Bagaimana meningkatkan kredit skor anda?
Seperti yang kita tahu, Bank Negara mempunyai data sejarah kredit setiap individu yang di simpan didalam System Maklumat Kredit Berpusat atau lebih dikenali sebagai CCRIS.
Pusat maklumat ini berfungsi sebagai satu balai setempat untuk mendapatkan segala maklumat, data dan tren pembiayaan individu didalam fail skor kredit sebelum pihak institusi kewangan yang mengambil bahagian membuat pertimbangan untuk meluluskan sebarang permohonan pembiayaan.
Jadi, kelulusan dan pakej-pakej pinjaman yang bakal ditawarkan bergantung pada portfolio dan kredit skor anda, dan ianya amat penting;
Dibawah saya sertakan sekali 10 tip-tip berkesan untuk memperbaiki skor kewangan anda.
1. Bayar bill pada masa yang tepat
Ini adalah satu cara terbaik dan mudah untuk dimulakan. Tiada masa atau tempoh yang lambat untuk memulakan teknik ini. Walaupun anda memiliki skor kredit yang teruk sekalipun pada masa lampau, ia tetap berguna dan paling dipercayai untuk menilai tahap pengurusan kewangan anda pada hari ini.
2. Kekalkan Baki kad kredit rendah
Baki pinjaman yang tinggi akan menurunkan skor kredit anda. Jangan sesekali menggunakan kredit kad anda pada tahap maksima.
3. Semak laporan kredit anda dengan tepat
Berkemungkinan besar anda mempunyai maklumat yang kurang tepat tentang kredit skor anda. Jadi anda boleh semak laporan kredit anda dengan mengunjungi Kaunter Bank Negara dan mengetahui dengan lebih tepat keadaan kewangan anda. Kadang-kadang ada juga maklumat salah dan mungkin anda adalah salah seorang mangsanya. Jadi semak dan betulkan mana-mana yang patut.
4. Bayar hutang, gali dan tutup lubang
Ada juga diantara kita yang berlegar-legar dengan menggunakan pelbagai instrumen pembiayaan seperti pinjaman peribadi, overdraft, disulam pula dengan kredit kad dan macam-macam lagi pinjaman yang bertujuan untuk menutup lubang-lubang hutang yang lapuk. Jadi cara yang terbaik adalah dengan membayar hutang itu. Bukan berlegar-legar dengan menambah-nambah lagi hutang. Ini akan menjejaskan laporan kredit anda buat masa panjang.
5. Kekalkan kredit kad anda – tetapi urus dengan berhemah
Secara umumnya, membayar segala pinjaman anda dengan waktu yang tepat akan meningkatkan kredit skor anda. Walau bagaimanapun jika seseorang itu tiada memeiliki kredit kad berkemungkinan mempunyai kredit skor yang rendah dari mereka yang menguruskan kredit kad mereka dengan cemerlang.
Bersambung bahagian 2
Popularity: 1%