Kerajaan Diminta Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memberi peluang dan pelepasan dengan syarat tertentu kepada golongan muflis untuk membina kehidupan baru, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 agar selari dengan keadaan semasa bagi mengelakkan golongan muflis terutama usahawan bumiputera berdepan masalah menguruskan perniagaan mereka.

“Mereka yang bankrap ini tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai sumber kewangan, malahan perlu membayar sejumlah wang kepada bank, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan dipenjarakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tunku Azwil berkata kajian semula akta itu perlu dilakukan segera kerana ia bersifat menekan selain mendatangkan kesusahan kepada usahawan yang ingin memajukan perniagaan.

Sehingga hari ini, katanya, PPIM menerima kira-kira 80 aduan mengenai isu kebankrapan di kalangan usahawan bumiputera dengan pihak bank serta Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) lebih prihatin dan profesional dalam membantu usahawan bumiputera untuk berjaya selaras dengan agenda kerajaan.

Beliau berkata PPIM menerima banyak aduan daripada usahawan bumiputera yang berdepan masalah ketika memohon bantuan kewangan untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.

“Perkara utama ialah proses untuk SME Bank meluluskan permohonan pinjaman kewangan kepada mereka yang memakan masa bertahun-tahun. Mereka sudahlah tidak mempunyai modal cukup untuk berniaga, dan apabila berurusan dengan pihak SME Bank, terlalu banyak kerenah dalaman yang perlu dipenuhi,” katanya.

Nadzim berkata PPIM juga menggesa kerajaan agar lebih tegas dan mengekang kemasukan warga asing, terutama dari negara tertentu di Afrika, yang dilihat mendatangkan banyak implikasi negatif dan gejala sosial.

“Mereka ini datang kononnya menggunakan pas pelajar, namun dalam masa yang sama, terlibat dengan sindiket penipuan termasuk memerangkap gadis-gadis tempatan untuk dijadikan mangsa,” katanya.

– BERNAMA

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Rab, Apr 23, 2014 1:05:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Apr 23, 2014 12:58:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Apr 22, 2014 4:04:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Apr 22, 2014 12:56:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Apr 22, 2014 12:50:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Dis 21st, 2011 dan difailkan dibawah Kewangan, Perbankan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

3 Ulasan Dari “Kerajaan Diminta Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis”

  1. atan berkata:

    Saya menyokong cadangan ini, bukan disebabkan saya muflis, akan tetapi semua pihak perlu lah memberi kerjasama khususnya kerajaan, orang muflis ini juga adalah manusia,rakyat malaysia dan juga pengundi. tidak ada siapa yang ingin membantu memperjuangkan nasib orang muflis kononnya kami gagal mengurus kewangan dan tidak minat membayar hutang. tetapi adakah semua pihak ingat bahawa kami juga adalah pengundi dan mengapa semua wakil rakyat tidak mahu tahu akan nasib yang kami alam. Bagi pandangan saya kerajaan adalah wajar menghapuskan akta muflis ini. Jangan lah kita gunapakai undang undang yang ditinggalkan oleh penjajah bangsat iaitu inggeris. kita jangan guna pakai semua yang ditinggalkannya. ingatlah pemimpin semua parti satu undi adalah penentu setiap parti untuk menang. cari modul lain bagi mengatasi masalah ini. Bagi saya hendak ke indonesia pun terlalu sukar pelbagai syarat dikenakan. segi hukum akan siapa lah orang malaysia yang hendak tinggal di indonesia negara yang jauh lebih susah dari negara malaysia. Semua Parti dalam Malaysia ini hanya memperjuangkan orang orang yang boleh memberi keuntongan kepada mereka bukan orang macam kami. Berilah kami peluang untuk memperbaiki diri kami agar tidak tersilap lagi, bukan menghukum kami sehingga hendaklah berbuat sesuatu pun terlalu sukar. pikir wahai semua pemimpin parti politik…. bilangan kami memang kecil tetapi suara kami sedikit sebanyak boleh membuat orang ramai boleh berfikir.. renung pandangan kami..

      (Petikan dari)  (Balas)

  2. elin berkata:

    saya yang x muflis jauh skali ccris n ctos pun x dapat entah dimana keadilannya.

      (Petikan dari)  (Balas)

  3. nazri berkata:

    kenapa begitu susah nak buat pinjaman perniagaan sebab ada ccriss.saya dulu
    memang tkde masalah untuk membayar pijaman sebab kerja gaji 3600 pun sudah cukup.tapi semenjak 1 tahun ni sejak mula buat perniagaan sendiri memang susah sebab bisness tak menentu.kenapa pihak bank tak nak beri peluang kepada pengusaha bumiputra.dah setahun berenti sebab company lama tutup.

      (Petikan dari)  (Balas)


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud