Kesilapan Besar Pelabur Hartanah

Kesilapan Pelabur Hartanah

Kesilapan Pelabur Hartanah

Pepatah ada mengatakan pengalaman itu sebaik-baik guru. Hari ini terdapat pelbagai kaedah terbaik yang boleh di pelajari daripada mereka yang telah berjaya sebelum kita. Tanpa melakukan kesilapan besar kita dengan mudah menempa kejayaan tanpa mempertaruhkan kegagalan.

Selain daripada membaca seberapa banyak buku dan mendengar pelbagai rakaman mengenai pelaburan hartanah, Saya juga turut menghadiri ke kem-kem mengenai hartanah yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

Dari sini saya cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat dan menterjemahkannya didalam tindakan atau lakukannya mengikut acuan saya sendiri.

Kesilapan terbesar yang sering dilakukan oleh pelabur hartanah adalah cepat berputus asa apabila berdepan dengan masalah. ” industri hartanah bukan untuk saya” itulah perkataan yang kerap kali menerjah masuk didalam hidup pelabur.

Pepatah jepun ada mengatakan “jatuh enam kali, bangun tujuh kali” pada sebarang situasi masalah yang dihadapi, tidak kiralah mengenai perniagaan, persahabatan, kekeluargaan atau kewangan jika anda berpegang pada 6 perkataan diatas anda adalah “Champion!”.

Dibawah adalah beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan pelabur-pelabur di Malaysia. Baca, fahami dan ingati 15 tip ini. Dan jangan lakukan kesilapan dibawah kerana sudah ramai yang telah mencubanya.

1) Menunggu Terlalu Lama Untuk Memulakan Pelaburan Hartanah
2) Tidak Mempunyai Perancangan Awal
3) Tidak mencatit sebarang tuntutan kerosakkan rumah – Setiap Masa
4) Tidak mengenakan bil pada penyewa apabila memperbaiki kerosakan
5) Tidak menyelidiki dahulu penyewa benar-benar mampu atau tidak
6) Membenarkan Perniagaan Hartanah Anda Untuk Mengendalikan Hidup Anda
7) Melampau-lampau Mengubah-suai Rumah Apabila Dibeli Untuk Meningkatkan Kadar Sewa
8 ) Kekurangan wang tunai
9) Terlampau Menganalisis Hartanah
10) Menjadi Kawan Kepada Penyewa
11) Menghukum Penyewa Yang Berprestasi Buruk Tanpa Belas Kasihan
12) Membiarkan Sewa Bulanan Terlalu Peribadi
13) Hanya Datang Ke Rumah Sewaan Apabila Terjadinya Masalah
14) Tidak Memikirkan Bahawa Penyewa AndaSekarang Adalah Pembeli Berpotensi
15) Menyewa kan rumah pada saudara-mara

itu sahaja buat masa ini,

Semoga berjaya pelabur semua…

Popularity: 1%

Dikirim Oleh c-mi on Mac 20th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

3 Ulasan Dari “Kesilapan Besar Pelabur Hartanah”

  1. suria berkata:

    bagaimana nk ramal kenaikan harga tanah di masa akan datang? apakah kajian yg patut saya buat?

    • c-mi berkata:

      Ada Banyak cara untuk kita ramal kenaikkan harga tanah. Cth; Dari segi aminiti, sila lihat master plan pemaju. Mungkin ada perancangan sekolah dan pusat perniagaan, faktor ini memungkinkan nilai harta tanah anda lebih tinggi dari yang lain. Ada juga beberapa teknik seperti nilai kawasan mengikut harga sekaki (per sq.ft.) atau peratus. Mengikut kebiasaan nilai hartanah dikawasan bandar akan naik 2%-4% setahun. Jika lokasi berdekatan dengan aminiti lengkap mungkin boleh mencecah sehingga 6%-8% setahun. Berbeza dengan kawasan luar bandar.

  2. maha berkata:

    bagaimana dengan lokasi muka bumi? misalnya jika berdekatan dengan sungai. Adakah nilai tanah disitu boleh menurun? adakah sesuai untuk pelaburan? (dibangunkan oleh Top 10 developer)

Tinggalkan ulasan anda