Magna Prima Beli Tanah RM148.151 Juta

Magna Prima

Magna Prima

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Magna Prima Bhd, Twinicon (M) Sdn Bhd, memeterai perjanjian dengan Persatuan Sekolah Perempuan Lai Meng bagi cadangan mengambil alih sebidang tanah bagi sejumlah RM148.151 juta.

Cadangan pengambilalihan itu membabitkan tanah seluas 10,587.50 meter persegi, kata syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia Isnin.

Menurut Magna Prima, cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan kumpulan berkenaan menambah keluasan bank tanahnya di kawasan strategik untuk projek-projek pembangunan hartanah yang mempunyai potensi nilai pembangunan kawasan yang tinggi pada masa depan.

Syarikat itu berkata dengan hasrat melaksanakan projek pembangunan kediaman komersil/atau kediaman, cadangan pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan kumpulan itu pada masa depan.

Magna Prima juga berkata hartanah itu terletak di lokasi strategik di Jalan Ampang, dan di keliling mercu tanda bangunan berprestij dan dekat dengan Menara Berkembar Petronas.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada 2015, katanya.

– BERNAMA

Popularity: 1%

Dikirim Oleh c-mi on Mac 23rd, 2009 dan difailkan dibawah Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Tinggalkan ulasan anda