Kerajaan Kaji Susun Semula Sektor Perumahan Dan Hartanah

Perbincangan

Perbincangan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dan membuat rombakan menyeluruh terhadap sektor perumahan dan hartanah untuk kebaikan semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan agenda sosial dapat terus di realisasikan selari dengan perkembangan dan kemajuan sektor swasta.

Kerajaan menerusi Unit Perancang ekonomi (EPU) sedang mengkaji model berdaya maju dan mampan untuk matlamat perumahan sosial negara, dengan kumpulan berpendapatan rendah dijamin akses berterusan kepada pemilikan rumah berkualiti dan mampu dimiliki serta mempunyai kemudahan dan pasarana, kata Najib dalam ucaptamanya pada Jamuan Ulang Tahun ke-39 Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan (REDHA) di sini Isnin malam.

“Mengenai isu membabitkan mekanisme kuota Bumiputera yang tidak terjual, yang membelenggu industri itu, saya menggesa pihak berkuasa yang terlibat supaya mengkaji masalah itu secara objektif supaya penyelesaian jangka panjang dapat dicari,” katanya.

Meskipun kerajaan berpegang teguh terhadap isu keadilan sosial, pemegangan terus ke atas unit kuota Bumiputera di mana permintaannya berkurangan, memberi masalah kepada pemaju, katanya.

Najib berkata kerajaan tidak berniat untuk membebankan industri berkenaan dan penyelesaian terhadap masalah itu akan membantu industri bergerak ke depan dan menggalakkan pelaburan semula untuk manfaat ekonomi.

Beliau berkata kerajaan memperakui bahawa sektor perumahan merupakan industri penting dalam menjana permintaan domestik, lebih-lebih lagi semasa kelembapan ekonomi seperti yang dibuktikan berdasarkan pengalaman lepas.

Beliau berkata atas dasar inilah kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif kepada industri untuk membantu meningkatkan ekonomi.

Antara lainnya, beliau berkata sejumlah RM400 juta telah diperuntukkan dalam dua pakej rangsangan untuk membina kira-kira 13,000 rumah mesra rakyat.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga membenarkan pelepasan cukai bagi faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 bagi tiga tahun dalam Bajet 2009 untuk merangsang industri dan meringankan bebanan pembeli.

Najib berkata kerajaan telah menggerakkan pelbagai inisiatif untuk menukar ekonomi Malaysia daripada ekonomi membangun berpendapatan sederhana tinggi menjadi negara berpendapatan tinggi dalam tempoh sedekad.

Beliau berkata pembangunan mampan dan pertumbuhan industri perumahan amat penting bagi merealisasikan matlamat ini.

Ini tertumpu kepada hakikat bahawa industri perumahan adalah mesra rakyat, menggunakan kandungan tempatan yang sejati dan hasil daripadanya membawa pelbagai kesan besar memandangkan hubungannya dengan kira-kira 140 industri berkaitan.

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Ogo 4th, 2009 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



2 Ulasan Dari “Kerajaan Kaji Susun Semula Sektor Perumahan Dan Hartanah”

  1. M. KAMAL berkata:

    negara kita penting. tapi apakaah kesan daripada pembangunan industri perumahan.

  2. steveny berkata:

    Adakah insentif yang kerajaan tawarkan ini membawa kebaikan kepada sektor perumahan?Adakah akan memulihkan sektor perumahan. Saya perlukan article sedemikian.


Tinggalkan ulasan anda