Krisis Kewangan Jejaskan Sokongan Kerajaan Kepada Bank

Economic Crisis

Economic Crisis

Krisis kewangan global menjejaskan keupayaan kerajaan untuk menyokong sistem perbankan masing-masing dalam pasaran-pasaran tertentu, demikian menurut Moody’s Investors Service.

Dalam laporan barunya tentang analisis perbankan, Moody’s berkata penghakisan asas kredit pendasar dan pengurangan keanjalan dasar banyak kerajaan mendorong satu kajian mengenai tahap sokongan sistemik bagi bank di negara-negara yang penarafan kedaulatannya di bawah tahap AAA.

Ekoran itu, kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan Selasa, ia menjangka untuk mengambil tindakan penarafan ke atas penarafan hutang dan deposit beberapa bank di negara-negara yang tidak berpenarafan AAA.

“Bagaimanapun, keadaan krisis yang berlanjutan dan menular ini telah mengekang sumber-sumber kerajaan dan membataskan pilihan dasar masing-masing dalam menyokong bank,” katanya sambil menambah bahawa keterbatasan ini termasuklah mengekalkan keteguhan fiskal, mata wang dan pasaran kewangan negara.

“Apabila krisis kewangan melebar dan berterusan, kemampuan sesebuah bank pusat untuk menyokong bank-banknya berdepan dengan, dan dikekang oleh kapasiti hutang kerajaan sendiri,” kata pengarah urusan Moody’s, Greg Bauer.

“Malah bank pusat juga terhad keupayaannya untuk ‘mencetak wang’ bagi menyokong sistem perbankan masing-masing disebabkan oleh akibat yang membebankabn seperti kadar inflasi yang tinggi atau pengurangan akses kepada pasaran modal,” katanya.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Mei 12th, 2009 dan difailkan dibawah Berita Bank Malaysia. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda