Mansuhkan Subsidi Barangan Bukan Pengguna, Kata Pemaju Hartanah

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kerajaan wajar menimbang memansuhkan subsidi ke atas barangan bukan pengguna, kata seorang pemaju hartanah.

“Kita mahu mengurangkan subsidi ke atas petrol, bekalan elektrik, gula dan tepung, namun jika anda lihat industri perumahan, kita membayar banyak wang untuk subsidi. Kita memberi subsidi kepada Tenaga Nasional dan Syabas untuk infrastruktur dan kita juga memberi subsidi untuk pembinaan jalan,” kata Pengarah Kumpulan See Hoy Chan, Datuk Teo Chiang Kok.

Teo yang juga bekas Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), berkata kerajaan tidak wajar memberi terlalu banyak tumpuan terhadap mengurangkan subsidi ke atas barangan pengguna, malah patut menimbang gambaran keseluruhannya.

Beliau mengulas cadangan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat seperti pelan tindakan rasionalisasi subsidi lima tahun kerajaan yang diumumkan minggu lepas oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Langkah itu dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira RM103 bilion dalam tempoh itu.

Teo brekata langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat merupakan langkah bijak, namun ia mesti dilakukan secara perlahan-lahan supaya peserta industri dapat menyesuaikan kos, bajet, harga dan gaji.

“Mengurangkan subsidi akan menyebabkan perubahan dalam sistem harga dan barangan besar seperti perumahan, yang akan menerima impak yang besar,” katanya pada sidang media selepas perbincangan pagi FIABCI di sini Isnin.

“Kami mahu kerajaan mengurangkan subsidi secara perlahan-lahan, supaya tidak berlaku kejutan dalam sistem,” katanya.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mei 31st, 2010 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




1 Ulasan Dari “Mansuhkan Subsidi Barangan Bukan Pengguna, Kata Pemaju Hartanah”

  1. jean berkata:

    sokong! dgn laporan ini.
    sy ada baca dlm akhbar president NUBE cadangkan kerajaan mansuhkan subsidi ni bila pendapatan raykat dah tinggi. belum rakyat rasa berpendapatan tinggi, dia dah nak hapuskan subsidi..


Tinggalkan ulasan anda