Khazanah Runding Dengan Hong Leong Untuk Jual Pegangan Dalam EONCap

Hong Leong Bank

Hong Leong Bank

Khazanah Nasional Bhd mengesahkan mengadakan rundingan dengan Hong Leong Bank Bhd untuk menjual pegangannya dalam EON Capital Bhd.

Cabang pelaburan kerajaan itu mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan perbincangan dengan Hong Leong, kata pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar.

“Kami mempunyai 10 peratus pegangan dalamnya. Ia bukan pegangan strategik bagi kami dan kami tidak mempunyai wakil dalam lembaga,” katanya pada taklimat media di sini Khamis.

Semasa ditanya mengenai tempoh untuk memuktamadkan rundingan itu, beliau berkata: “Masih terlalu awal.”

Azman berkata Khazanah akan terus menjual aset bukan terasnya tahun ini.

– BERNAMA

Dikirim Oleh D' rumah on Jan 14th, 2010 dan difailkan dibawah Berita Bank Malaysia, Perbankan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Tinggalkan ulasan anda