Maymont Yakin Jual Kondo Mewah Dalam Masa Lapan Bulan

Maymont Development

Maymont Development

Maymont Development Sdn Bhd yakin dapat menjual kesemua 158 unit kondominium super mewahnya Matahari, dalam masa lapan bulan tahun ini.

Projek berkenaan dengan nilai pembangunan kasar RM700 juta itu dibuka kepada pasaran tempatan dan antarabangsa dan dijangka siap pada akhir tahun depan, kata ketua jualan Prabu Ananthan.

“Setakat ini, 43 peratus daripada jumlah unit itu telah dibeli sejak dua bulan lepas, dengan kira-kira 70 peratus adalah pembeli tempatan bagi tujuan pelaburan dan kediaman,” kata Prabu.

“Dengan adanya cuti Tahun Baru Cina, jualan semakin meningkat dan kami yakin kesemua unit itu akan dijual habis dalam masa enam hingga lapan bulan,” katanya di taklimat media di sini Isnin.

Projek kondo Matahari di Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur menawarkan 141 unit kondominium dan 17 unit penthouse di sembilan blok.

“Projek berkonsepkan ‘banglo di langit’ merupakan hartanah yang amat sesuai bagi pasaran ekspatriat yang menyewa di Malaysia kerana ia boleh memberikan pelabur dengan pulangan sewa yang lumayan setahun,” kata Prabu.

“Kami menganggarkan kira-kira enam peratus keuntungan setahun dengan unit superior disewa antara RM16,000 dan RM18,000 sebulan, berdasarkan pasaran menyewa sekarang,” katanya.

Ditanya mengapa projek itu terhenti sebelum ini walaupun pembinaannya telah bermula pada 2007, Prabu berkata ini adalah sebahagian daripada usaha strategik memasarkan unit Matahari tidak pada masa kemelesetan tetapi “pada masa yang sesuai”.

Ketua Pemasaran Maymont Chelvi Ananthan berkata projek itu telah siap 35 peratus setakat ini, dan penyerahan unit itu mungkin lebih awal daripada yang dijangkakan.

Beliau berkata Maymont mengganggarkan penyerahan fasa pertama akan berlaku pada 2012 dan fasa kedua pada akhir 2012.

Terletak di kawasan pegangan kekal berkeluasan 5.2 ekar, unit Matahari dijual pada harga RM3,107,666 hingga RM10,766,363 setiap satu.

Sebahagian daripada kondominium itu dilengkapi dengan tiga tempat letak kereta bagi setiap unit sementara penthouse pula lima tempat letak kereta setiap satu.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jan 11th, 2010 dan difailkan dibawah Berita Harta, Projek Hartanah Terbaru. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




1 Ulasan Dari “Maymont Yakin Jual Kondo Mewah Dalam Masa Lapan Bulan”

  1. hamizy berkata:

    matahari luxury condo…mcm dah terbengkalai je projek ni


Tinggalkan ulasan anda