!!!!
mmg byk kali benda ni berlaku. sebaik2nya en madi jgn berputus-asa. cuba lagi, tp kali ni prepare sume dokumen lengkap + supported document. bagi tahu kat officer tu kalau ade berita bg tau en madi… dan submit 3-4 bank yg sesuai. sekali gus.
Boleh ke kita submit loan umah nya form ke 3 ke 4 bank dalam satu masa?sebab ada satu officer cakap kalau buat cmtuh kita akan masuk dlm rekod CCRIS dan akan menyebabkan permohonan kita bolehditolak
officer ni faham ke ape benda ccris tu. submit 3-4 bank boleh saja, itu hak awak. tiada siapa yg boleh pertikaikan hak kita utk apply 3-4 bank sekaligus. officer tu ade kepentingan sebab tu dia cakap mcm tu.
maksudnya u try dulu dgn dia. kalau x lepas pandai2 lah u cari financier lain
.cara terbaik submit byk bank dan buat keputusan yg bijak.
salam, sya setuju dgn jawapan en c-mi. sbb saya pernah submit 8 jenis bank masa nk beli rumah dulu. dalam 8 bank tu 7 yang lulus dan satu senyap aje…jadi kita kenalah pilih yang mana bank mempunyai blr yang rendah ataupun tempoh bayaran balik.
Salam….
Saya ada tanah lot untuk membuat rumah, cuma masalah saya ialah untuk mendapatkan pinjaman untuk membuat rumah,, ada org kata interest untuk membuat rumah lebih tinggi dari interest membeli rumah yanag telah siap ,betul ke? kenapa? ada tak cadangan bank mana yang dapat memberi pinjaman degan interest yang rendah>
Aslkm
Nak tumpang tanya skit ttng pinjaman perumahan bank. Kalau setelah tolak personal loan, Tabung Haji RM500 dan dsbgnya baki gaji tinggal RM1,350 belum tolak hutang keta RM600 sebulan dan umur dah 45 tahun ada harapan ke untuk buat loan rumah lagi? Ini gaji saya saja, gaji suami tak termasuk. Tlg bagi nasihat sikit,m please. Terima kasih
Sy wat housing loan,pendapat sy,banker akn tgk jg brapa loan rumah yg puan nak beli..Itu akan effect brapa monthly instalment yg akan puan byr. Klu puan ingin tanya sy apa2 soalan berkaitan housing loan,sy bersedia membantu.
cik hnim.. sy cik niyta.bleh sya tny sedikit sbyk x tntg pinjaman perumahan.sbb sy skg dlm proses untuk mbli rumah.leh cntct sy x,tq ya!
insyaAllah sy boleh membantu..sy xde contact num cik niyta..nnt cik niyta add sy kat fb..search Nurhanim Khusaini..kt bole keep in touch nnt..
ok..nnt saye add awk ye! my name is nita hasnita..tq!
SY PUN PERLU BANTUAN 2THUN XLPS2 LG LOAN.
ADD FB SY fahmiazuan ayob
asap plz
boleh sy tau hanim keje di bank mana?.sbb sy nk apply housing loan..smpai skrg x lepas2.dh rasa mcm bank ni mcm pilih kasih pulak.klu boleh tolong hubungi sy melalui email yg di berikan.
Salam..
Sy pun nk tny soklan yg sama.. dh pernah apply housing loan, tp tak lepas sbb ejen mark up tinggi sgt. so sy nak tanya, basic salary+fixed allowance 2010 sy RM1983.00.. komitmen yg ada cuma personal loan RM364/bulan dan loan ASB RM110.00 sebulan.. tu jer. kereta ker.. card credit ker.. hutang lain2 takde.. n sy guna nama sy jer utk beli rumah.. boleh tak kirakan sebenarnya dgn kewangan camni.. sy sebenarnya layak beli rumah utk harga yg brapa??
bila dh tau kelayakan sy utk rumah harga berapa br laa boleh re apply lg ikut kelayakan.. TQ
sy mencadangkan puan beli rumah harga rm100k ke bwh..sy staff cimb taman mutiara,cheras. Tp sy xbole wat detail speculation sbb blom tgk lagi puan pnye pay slips. puan lyk utk max commitment 65%.
Salam semua,
Untuk membuat pinjaman bank sila pastikan perkara yang berikut:-
1. Komitmen anda termasuk ansuran rumah baru hendaklah tidak melebihi 50-60%.
2. Sila pastikan rekod CCRIS dan CTOS anda bersih. Jika terdapat CCRIS sila pastikan bayaran dibuat dan disertakan surat bayaran sekali. Jika ada CTOS sila pastikan anda menyelesaikannya dan disertakan dengan surat pembatalan sekali.
3. Jadi anda akan mendapat sedikit gambaran jika rumah yang ingin dibeli sila pastikan bayaran ansuran baru + bayaran ansuran lama (pinjaman rumah, peribadi dan kereta) tidak melebihi skor seperti di atas.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
Selamat mendapatkan rumah impian anda. Terima kasih
salam bro..saya nk tanye pendapat bro..
saya kini dlm proses membeli rumah dan sudah membayar deposit.masalah nye adalah nilai pinjaman yg ditawarkn oleh bank(setakat ni 2 bank) adalah lebih rendah dari harga yg dtetapkan oleh penjual(pembelian melalui agen).apakah tindakan yg patut saya ambil sekiranye saya mahu dptkn sekurang-kurangnye pembiayaan rumah sebanyk 90% dari harga yg dijual??
adakah sy boleh berunding kembali dgn agen@penjual berkaitan harga rumah tersebut?ATAU cuba apply dgn bank lain??ATAU batal terus niat membeli rumah tersebut??
mmg biasa apabila beli rumah subsale bank tidak akan bagi pinjaman 90% sebab nilai rumah tu pada bank tidak sampai pada harga jualan. Tetapi bagi penjual harga itu mmg sesuai, jadi benda ini memang konflik lama, sebab itu adanya perunding hartanah sebagai penasihat. cuba berbincang baik2 dengan penjual. tidak kisah dia ejen atau owner. Kebiasaanya ejen lebih mudah untuk kita berbincang. Tetapi kalau rasa pembelian itu membebankan, batalkan saja transaksi tu, mungkin belum tiba masa anda memiliki hartanah.
pd pendpt sy, if bank xbole wat 90% loan,thats mean,market value utk rumah tersebut tdk sama dgn purchase price.Cthnya,owner nak ual rm200k,tp market value utk rumah tersebut cuma rm190k..Encik bole hubungi sy,dan sy akn cuba check market value utk rumah tu. sila add sy d fb,Nurhanim Khusaini.tQ.
salam, saya disenarai hitamkan oleh pihak ambank kerana hutang yang telah saya selesaikan dgn pihak mbf lebih 10 tahun yang lalu. bila saya katakan saya mempunyai dokumen mereka berkata mereka tidak peduli dan mahu saya membayar ‘hutang tersebut’. mengikut kata pihak bank semasa mereka mengambil alih mbf ada lapuran mengatakan saya mesih berhutang dan memaksa saya membayar atau diambil tindakan. maslahnya saya tidak pernah menerima walau sehelai surat mengatakan saya masih berhutang dengan pihak bank malah selama ini pun permohonan kad kredit, beli rumah dan kereta tidak pernah ditolak. hanyalah pada baru baru ini semasa saya ingin menukar kereta saya diberitahu saya telah disenaraihitamkan. apakah yang patut saya buat kerana saya pasti saya telah dianiya oleh pihak bank yang tidak bertanggungjawap.
salam..saya adalah kakitangan kerajaan ttp still tak boleh apply governmt loan selagi tak sah lantikan (maybe 2 thn lg). so, saya plan nk beli rumah dulu guna loan bank, and convert to governmt loan selepas saya dah sah lantikan…saya nk tahu ok ke cara ni dan boleh ke saya cara ni utk buat permbelian bersama isteri yg kerja swasta…
Ini mgkn salah satu cara encik utk mempercepatkan pinjaman rumah. Encik bole wat pinjaman perumahan dgn pihak bank, dan kemudian menukar utk gov loan selepas beberapa thn. Ini mungkin adalah tindakan yg bijak memandangkan harga rumah yg semakin menigkat naik. Memiliki rumah sekarang mungkin akan menyelamatkan encik dr harga rumah yg mungkin akan tinggi di masa akan dtg.
salam..saya ingn merujuk tentang kes pinjaman perumahan yang sedang dibuat sekarang.sebelum ini saya ada apply loan dengan satu bank,lepas seminggu saya diberitahu aplication saya reject sebab ccris rekod BNM tak bagus.selepas sendiri check kat BNM di dapati atas kereta saya ada satu rekod saman mahkamah bulan 10 2009 utk tungakkan ansuran walaupun sudah dijelaskan sebulan lepas.utk itu saya ada ke bank untuk clear rekod tersebut kemudian diberitahu selepas sebulan barulah rekod (saman) akan padam kat ccris report BNM.Tapi soalan saya adakah bank masih akan bermasaalah utk meluluskan pinjaman saya lagi selepas itu(selepas sebulan) bila tengok dlm ccris rekod saya untuk past 1 tahun ada menunjukkan pernah ada tungakkan 2-3 bulan ansuran atas kereta saya?? walaupun rekod saman sudah tiada.Apakah saya masih layak? untuk makluman gaji saya Rm 3450, loan kereta Rm625/mth(bal.24mth), sewa rumah skrg Rm250,Kredit card inst. Rm420/m (24mth). dan jumlah loan yg dipohon Rm 135k.
terima kasih
Wasalam,
Saya ada beberapa cadangan untuk puan:-
1. Cuba dapatkan surat ” clearance letter” dari pihak bank. Biasanya pihak bank tidak ada masalah jika kita sertakan surat ” clearance” tersebut.
2. Kalau ikut dengan kadar gaji puan memang tidak ada masalah untuk pihak bank meluluskan pinjaman puan.
3. Cuba ke bank Negara untuk dapatkan rekod CCRIS puan untuk memudahkan pihak bank meluluskan pinjaman puan.
Selamat berjaya.
salam, CCRIS menunjukkan saya ada joint loan yang saya tidak pernah pohon..kelulusan loan tersebut adalah 2 bulan saya membuat permohonan refinance rumah saya..Akibatnya sya tidak boleh memohon personal loan sehingga pihak bank keluarkan surat mengesahkan saya tidak pernah memohoon join loan tersebut…Di dalam penyata kredit Bank Negara, cawangan bank tempat alamat permohonan loan adalah tidak wujud/salah… Apakah kemungkinan ada individu tertentu pihak bank menggunakan dokumen saya untuk meluluskan loan seseorang. Saya telah bertanya pihak bank , jawapan adalah salah sistem teknikal….Apakah tindakn undang-undang yang saya boleh kenakan pada pihak bank kerana telah memberikan maklumat palsu kepada Bank Negara
mungkin adlia boleh appoint lawyer untuk buat pembetulan.
saya nak tahu apa sebab pihak bank menolak permohonan pinjaman saya,semasa saya bertanya kepada pihak bank document saya ni cukup tak syarat-syarat untuk membuat pinjaman,pihak bank kata cukup, selepas tu tak lulus.lepas tu pihak bank kata jika berminat selepas 6 bulan boleh mohon semula.sebab saya perlukan duit untuk modal berniaga baru saya buat pinjaman,nak tunggu selepas 6 bulan mungkin saya dah tak perlu membuat pinjaman.
utk permohonan pinjaman bank, kebiasaanya bank akan lihat individu itu dahulu. Contohnya sejarah kredit si pemohon ccris, ctos atau lain2. Yang seterusnya mereka akan lihat kemampuan pemohon adakah beliau dapat membayarnya. Apabila kita memohon pinjaman bank akan meminta dokumen2 wajib dan supported dokumen bagi tujuan penilaian. Jika seseorang peminjam itu mempunyai sejarah kredit yg tidak baik, supported dokumen adalah satu cara terakhir untuk mendapatkan pinjaman.
Sebagi contoh pada 10 tahun lepas anda mempunyai sejarah tidak membayar pinjaman kad kredit, dan pada hari ini anda ingin membeli hartanah dan telah membuat pembayaran penuh hutang kad kredt 10 tahun dahulu.
pada hari ini bank akan lihat dari sudut kemampuan adakah pemohon mempunyai kelayakan untuk membuat pembayaran balik.
Senang cakap mr goh boleh cuba mohon bank lain, tetapi lepas ini sertakan sekali penyata kewangan dan dokumen sokongan seperti sijil2 simpanan, saham, atau apa2 sahaja yg dirasakan boleh meyakinkan pihak bank.
Jika x dapat juga boleh appeal sekali lagi dgn bank, dan cuba cagarkan tanah atau rumah atau cari guarantor.
saya berumur 53 thn,kwsp akaun 2 ada 100k lebih,rmh pertama yg beli dulu semua dh beres,dpt geran dah,skrg ni saya nk beli rumah kedua harga 170k,hutang lain tak ada,bersih,berapa peratus saya boleh dpt pinjaman bank dan adakah bank akan meluluskan pinjaman saya memandangkan umur persaraan 55 thn
biasanya masih lagi 90% tetapi tempoh pinjaman adalah pendek tidak melebih 15 tahun atau kurang 10 tahun…(ini menjadikan ansuran bulanan menjadi tinggi..)
Salam, saya nk tanya kepada saudara2 yang arif…. soalan saya ialah :
- Apa prosidur bank akan tengok berapa bulan rekod kita di CCRIS? 6 bulan ke atau 1 tahun untuk meluluskan sesuatu permohonan pinjaman…
Katakan hari ini 28.9.2010. Dan pada 1.2.2010 bulan lalu ada tunggakan hutang sebanyak 2 bulan sehingga 3.3.2010. tetapi tunggakan tu sudah di sattle kan pada 5.4.2010. Adakah pihak bank akan melihat rekod 6 bulan ataupun 1 tahun kebelakang..
saya ada jawapan nya dari pihak saudara yang arif tenteng perkara ini…
yan..
saya menunggu jawapan dari saudara2 yang arif dalam perkara ini…
6 bulan kebelakang bro
salam bagaimana saya boleh contact en isaac..? suami saya ingin membuat pinjaman perumahan iaitu sebuah apartment yg bernilai rm120k..masalahnya 2 bank dah tolak permohonan suami saya..suami saya bekerja di sebuah syarikat swasta yg berstatus berhad dan hampir 2 tahun…dia bekerja sebagai engineer dan gaji nye dalam rm3000…dia cuma ada satu pinjaman saja iaitu pinjaman kereta iaitu sebulan rm566 saja..tapi setahun yg lalu dia tidak bayar kredit kad yg bernilai rm1900..jadi mungkin namanya dah masuk ccris..tapi dia dah settlekan sekaligus dan dah tutup akaun..dan dah dapat release later dari aeon credit..tapi bank tolak permohonan sebab pernah ada rekod tak baik..kalau begini adakah selama lamanya dia tidak boleh langsung utk memiliki rumah? dan kalau boleh selepas berapa tahun baru boleh dan adakah peluang utk dia beli rumah masih ada? terima kasih
tumpang tanya
umur saya 41 tahun. saya mempunyai loan kereta (rm756 sebulan) dgn tunggakan kurang 2 bln. lima tahun lepas abang saya membuat pinjaman keretan proton iswara aeroback(rm 400 sebulan) dgn menggunakan nama saya & dia sebagai penjamin. atas sebab ekonomi, dia gagal membuat bayaran kereta tersebut dgn tunggkan hampir setahun. jumlah outstanding rm 18 ribu.
saya ingin membeli apartment berharga rm 150 ribu. tapi diberitahu oleh pegawai CIMB saya tidak layak disebabkan nama sudah blacklisted disebabkan kereta abang saya sudah menjadi hutang lapuk.
masih ada peluangkah saya untukk membeli rumah?
Kat mana kita nak tgok CCRIS tu? .Apa sebenarnya CCRIS dan CTOS?
ccris stand for Central Credit Reference Information System. nk cek ccris pegi bank negara.
ctos ni sistem informasi rujukan. yang mana syarikat tersebut megumpulkan maklumat berkaitan individu yang disenarai hitam melalui perintah mahkamah daripada notis akhbar atau media lain. (selalu nya akhbar).
Tumpang tanya, boleh ke sesuatu syarikat itu (bukan bank) mengarah CTOS untuk meletakkan nama seseorang PENJAMIN dalam CTOS sebelum mengambil sebarang tindakan mahkamah? Ini berlaku pada saya. Saya hanya mendapat notis daripada Syarikat tersebut melalui SMS menyatakan akan memasukkan nama saya dalam CTOS. Apabila saya semak di CTOS ada tercatit saya sebagai PENJAMIN. Harap dapat penjelasan.