Pelaburan hartanah adalah satu konsep bijak yang harus dipertimbangkan pelabur terutama sektor hartanah di MALAYSIA. Sesetengah individu mungkin berasa ragu-ragu untuk melabur wang mereka kedalam hartanah akibat tajuk-tajuk berita berkenaan pasaran hartanah yang lembab baru-baru ini.
Walau-apa-pun, setiap peristiwa itu ada hikmahnya. Sebagai seorang pemerhati, saya berpendapat pelaburan di dalam hartanah kini ada satu ruang terbaik untuk diambil kesempatan.
Ia bukan sekadar anggapan atau retorik. Walaupun keadaan ekonomi yang sedang lembab dan mendukacitakan banyak pihak, ia satu kesempatan kepada usahawan dan pelabur hartanah diatas ketidakupayaan ekonomi hari ini.
Adat resam dunia, siapa hebat dialah yang akan berjaya. Itulah yang menyebakan evolusi terus berlaku. Setiap sistem akan di naik taraf jika sistem sedia ada tidak berfungsi. Adakah anda bersedia untuk mengikuti trend terbaru ini? ;
Memang tidak boleh disangkal lagi apabila tajuk berita diakhbar mengatakan, Jualan hartanah menjadi perlahan sejak-dua-menjak ini, tetapi harus dingat sepayah manapun bunyinya syarikat pemaju tempatan pasaran pembeli hartanah sebenarnya tidak terjejas langsung.
Tak percaya? krisis ekonomi ini sebenarnya tidak menjejaskan pembeli hartanah langsung!!! mesti anda mula tertanya-tanya, apa yang kau cakap ni c-mi? bukan ke sekarang ni tak ada Jualan? banyak pula pemaju-pemaju dah mula tutup buku? ada pulak berita pemaju cabut?
Okay, beginilah… sebenarnya didalam tidak kita sedar, Suasana pasaran ini begitu baik kepada beberapa individu kategori dibawah;-
1. Individu Sebagai Penyewa (Rental)
2. Individu Sebagai Pembeli (Buyer)
3. Individu Sebagai Pelabur (Investor)
Sebagai Penyewa. Ekonomi tidak menentu hari ini sebenarnya satu khabar terbaik kepada mereka yang merancang membeli hartanah dan merancang untuk menyewakannya. Jadi, oleh kerana ramai individu hari ini tidak mampu untuk membeli rumah, mereka lebih rela untuk menyewa rumah untuk beberapa tahun sehingga lah ekonomi negara kembali pulih.
Selain itu. Sebagai Pembeli pula kegawatan ini tidak menjadi halangan untuk anda membeli rumah. Pertamanya, BLR kini telah jatuh sehingga 5.55% apa maknanya? Mesti anda berpendapat baguslah dengan turunnya BLR saya dapat kurangkan bayar bulanan, turunya BLR bermakna kurang lah saya bayar faedah bank.
Dari pemerhatian saya, bila BLR diturunkan kelayakkan pinjaman pembeli rumah juga diminimakan. Sebagai contoh jika anda mengimpikan rumah berharga RM320,000 anda terpaksa membayar ansuran bulanan tidak kurang dari RM1500 setiap bulan. Dengan ini bermakna gaji kasar anda haruslah sekurang-kurang RM4500 tanpa liabiliti lain untuk bank memberi anda pinjaman (Loan).
Berbeza pada hari ini untuk memiliki rumah RM320K keatas kelayakkan gaji kasar pemohon pinjaman minima hanya RM3600 tanpa liabiliti lain. Cuba anda kira, jika pasangan suami isteri bersama memohon pinjaman, jumlah tersebut dibahagikan dua untuk mendapatkan kelayakkan gaji minima. Lihat! harini orang yang berpendapatan serendah RM1800 juga mampu untuk memiliki rumah sedarhana mewah berharga RM320,000.
Tidak terhenti setakat itu, Sasaran pasaran juga terbuka dan ini menggalakkan kakitangan kerajaan baru dan eksekutif swasta baru yang secara puratnya berpendapatan RM1700 sehinga 2500 ringgit sebulan untuk melabur didalam industri hartanah.
Banyak lagi faedah sebenarnya, namun saya terpaksa asingkan topik itu diartikel akan datang untuk lebih diperincikan huraianya.
Kembali semula, Sebagai Pelabur hartanah. Apa dapat? Dah tentu pada masa kelembapan ekonomi ini ramai lah pemaju-pemaju yang tidak yakin berjaya menjual projek perumahan mereka. Saya dengar baru-baru ini ada beberapa pemaju di kuala lumpur masih tidak dapat sampai ke kuota jualan. Oleh yang sedemikian banyaklah promosi-promosi hebat dan diskaun yang tidak pernah dibuat sebelum ini diguna pakai.
Satu lagi berita baik kepada pelabur, apabila harga rumah dikurangkan, dihadiahkan lagi dengan promosi dari bank serta pakej yuran guaman yang diberi percuma. Masakan pelabur-pelabur sekalian melihat saja aktiviti jualan murah ini? Inilah konsep pelaburan. Anda beli bila murah selepas ini anda jual pada harga tinggi.
Selepas beberapa tahun, apabila ekonomi negara pulih dan keyakinan pembeli kembali itulah masanya anda mengaut segala hasil tuaian hari ini.
Fikirkan… dimanakah anda sekarang? Sebagai pembeli yang menunggu harga rumah kembali pulih atau anda mulai beli rumah murah dan jual dengan harga tinggi apabila ekonomi kembali pulih.
Semoga Berjaya Pelabur Semua…
Popularity: 2%
Umur saya 40 tahun
Ada loan kereta RM435/bulan
Pendapatan RM2400/bulan
Target rumah bwh RM130k
Berdasarkan butiran di atas adakah saya layak utk dpt pinjaman & brp ansuran bulanan yg akan dikenakan jika saya dpt pinjaman.
salam.. sy pun berminat nk beli rumah, Umur saya 22 tahun
Gaji bersih RM 2000, Target harga rumah bwh 150k
Ada loan kereta RM499/month.
layak ke saya apply loan lg??
THIS BLOG REALLY GOOD FR NEWBIE THOSE YG BARU BK BELI RUMAH.
KEPT IT UP BRO, ILMU N PENGETAHUAN ANDA SGT2 BERGUNA.
I’M WAITING NEXT ARTICLE FM YOU.
terima kasih. harap dapat sokongan anda.
hii. sy ingin bertanya..apa pendapat saudara tentang projek perumahan taman damai perdana ii, cheras nearby alam damai..izzit ok??.. that one also pre;mature township..i just nk tau interm of property value in the future..coz i ada beli 1 unit of terrace house around that area..currently under construction stage and target completed early 2011.
harap dapat beri point of view.tq
salam…
sy memg minat nk beli umah…especially area dekat bangi..tp mcm susah nk dpt je….pendptn sy 3700 sebln…tp ada commitment kete 700 sebln…sy tak pasti sy nk beli rumah dr developer, rumah lelong or rumah tru agent…mtk bg advice bole…
Website ni mmg bagus Alhamdulillah dpt timba byk ilmu kat sini. Sebelum ni almost zero knowledge on all these. Teruskan usaha En C-Mi. Semuga diberkati Allah atas ilum yang diberi, insyaAllah.
SAYA GAJI RM2700. Commitment kereta rm40k. sy berniat untuk beli rumah yg agak besar sebagai rumah family.. saya faham gaji saya maybe xdpat rumah bawah rm300k. tetapi sy plan utk share byar monthly dengan my dad. dia dah nk retired next year. tp dia akan dpt duit pencen rm2500 monthly… boleh ke? tolong saya jawab. saya xtau ape2… tq
i’m 24. gaji kasar saya rm2600 tp jika dikira bersih tinggal rm2100. saya tiada komitmen melainkan ptptn sebyk rm24k. agak2 berapa amaun pinjaman rumah yg saya layak dpt? thank u.
Thanks bro. Info yg sgt bagus.
sy tgh plan beli rumah harga rm210000.
Tapi tgh tunggu bank approval lulus ker tak..
salam,
ok…gaji bersih saya dlm 1.8k…
rege rumah cadang2 nk beli 115800
agak2 approve tak dan berape repayment sebulan?
camna klu bt full loan plak?
rumah kat mana tu..baru ke second hand
Tahniah kpd editor blog ni. Selain cukup infomatif, jawapan2 yg diberikn jgu nampak tulus ikhlas dan memuaskan hati mereka yg bertanya juga mereka yg membaca. Banyak pahala editor blog ni dapat. Tahniah skali lg.
Saya nk tanya, pada masa sekarang, adakah berbaloi beli property di kawasan bukit antarabangsa? Sya ckp tertarik dgn Apartmen Sinaran UKAY and Kelab Ukay. Juga Condo di Wangsa Heights. Semuanya pd harga 250,000 – 330000. Luas binaan pulak sgt besar dr 1700kps smpai 2300kps. Ada cukup selamat dr segi keselamatan dan investment?
terima kasih.