Your search results

MBSB Luaskan Pembiayaan Rumah

Dikirim Oleh D' rumah on 09/04/2012
| 0

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan mula memperluaskan kemudahan pembiayaan pinjaman rumah kepada generasi kedua pembeli hartanah bagi projek perumahannya di Sepang, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Zaini Othman.

MBSB bukan pemberi pinjaman seperti bank, yang tidak berada di bawah bidang kuasa Bank Negara, berkata kemudahan pembiayaan khas ini akan membolehkan para pembeli rumah untuk meregangkan pembayaran balik bulanan pinjaman rumah kepada anak-anak (generasi kedua), kebanyakan daripada mereka adalah individu yang bakal bersara pada umur 50 tahun.

Menurut Ahmad Zaini, pembeli hartanah ini akan ditawarkan kadar faedah yang lebih tinggi sedikit daripada kadar pembiayaan asas (BFR) tolak 0.5% dengan tempoh 30 tahun atau umur 70, yang mana dahulu. Kadar faedah ini lebih tinggi sedikit daripada jenis pinjaman perumahan konvensional kerana umur dan profail pembeli yang lewat.

Pembeli projek Sepang telah menemui harapan baru selepas MBSB bercadang untuk membaik pulih projek perumahan yang pernah terbengkalai di Bandar Baru Salak Tinggi. Ia juga akan menyediakan pembiayaan bagi projek berjumlah RM243mil untuk pembeli akhir disini.

Penawaran pinjaman ini adalah satu galakkan untuk sektor hartanah di Malaysia yang dilihat telah menghadkan pembiayaan untuk peminjam sehingga mereka berusia 70 tahun sahaja.

Penganalisis dan pakar ekonomi melihat jenis pembiayaan hartanah generasi kedua ini adalah hasil tindak balas kenaikan harga hartanah, manakala baru-baru ini Bank Negara telah cuba untuk mengekang kenaikan harga rumah yang terus meningkat.

Seorang penganalisis kanan salah satu daripada lima bank terbesar tempatan-berkata ia bakal menyelesaikan isu legasi yang mana akan mengurangkan pinjaman tidak berbayar MBSB sekurang-kurangnya 200 mata asas dalam tahun kewangan 2012 daripada 8.5% pada tahun lepas.

“MBSB perlu memulakan menawarkan pembiayaan hartanah jenis ini disebabkan oleh kenaikan harga hartanah yang melambung tinggi. Harga rumah terus menaik, oleh sebab itulah pembiaya perlu membenarkan pinjaman jenis ini. Jika tidak, di mana aliran baru pinjaman akan datang lagi? ” ditanya kembali oleh Penganalisis kanan.

“Jenis pembiayaan ini adalah sangat berisiko untuk ekonomi yang lebih luas secara keseluruhannya. Ia hanya berfungsi untuk meningkatkan hutang isi rumah dan menggalakkan generasi akan datang berhutang walaupun sebelum mereka dilahirkan. Para Pembiaya ini harus bertanya: Bagaimana sekiranya generasi semasa peminjam tidak mempunyai anak-anak, dan mereka tidak mempunyai sesiapa untuk mengembalikan wang pinjaman mereka, “kata ahli ekonomi.

Sementara itu, mengenai perkara berkaitan, penganalisis MIDF Research Kelvin Ong berkata bahawa MBSB telah pun mula untuk mengukuhkan sistem pengurusan risiko kredit dengan sistem pemarkahan kredit yang baru ditubuhkan untuk mengakses pinjaman dan gadai janji.

“Untuk gadai janji, kelulusan pinjaman gadai janji akan perlu melalui satu jawatankuasa. Kami memahami bahawa pinjaman gadai janji berharga pada BFR tolak 0.5%, tetapi kumpulan ini telah berjaya untuk menguasai perniagaan daripada segmen sederhana kepada kelas atasan pasaran runcit kerana pendahuluan margin yang lebih tinggi, “Ong, yang mengekalkan penarafan neutral MBSB dengan sasaran harga RM2.20, katanya.

Pengurusan MBSB juga memberitahu akhbar minggu lalu bahawa ia telah mengecilkan sasaran pertumbuhan pinjaman kepada 15-20% pada tahun ini daripada hampir 30% pada sebulan lepas.

– thestar

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.