
I want to sale my house - owner
Apabila kita membuat sebarang keputusan untuk menjual rumah, sudah tentulah perkara pertama sekali yan datang bermain didalam minda seseorang itu adalah, apakah nilai hartanah saya? adakah saya tahu harga pasaran sebenar? Adakah saya mampu menjual rumah tersebut?
Mungkin ada dikalangan kita yang beranggapan “saya tidak mahu melantik agen hartanah”. Tetapi apabila kerap kali gagal melayan kehendak pelanggan dan perjalanan penjualan yang rumit serta menyusahkan. Terus sahaja mereka “give-up’”. Kebanyakkan tuan rumah kebiasaannya telah berpindah jauh dari lokasi rumah lama. Mungkin mula berasa leceh, dan letih kerana setiap kali ingin menunjukkan rumah anda terpaksa berulang-alik dari rumah baru ke rumah lama. Bukankah sebab-sebab utama anda menjual rumah ini kerana jaraknya jauh dari lokasi yang anda tinggal sekarang? Sudah lah nak jual murah anda terpaksa pula membelanjakan kos-kos sampingan seperti, bayaran toll dan petrol kereta untuk proses jualan berulang-ulang kali. Didalam anda tidak sedar anda sebenarya lebih banyak membuang masa dan tenaga tanpa di sedari.
Tetapi kepada tuan rumah yang mempunyai strategi penjualan hartanah, mereka pasti akan melantik agen hartanah dan merancang strategi pemasaran bersama. Berapa segera yang anda mahu? 1 minggu, 2 minggu, 3 bulan? tuan rumah sepatutnya mengenakan syarat-syarat tertentu, anda mencipta “urgency” dan membolehkan agen hartanah itu bekerja dengan budaya kerja anda. Bukan bekerja dengan menunggu pembeli datang bergolek di depan rumah. Katakan pada agen anda. Jika setakat letakkan “signboard” depan rumah saya, sudah tentu saya pun boleh buat?. Selain itu apakah perancangan encik?. Jika dia punyai rancangan lain lantik dia dengan segera!
Agen hartanah yang mahir dan berpengalaman mempunyai senarai pelanggan hartanah yang panjang. Agen hartanah seperti ini mampu untuk menjual dengan cepat kerana mereka mempunyai jaringan pelanggan yang besar. Sebab itu-lah Agen hartanah bukan sebarang profesion didalam industri ini. Mereka pakar, mereka raja dan mereka bukan lah seperti agen insuran atau agen jualan langsung. Agensi hartanah adalah badan profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Mereka ini terlatih dan sangat mahir didalam selok-belok penjualan, perundangan dan perbankkan. Oleh kerana pengalaman mereka yang “stunning” mereka sentiasa menjadi pilihan pelabur-pelabur hartanah berpengalaman. Jadi kenapa anda tidak mula melantik mereka sebagai “property manager” anda? fikirkan…
Selain dari itu, tuan rumah yang berkerjasama dengan agensi hartanah tidak perlu tertekan dengan kehendak pembeli. Pembeli kebiasaannya akan meminta harga rumah jauh dari harga penilaian – biasalah siapa yang tidak mahu rumah murah. Agen hartanah kebiasaanya akan mengikut syarat dari tuan rumah dengan harga yang ditetapkan. Berbeza dengan tuan rumah yang cuba menjual sendiri, mungkin suatu hari anda berjumpa dengan pembeli yang merupakan seorang pakar jualan langsung atau mempunyai 12 buah agensi insuran dibawahnya. Faham-faham sahajalah mereka ini memang pandai untuk memujuk rayu, kadang-kadang tuan rumah juga akan terpengaruh dan nampak terdesak dengan menjual harga jauh dari nilai pasaran. Jika tuan rumah menggunakan agensi hartanah tuan rumah memasang “proxy” wakil dirinya kepada pembeli. Dengan cara ini bukan sahaja memudahkan tuan rumah, malah ia dapat memberi kelebihan dan memudahkan pembeli yang berurusan dengan agensi.
Mungkin anda tertanya apakah keistimewaan agen hartanah sebagai pakar runding untuk hartanah anda. Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa ramai tuan rumah melantik pakar runding dari agensi hartanah. Diantaranya;
- - Ejen hartanah seoarang yang pakar dan raja didalam kawasannya.
- - Ejen hartanah adalah seorang yang “neutral” mereka bekerja untuk tuan rumah dan pembeli.
- - Ejen hartanah yang juga seorang pelabur adalah yang terbaik dikalangan mereka.
- - Ejen hartanah berbincang dengan bahasa tersendiri, ini kepakaran mereka.
- - Ejen hartanah mempunyai jaringan hartanah yang luas
- - Ejen hartanah mempunyai pengalaman berurusan dengan pegawai bank mungkin dapat membantu pembeli memperolehi kadar pinjaman yang lebih baik dari peminjam biasa
- - Ejen hartanah mempunyai jaringan peguam yang berpengalaman
- - Ejen hatanah berlesen dikawal selia oleh akta penilai, pentaksir dan ejen hartanah 1981.
Selain itu! untuk makluman anda, kod amalan hartanah di malaysia merupakan salah satu kod amalan hartanah yang paling terkawal di dunia. Berbeza kod amalan dari pengamal industri di negara jiran, kod amalan mereka disana langsung tiada kawalan. Disana sesiapa sahaja dan tanpa mengambil kira latar belakang dan kerjaya boleh menjual hartanah. Berbeza apabila kita di Malaysia jika anda berurusan dengan (broker) tidak berlesen, atau tidak sah anda dan ulat-ulat itu boleh didenda atau dipenjarakan. Jadi berhati-hati apabila berurusan dengan broker tanpa lesen ini.
Bagaimana ingin mengenali agen hartanah berlesen dan broker tanpa lesen ini?
Bersambung
aku pun nak belajar jadik agen lah. dari dok goyang kaki kat umah. camno ek?
patutlah banyak tuan rumah yang tak mampu untuk menjual hartanah sendiri,, bagus jugak service dari ejen hartanah ni ye,, boleh jimatkan masa,tenaga dan wang ringgit.
waa.. bagus artikel nih… mcmana ye nak jadi ejen hartanah? perlukah ambil exam dan sebagainya.? saya merupakan broker pinjaman perumahan.. dan berminat untuk meluaskan ilmu serta kerjaya saya di dalam bidang ini…
broker pinjaman perumahan?..jadi negotiator aku nak?….amer