Your search results

Khabar Angin Mengatakan Pinjaman Hartanah Akan di Turunkan Sehingga 60%?

Dikirim Oleh c-mi on 18/09/2013
| 8 Ulasan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak andaian dan pelbagai spekulasi di jaja oleh akhbar dan pengamal media-media tempatan membincangkan pelbagai berita tentang hartanah hari ini.

Pelbagai respond dari forum dan ruang komentar menjadi padang untuk menghentam pelbagai rancangan polisi untuk industri hartanah.

Sejak beberapa minggu lepas pelbagai khabar angin yang mungkin boleh disahkan tepat di terima oleh pasukan Drumah.com dari orang dalam Maybank Islamic Bank. Khabar anginnya adalah:-

Rancangan untuk menaikkan Cukai Untung Hartanah (RGPT):

1. Hartanah yang di jual di dalam tempoh 2 tahun pertama akan akan di kenakan cukai sebanyak 30%.

2. Hartanah yang di jual di dalam tempoh 3 tahun pertama pula, akan akan di kenakan cukai sebanyak 15%.

3. Manakala hartanah dalam tempoh 4 tahun pertama akan akan di kenakan cukai sebanyak 15% juga.

4. Jumlah pinjaman akan di turunkan sehingga 60% jika anda membeli hartanah buat kali ketiga.

5. Cukai Duti Setem akan di naikkan sehingga 5% dari harga jualan untuk mereka yang membeli hartanah buat kali ketiga.

6. Pada mereka yang membeli hartanah buat kali keempat, Anda bakal di kenakan cukai Duti Setem sebanyak 7.5% tahun hadapan.

7. Untuk pelabur-palabur “Savvy” pembelian hartanah anda apabila ia mencecah ke angka lima pada tahun hadapan, Setiap pembelian anda selepas itu akan di kenakan cukai sehingga 10%. Ini bermakna jika anda membeli hartanah pada nilai RM 1 Juta. Anda perlu membayar RM100,000 sebagai cukai.

Menarik bukan? Adakah polisi baru ini jika di laksanakan kelak bakal mengekang spekulasi hartanah? Atau adakah polisi baru ini akan membuatkan harga hartanah yang sedia tinggi ini semakin melonjak naik?

Mari kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi nanti.

Semoga berjaya pelabur semua!

8 pendapat dalam “Khabar Angin Mengatakan Pinjaman Hartanah Akan di Turunkan Sehingga 60%?

  • Mazlan Hani
    pada 18/09/2013

    Salam cmi, terima kasih atas info diatas. Adakah awak sedar yang awak juga sedang menyebarkan spekulasi?

    • c-mi
      pada 18/09/2013

      Sama2 tuan Mazlan. Saya sedar akan spekulasi ini. Cuma hanya ingin berkongsi info, dan berita ini diasaskan dari sumber yang kami boleh percayai. Terpulang pada pembaca untuk menilainya. Jika benar ia terjadi, mungkin akan affect beberapa kategori pembeli… tapi bukan individu…

      • Harimau Muda
        pada 18/09/2013

        c-mi:
        Sama2 tuan Mazlan. Saya sedar akan spekulasi ini. Cuma hanya ingin berkongsi info, dan berita ini diasaskan dari sumber yang kami boleh percayai. Terpulang pada pembaca untuk menilainya. Jika benar ia terjadi, mungkin akan affect beberapa kategori pembeli… tapi bukan individu…

        en cmi, saya msh study dlm hal2 property ni. bleh bg penjelasan kesan polisi ni pd individu?

        • c-mi
          pada 18/09/2013

          hmm.. rasanya individu tak affect sangat. melainkan senior2 yg guna nama sendiri. sangat kurang.. dan sangat jarang individu yang ada 7 buah property. Tapi tak mustahil mmg ada individu kaya begitu. Polisi ni akan affect syarikat yang nak beli land untuk kemajuan. Terutama syarikat melayu lah.. 🙂 tapi jika tak buat begini, rasanya non-bumi developer dah memang juara dan mmg sangat aktif beli tanah2 di lembah klang ni… ada baik dan buruk dalam hal ini. tapi masih boleh beli jika pakai proxy. 🙂

  • Nora
    pada 18/09/2013

    Bagus!

  • Ijai
    pada 19/09/2013

    baru nak laksanakan ke.. huhu..
    tak pe lah..

  • pada 19/09/2013

    Wah makin tinggi pulak cukai2 kat malaysia ni..

  • pada 20/09/2013

    adoyaii…makin haru dibuatnya..kena pakai ihc la jawabnya ni

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.