Petaling Jaya : Dua nama besar pemaju hartanah, Sunrise Bhd dan Sime Darby Property Bhd, telah bekerjasama untuk memajukan projek komersial di Bukit Jelutong, Selangor yang bernilai RM 1 bilion.
Menurut Sunrise dalam kenyataanya kepada Bursa Malaysia “Projek pembangunan yang dicadangkan akan dilancarkan dalam lima peringkat mulai 2011″
Projek ini akan dikendalikan secara kerjasama (JV) – Baywood Avenue Sdn Bhd – di mana setiap pihak memiliki 50% pegangan.
Baywood memeterai perjanjian jual beli yang memiliki tiga parsel tanah pegangan bebas seluas 20.95 ekar daripada Sime Darby Bhd yang dimiliki sepunuhnya oleh anak syarikatnya iaitu Highland & Lowlands Bhd dan Aungsburg (M) Sdn Bhd bernilai RM 114 juta. Perkongsian Sunrise adalah bernilai RM57 juta daripada harga belian tersebut.
“Melalui perkongsian yang stategik ini, kita dapat meningkatkan nilai hartanah terutama dalam Township Bukit Jelutong setelah mempunyai hub untuk pusat komersial” Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Tunku Putra Badlishah berkata dalam kenyataan sidang media yang berasingan.
“Projek ini akan menaikkan lagi nilai hartanah di kawasan ini.” Keseluruhan projek akan siap sepenuhnya dalam tempoh tujuh tahun dari pelancaran pertama. ” Dijangkakan perkongsian ini akan membuka ruang antara Sunrise dan Sime Darby Property pada masa hadapan,” kata Sunrise
Pembangunan komersial tersebut mempunyai keluasan lantai seluas 2.7 juta kaki persegi, mengandungi unit kedai, ofis, suit ofis dan service apartment.
“Pembangunan yang dicadangkan akan memberi keselesaan membeli belah dan ‘easy access’ untuk menampung populasi penduduk dan pekerja dalam Bukit Jelutong seramai 25,000 orang, di mana perhubungan jalanraya yang mudah melalui pelbagai lebuhraya utama,” kata Sunrise
Sekian, sumber dari starproperty