Lokasi bukan perkara paling penting di dalam hartanah – Akhir

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Minggu lepas kita telah memahami lokasi bukanlah satu perkara penting didalam pemilihan hartanah bagi tujuan pelaburan. Jika anda bercadang untuk menjadikan hartanah sebagai satu pelaburan dan menjadikan wang sewaan sebagai sumber utama kepada pendapatan anda. Ada beberapa perkara yang perlu dihalusi dan diketahui sebelum membuat sebarang keputusan.

Anda perlu mengetahui;-

1. Kadar permintaan untuk hartanah sewaan;
2. Siapakah yang bakal menyewanya;
3. Profesion penyewa;
4. Pendapatan seisi rumah penyewa dan;
5. Purata keuntungan hartanah sasaran

Selepas itu, cuba kita bayangkan yang anda telah mempunyai hartanah sasaran dan memperolehi data 1-4  diatas. Langkah terakhir untuk memastikan keputusan anda untuk memilih hartanah sasaran itu sebagai satu asset pelaburan terbaik adalah melalui analisis keuntungan pendapatan sewaan. Formulanya adalah;

Mengapa ianya penting?

Jika dilihat pada analisis ketiga-tiga lokasi diatas, dengan pelaburan sebanyak RM492 ribu di lokasi B, anda juga boleh membuat pelaburan dilokasi C dengan memiliki 3 unit hartanah disana. Sudah tentu pendapatan anda juga bakal meningkat 3 kali ganda berbanding dengan jumlah pelaburan yang sama di lokasi B. Sebagai usahawan hartanah, perkara paling penting adalah untuk memaksimakan keuntungan.

Lokasi adalah satu sub kategori didalam pemilihan, jangan terlalu terikat dengan lokasi. Ikut kemampuan sendiri, seperti kisah rahman minggu lepas, dengan modal pelaburan yang rendah juga anda masih boleh memiliki aliran tunai positif setiap bulan.

Cuba praktiskan langkah ini setiap kali anda menjumpai hartanah sasaran. Buka akhbar atau portal hartanah yang memasarkan hartanah untuk dijual. Sebagai latihan pertama buat kajian hartanah di Ampang. Semak pula kadar sewa unit seumpama itu di ampang, dan lihat jika anda berjaya memperolehi aliran tunai positf disana.

Sebagai penanda aras pelaburan untuk hartanah kediaman. Jika anda menjumpai purata keuntungan sewaan sebanyak 3% keatas sudah boleh dikatakan memuaskan. Ini kerana hartanah kediaman mempunyai pelbagai faktor halangan yang membuatkan keuntungan hartanah tersebut akan mendatar pada tempoh yang lama. Tetapi, Jika anda menjumpai kadar pulangan sewa melebihi 5% dan keatas… pergi cepat-cepat dapatkanya.

Apa pun ikut kemampuan anda, jika anda mampu untuk memiliki hartanah mengikut lokasi, tiada salahnya. Didalam mana-mana pelaburan, mendapatkan aliran tunai positif adalah matlamat utama. Tidak kiralah dimana lokasi hartanah itu. Yang penting “aliran tunai mesti positif”.

Sekian sahaja, semoga berjaya pelabur semua!

p/s: Bulan depan sudah nak puasa. ;)

Popularity: 4%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jul 20th, 2010 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




5 Ulasan Dari “Lokasi bukan perkara paling penting di dalam hartanah – Akhir”

  1. c-mi berkata:

    untuk makluman semua;

    Kiraan keuntungan bersih yg dimaksudkan pada kiraan kedua diatas adalah;

    Lokasi A:
    RM8400 (adalah kadar sewa setahun) ;
    RM 10,644 (kos penyelengaraan dan bayaran bank. cth: Belian RM190,000 = RM832 adlh byrn bulanan selama 35 tahun. Yuran penyelenggaraan pula kita ambil RM0.05 untuk luas binaan 1,100 kps = RM55 sebagai contoh.

    RM832 + RM55 = 887 x 12 bulan = RM10,664

    Begitulah caranya saya memperolehi RM10,664 dan lokasi B dan C juga berdasarkan pada langkah yg sama.

    Semoga berjaya!

  2. Reapfield Properties berkata:

    nice thread! keep it up.

  3. Marissa berkata:

    Tips yang menarik!
    Thanks for the info =)

  4. Smartphoenix berkata:

    wow! very interesting article. lain dari apa yg i baca. Mmg klu nk iut lokasi kita x akan terkejar dan penuh dgn speculation. So dr ari ini sy akan follow guide c-mi. “Look for positive cash flow”

    thanks for drumah.com very good website.

  5. Budakboy berkata:

    Menarik, good info bro…akhirnya saya semakin minat dalam bidang hartanah hehe…loike it….tapi kena berguru ngan org lama jugak nie hehe


Tinggalkan ulasan anda