Kenapa pelaburan anda gagal

Gagal

Gagal

Bekerja untuk beratus pelabur dan bertemu dengan beribu-ribu pelabur hartanah membuatkan saya lebih memahami apakah sebab utama kegagalan pelaburan hartanah.Mungkin industri ini nampak mudah, tetapi segalanya bermula dengan pengorbanan.

Elakkan dari membuat sebarang kesilapan, kerana didalam hartanah anda harus membayar kos dan wang yang tinggi untuk membaik pulih kesilapan itu. Matlamat pelaburan adalah untuk mengambil keuntungan. Keuntungan datangnya dari pernigaan yang menguntungkan. Jadi anda sebenarnya sedang berniaga. Jika anda menganggap pelaburan hartanah anda sebagai satu hobi, berhenti dari membaca sebarang maklumat hartanah. Kerana industri hartanah akan membuatkan wang simpanan anda kering, dan membebankan hidup anda sepanjang hayat.Anda boleh melabur secara sambilan, tetapi melakukannya sebagai perniagaan.

“Property is not a game, the winner is not all-time success” – c-mi

Maksud saya, hartanah bukanlah permainan yang kita boleh mulakan sekali lagi apabila gagal memenanginya. Hartanah memerlukan sepenuh penumpuan dan informasi tepat untuk mendapatkan maklumat yang membolehkan anda bertindak lebih awal dari orang lain.

Segala bentuk perniagaan bermula dengan informasi. Dari situ tercetusnya peluang, seterusnya membawa pada perlaksanaan dan keuntungan.

the winner is not all-time success” bermaksud walaupun anda berjaya memiliki hartanah-hartanah, kilang-kilang, kedai-kedai, estate-estate dari seluruh pelusuk dunia sekali pun. Anda sebenarnya masih berisiko untuk gagal. Sebagai contoh, pelabur dan selebriti terkenal Donald Trump juga mengalami masalah yang sama. Sebagai bilionaire, berpengalaman dan sebagai “guru” hartanah pada ramai pelabur juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan masih belajar menyesuaikan portfolio pelaburan yang sesuai.

Ambil nota ringkas ini sebagai satu nasihat dan panduan.

Disini saya perturunkan beberapa sebab mengapa pelabur hartanah gagal dan kenapa anda harus mengelak dari melakukan kesilapan yang sama.

  • Teragak-agak untuk membuat keputusan
  • Cuba melakukan sesuatu sendirian
  • Beli hartanah tanpa strategi keluar
  • Tiada rangkaian didalam industri
  • Terpengaruh dengan hype pelaburan
  • Kurangnya perancangan bersistematik
  • Mengambil masa terlalu lama

Segala masalah diatas sebenarnya membawa pada kurangnya aliran tunai yang konsisten, itulah sebab no.1 mengapa semua perniagaan gagal.

Teragak-agak untuk membuat keputusan
Lakukannya dengan “mudah”, permudahkan pemilikan anda. Mengapa anda perlu bersusah payah untuk mendapatkan hartanah ini? Perjanjian yang sukar membantu anda dari sudut pengalaman. Tetapi sebaliknya ia tidak membantu anda membuat keuntungan, malah pada akhirnya anda membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Pemilikan rumah satu proses yang mudah, kita sendiri yang menyukarkannya…

Cuba melakukan sesuatu sendirian

Kebanyakkan pelabur merasakan jika mereka berjaya membuat sesuatu itu tanpa bantuan akan menjimatkan wang. Yang pasti memang dapat menjimatkan, tetapi adakah kita berkelayakkan untuk melakukannya? Kebiasaannya lebih baik pelabur itu fokus pada apa kepakarannya dan dapatkan bantuan dan sumber dari orang ketiga.

Beli hartanah tanpa strategi akhir

Anda membeli hartanah dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Jadi jangan pula anda jatuh cinta dengan hartanah yang dibeli. Buat rancangan dan berdiri teguh dengan perancangan awal.

Tiada rangkaian didalam industri
Bina rangkaian didalam perniagaan ini, sebaik-baiknya anda mempuyai rangkaian kenalan dari agensi hartanah untuk tawaran-tawaran hartanah yang baik, pegawai bank untuk tujuan pinjaman dan kewangan, peguam untuk menjaga dari sudut undang-undang. Disinilah satu sistem terbentuk. Selain itu, membina rangkaian melalui internet juga satu kaedah yang baik.

Terpengaruh dengan hype pelaburan

Pasti anda pernah membaca atau melihat rancangan-rancangan TV yang menunjukkan industri ini adalah satu yang mudah. Anda beli sebuah rumah, laukan pengubahsuaian, tukar jubin bilik air dan tandas dan anda jual rumah itu dengan keuntungan yang besar. Realitinya kaedah ini adalah satu cara yang berisiko tinggi didalam industri hartanah. Elakkan hartanah yang perlu dibaik pulih dengan banyak, melainkan anda tahu apa yang anda lakukan.

Kurangnya perancangan bersistematik

Bina satu sistem dari pelbagai sudut dari pembelian sehingglah pada tempoh jualan. Anda boleh mengubah perniagaan adna pada skala yang lebih besar jika anda mampu menguruskan segala operasi dengan cekap. Tanpa perancangan yang bersistematik anda mudah tersekat dan tercari-cari kaedah terbaik untuk langkah seterusnya.

Mengambil masa terlalu lama

Anda perlu menyelesaikan transaksi ini dengan pantas, Jangan buat tak kisah. Selalu berhubung dengan pihak bank yang menguruskan pinjaman dan peguam yang menguruskan perjanjian. Kejar mereka agar anda dapat menyelesaikan segala transaksi dengan pantas. Jangan berurusan dengan hartanah yang anda tahu akan mengambil masa lebioh dari 6 bulan keatas untuk diselesaikan.

Dengan mengelakkan diri dari terjebak dengan kesilapan biasa diatas memberi perniagaan anda satu peluang yang lebih besar untuk berjaya. Ingatlah, anda mencari satu bentuk pendapatan jangka masa panjang, anggap pelaburan anda didalam hartanah sebagai satu dari perniagaan anda.

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Jun 24th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda