Mungkin ramai yang berandaian lokasi adalah perkara penting apabila kita hendak melabur didalam hartanah. Mungkin ada juga pernah berasa iri hati dengan mereka yang mempunyai kemampuan untuk membeli hartanah di bandar besar, sedangkan anda, masih terkial-kial untuk mencari hartanah dengan lokasi paling strategik.
Jika diikutkan setiap hari saya menerima lebih dari 25 email dari pembaca-pembaca drumah.com bertanyakan lokasi sesuatu kawasan itu adakah ia berbaloi dan bolehkah ia berkembang. Ada dua tip untuk membeli hartanah. Pertama ialah “Tujuan” dan kedua ialah “Bajet”. Anda mesti memahami tujuan asal untuk membeli hartanah, adakah untuk tinggal disana atau untuk mencari wang dengannya. Kedua Bajet, ikut kemampuan, dan status kredit anda.
Yang menghairankan saya, masih ramai yang terlalu mengambil berat tentang “LOKASI”? Terlampau memikirkan masalah lokasi tidak akan memberi anda penyelesaian, malah ia mungkin akan membebankan.
Tetapi tahukah anda lokasi sebenarnya bukan perkara paling penting? Ia mungkin penting, tetapi bukan paling penting.
Inilah yang membuatkan ramai orang yang berpendapatan rendah dan sedarhana tidak melabur didalam industri hartanah, kerana mereka berfikir “jika saya dapat memiliki hartanah di lokasi strategik, saya pasti akan menjadi kaya.” Jikalau begitu, sampai bila-bila pun anda tidak akan memilikinya.
Mungkin anda mula berfikir… eh salah ke? Semua orang kata lokasi paling penting!
Adakah anda masih menerima bulat-bulat slogan LOKASI, LOKASI, LOKASI sebagai slogan pelaburan hartanah anda? Ikuti artikel ini dan saya yakin anda bakal memahami matlamat sebenar apabila mahu melabur.
Didalam pencarian hartanah yang sesuai dengan kemampuan kita, ada sebuah cerita yang saya ingin kongsikan bersama; kisah ini adalah pengalaman sebenar seorang rakan saya dan juga seorang pelabur hartanah yang sangat aktif. Beliau dikenali sebagai Rahman, dan kisah ini bakal membuktikan LOKASI bukan faktor paling penting apabila kita membuat sebarang pelaburan didalam hartanah. Yang paling penting adalah? ikuti kisahnya….
Rahman memang seorang pelabur yang konsisten menambahkan potfolio hartanahnya dari masa kesemasa. Pada hari ini ramai yang beranggapan rumah – rumah di Bukit Beruntung tindak menguntungkan langsung, tetapi tidak bagi Rahman. Pada akhir tahun 2008 beliau membuat keoutusan untuk membeli sebuah rumah flat di Bukit Beruntung dengan harga RM5000 dari lelongan awam. Setelah selesai segala prosedur, beliau mula mencari penyewa yang berminat dengan flatnya. Pada asalnya beliau sendiri tidak tahu berapa kadar sewaan disana. Berkemungkinan besar tiada penyewa atau jika ada pun, kadar sewaannya rendah.
Mari kita lihat apakah alasan En rahman untuk terus membuat pelaburan disana? adakah ia benar-benar menguntungkan?
Katakanlah beliau berjaya menyewakan flat itu didalam kadar RM50 sebulan.
Ikuti senario dibawah;
Rumah Flat = RM5000
Pendapatan sewaan = RM50 x 12 bulan = RM600
keuntungan dari pelaburan 600/RM5000.00 (modal) = 12%
(tidak termasuk kos guaman dan caj-caj lain)
Ini bermakna pendapatan setahun En Rahman adalah RM600.00. Jika kita membuat perbandingan dengan instumen pelaburan kewangan lain, Adakah mana-mana pelaburan kewangan yang memberi anda keuntungan sebanyak 12% setahun. Dengan memahami model sewaan diatas, anda bakal memahami pelaburan bukan segala-galanya tentang lokasi, kerana jika terlalu tertumpu pada lokasi, anda mungkin akan terbeban dan menyimpang dari matlamat asal semasa mula-mula membuat pelaburan.
Ingat, lokasi bukan lah faktor paling penting ianya seperti satu propaganda kekayaan yang telah menjerat ramai orang. Tetapi malangnya masih ramai yang belum faham akan “Ultimate goal” didalam pelaburan hartanah. Ikuti sambungan artikel ini ketahui rahsia dan matlamat sebenar pemilihan hartanah untuk pelaburan, dan jimatkan wang anda untuk sesuatu perkara yang lebih penting.
Popularity: 3%
sila sambung artikel ini. menarik utk mengembangkan minda beku aku.
Maaf, saya tak berapa setuju yang ‘tujuan’ dan ‘bajet’ lebih penting daripada lokasi. Sebaliknya, ‘tujuan’ & ‘bajet’ yang akan menentukan lokasi hartanah.
Untuk duduk, kejiranan sangat penting. Azizi Ali sendiri menekankan kepentingannya. Kejiranan & jiran tak sama.
Untuk melabur, kadar pulangan lebih utama. Dah tentu taknak dapat macam ASB/ Tabung Haji je sebab pelaburan Hartanah lebih menyusahkan. bergantung kepada target market. In general, lebih murah hartanah tersebut, lebih tinggilah kadar pulangannya.
Azizi ali tu nk jual buku jer. basic sgt. web ni much better. wife aku yg dulu buat unit trust hari ini dh mula berjinak2 buat property pulak. semuanya dari pengaruh web ni. drumah.com ni pun dia yg recommend kt aku.
anyway, bila nk sambung artikel ni?
tak sure la bab kejiranan tu azizi ali ade masukkan dalam buku dia ke tidak, tp i jmpe dlm artikel personal money. mmg betul byk benda basic je yang dia ajar dlm buku, which meant for beginner pon.
artikel ini mcm satu nasihat ” jgn terlalu ikut ttg lokasi” – ikut tujuan & bajet.
terima kasih.
artikel ini mmg nasihat pon. cheers!
Sebenarnya lokasi amat penting dalam membeli sesebuah harta tanah. faktor lokasi jugalah menentukan harga harta tanah, lokasi juga menjadi penarik pelabur untuk melabur di sesuatu tempat. Di bukit beruntung disebabkan jauh dari KL dan jauah dari sebarang mega projek menyebabkan tak ramai yg berminat untuk melabur di sana. harga rumah flat terpaksa turun sampai RM5,000 baru ada sesetengah insan yang berminat untuk membeli itu pun dalam lelongan awam. Lokasi yang berhampiran bandar, dekat dengan infrastruktur dan lain lain kemudahan amat menjadi daya penarik pelabur untuk melabur di sesuatu tempat.
Cuba anda beritahu kepada rakan anda ” Ada rumah nak dijual” rakan anda akan bertanya rumah di mana? anda jawab… Bukit Beruntung… jawapnya..Tak minat, sbb jauh dari KL. Walaupun sudah terlalu murah, masih ramai yang berminat untuk beli dan tinggal di Bukit Beruntung.
Saya setuju. Lokasi penting tetapi bukan hanya lokasi sahaja menentukan keuntungan. Sila baca buku Ho Chin Soon; Location, Timing & Branding. Dengan kombinasi 3 perkara ini, ia lebih mantap dari Lokasi, Lokasi & Lokasi. Cuba anda bayangkan membeli condo mewah dilokasi yang baik tetapi pada harga yg mahal (harga semasa di puncak pasaran hartanah) yang dibangunkan oleh pemaju kecil yang tak berupaya melonjakkan ‘brand’ condo tersebut. Kemungkinan kita tidak boleh menjana pendapatan pasif dan kenaikan kapital (capital appreciation) agak perlahan. Berbeza jika kita beli condo mewah, ada ‘brand’ sperti di Mont Kiara pada harga murah kerana good timing (semasa ekonomi merudum atau lelongan). Pendapatan pasif boleh dijana, untung semasa beli kerana harga dibeli mungkin lebih rendah (atau lebih baik lagi jika beli lelongan kerana harga dibawah pasaran) dan kenaikan kapital lebih cepat.
Maksud saya kombinasi 3 perkara itu yang penting. Ketiga-tiganya perlu ada.Tanpa salah satu, kemungkinan pelaburan itu tidak menguntungkan.
Artikel ini ditulis bertujuan untuk mendidik rakan2 yg baru hendak berjinak di dalam hartanah. Mereka rasa tertekan dan takut untuk melabur didalam hartanah kerana slogan lokasi,lokasi,lokasi seperti perkara paling penting bg mereka.
Jika mereka semua mampu untuk membeli high-end condo di mont kiara saya rasa mereka tidak akan bertanya disini, adakah kawasan ini baik atau kawasan ini bagus untuk buat pelaburan… oleh kerana hartanah dilokasi strategik sangat mahal dan diluar kemampuan. Mereka sangat senang mengalah dan melupakan hasrat untuk membeli hartanah.
jadi kami di drumah.com telah menyenaraikan faktor2 penting untuk pemilihan hartanah (sila buat carian di web), dan artikel ini pula satu pembuka jalan kepada mereka yang bermodal rendah untuk mencari hartanah yang sesuai dengan potfolio masing-masing, walau pun dengan modal kecil.
Nasihat saya kepada mereka yang bermodal rendah, anda juga boleh memulakan “journey” didalam hartanah dengan mencari aliran tunai positif pada hartanah sasaran. Dan anda tidak perlu terikut2 dengan slogan lokasi 3x lagi.
saya rasa lokasi memang x brp penting…tujuan dan bajetlah yg paling penting…contohnya : kalau kita nak beli rumah untuk disewakan..yg penting ialah samada kawasan rumah yg kita beli tu ada potential tak nk disewakan ie;ramai ke x org luar kat kawasan tu..contohnye kt kawasan tu ada kilang ke atau sektor pekerjaan yang kemungkinan ramai org dari kawasn luar yg dtg keje kat situ…
kalau bajet kita x seberapa, baik cari kt kawasan yg murah cket..contohnye saya beli flat kat Nilai dgn harga rm35,000 je tapi boleh sewakan pada kadar rm250/month…kalau ikut calculation tu dah lebih 5%,betul c-mi?rumah utk disewakan ni kita xyah pk market value sgt..janji ada org nak sewa pd harga yg berpatutan dgn modal yg kita keluarkan tu…lepas tu simpan jelah sampai bila2 utk jana pendapatan.
tapi kalau saya nak beli rumah untuk duduk sendiri,saya akan pentingkan lokasi…saya akan cari kawasan yang ada high market value…lagipun memang kita nak duduk rumah tu lama2 atau sampai bila2…tapi let say nk jual one day nanti,at least nilai dia tinggi…
so kesimpulannya..kalau nak beli hartanah memang bergantung pada tujuan dan bajet kita lah…
mmg betul spt apa yg diceritakan, sy sdn tgal d kaw flat bukit beruntung. tp perlu diingatkan kawasan ni bukan mudah utk dicari penyewa, jika sekali mrk keluar mungkin bertahun baru dapat penyewa baru. rm50 tu jika termasuk duit maintenance agak tidak berbaloi sebenarnya. sekian