Melabur didalam rumah sewa, modal tak ada

Housing Downpayment

Housing Downpayment

“Hendak melabur…, tetapi, tak ada modal pulakk!!!”

Pelaburan hartanah memang berbaloi dan sangat-sangat menarik untuk sesiapa sahaja berminat. Tetapi untuk memulakan sesuatu pelaburan itu ada sesuatu yang kita perlu korbankan. Bukan korban tumbang lembu, tetapi sedikit wang simpanan  sebagai modal berbayar untuk memiliki rumah. Kebiasaannya deposit anda didalam linkungan  RM4000 sehingga RM15,000 sebagai permulaan mengikut harga rumah.

Disini saya mencadangkan anda membeli rumah berharga RM42,000 – RM100,000 untuk kali pertama. Modal berbayar ini akan digunakan untuk membuat bayaran deposit rumah anda. Jangan lupa! anda juga harus menyediakan 3%-4% lagi untuk kos-kos lain seperti yuran guaman, insuran dan duti setem didalam proses pemilikan hartanah tersebut. Haaa… bunyinya macam leceh, tetapi itu lah yang anda perlu lakukan. Sebab itu saya katakan hartanah bukan untuk semua, hanya untuk mereka yang benar-benar sabar dan komited mampu hadapinya. Yang peliknya, nak tak nak, rumah adalah keperluan hidup untuk semua, anda tetap harungi semua ini suatu hari nanti.

Setelah menyediakan modal diatas, jika boleh sediakan wang “extra’ sebagai sokongan untuk “backup plan”. Mungkin nanti akan timbul masalah seperti ketiadaan penyewa didalam tempoh yang lama. “Backup plan” kita adalah… Sediakan ansuran bulanan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama. Bukan apa… takut-takut jika rumah anda kosong pada jangka waktu itu, jadi “backup plan” mesti ada pada semua rancangan.

Bagaimana nak dapat duit?

Kerja lah bersungguh-sungguh, dan buat part-time, untuk mencari deposit itu. Jangan berhutang! pada hemat saya anda tidak perlu berhutang untuk membayar deposit rumah, kerana deposit itu adalah satu cara untuk mengurangkan bayaran kadar faedah pinjaman. Lebih baik anda bersabar sedikit. Kumpul wang dahulu.

Jika anda benar-banar tidak mampu bersabar lagi, cuba buat pinjaman dengan ibu bapa atau saudara mara terdekat. Khabarkan pada mereka hasrat anda memiliki rumah, Jika mereka bantu bagus lah. Kebiasaannya ibu bapa amat menggalakkan anak-anak mereka membeli rumah. Tapi jika mereka sengeh-sengeh macam tak nak tolong, tidak apa biarkan dahulu, cari jalan lain atau pun anda boleh menunggu wang kwsp anda cukup barulah anda mula melabur.

Popularity: 2%


Dikirim Oleh on Apr 21st, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



5 Ulasan Dari “Melabur didalam rumah sewa, modal tak ada”

  1. ibnu said bin muslihat berkata:

    kalau saya beli rumah cash adakah saya perlu bayar guaman,insuran duti dan lain-lain .

    • zul berkata:

      kena.. cash pun kena bayar duti setem, legal fee… cuma jimat tang lawyer bank je la.. tapi byk la juga jimat…

      • shariff berkata:

        hartanah leleng pun sama gak ke jimat bile cash?
        guna lawyer dari pemilik hartanah itu atau kita cari lawyer sediri jimat?

        • pakar hartanah berkata:

          mane2 property pun klu blei cash kita jmt kt interest bank tu. x kisah la lelong ke subsale. biasa property vendor ada panel lawyer sdri, jd klu nk gn lawyer sdri boleh request, tp dpt x dpt blum tentu lgi.

          bg sy lawyer sume2 same jer dr segi rege tp klu service bukan sume lawyer bleh bt benda yg same, lg2 property yg ade problem. klu lawyer x biase jgn lah cuba2 nk try bg. hehe

          • InaMobile berkata:

            ..beli tunai memang banyak jimat. Selain kos peguam… jimat kos ambil valuer dan juga kos takaful. Peguam akan caj yg bukan-bukan spt kos fotostat, setem, upah runner dll yg kadang-kadang tak masuk akal. Cuma kalau beli cash, tak dpt beli banyak rumah. Jika RM100K utk satu rumah yg dibeli tunai, amaun tu boleh beli lebih 5 buah melalui pinjaman bank. RM100K tu boleh buat bayar dep 10% loan.


Tinggalkan ulasan anda