Lot banglo di mukim Dengkil batu 26 1/4 jalan Bangi Salak kawasan simpanan melayu peganggan selamanya (FreeHold) untuk dijual . Lokasi lot banglo ini berada dikawasan damai yang dikelilingi dengan pohon menghijau dengan persekitaran flora yang sangat menarik.
Setiap lot banglo bekeluasan 8,428 kaki persegi dengan resab jalan yang luas serta telah dibersihkan dan dijaga dengan baik. Lokasi tapak banglo ini amat sesuai untuk dijadikan tempat untuk pembesaran anak-anak kerana lokasinya yang berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir dan Masjid As Syakirin yang hanya mengambil masa beberapa minit dari kejiranan banglo ini.
Manakala untuk mereka yang berkerja; Perjalanan ke;
a) Putrajaya hanya mengambil masa 10 minit
b) Cyberjaya 10 minit
c) Kuala Lumpur International Airport 25 minit
d) Bandar Baru Bangi 20 minit sahaja
Harga bermula pada RM320,000 (Tiga ratus dua puluh ribu sahaja) – Boleh runding; – Unit Terhad! Sila hubungi 017-2078956 untuk tempahan.
Popularity: 7%
salam…
aku nak cari Banglow lot..nak buat bunglow dalam 10,000 kaki persegi sekurang2 nye…tapi kalu boleh tanah rezab melayu freehold le…sebab dapat harga murah sikit.
Pas tu berhampiran masjid kalu boleh ada tahfiz berdekatan, Dah nak settle down dah,,tapi mungkin dalam 5 tahun lagi baru betul2 pindah.
Sebaik-baik nye masyarakat di situ banyak yang baik-baik…maksudnya masjidnya selalu penuh,,,ha..haaa..boleh siapa2 bagi pendapat…kalau boleh hala ke selatan dari KL. Contoh Kajang ke, Bangi ke, Dengkil ke…Sepang ke…biasanye kalau ada orang bagi cadangan tempat tu aku akan pergi beberapa kali ke masjid kawasan tu…siang, petang dan malam..tengok sendiri baru aku judge sendiri,,,
mmg ada tanah yg luas,dan berpenghuni mmg baik sekali,berjiran hanya jarak beberapa kaki sahaja.tanah rata,sentiasa bersih,harga rm750,klu masuk ahli khairat masjid.mana2 tempat pun ada.anda berminat boleh booking tanah dulu.sementara menunggu saat mati..
ape kata saudara pegi sendiri ke kawasan yg sedara fokuskan tadi,
bertanya sendiri dengan penduduk setempat, harga pun boleh la kurang lagi sebab tidak libatkan broker.
boleh tinjau sendiri kawasan, yg paling penting kene la ada sumber kewangan dalam linkungan RM0.5juta
lokasi yang jirannya baik2 ialah tanah perkuburan cheras. Semua jiran baik2 belaka, tak kacau satu dgn lain. maaf,jangan marah ya..
Betul tu…ada perbezaan antara manusia dan haiwan serta Jin dan Syaitan…Salam Ramadhan…Gag Order…