Melaka Tubuh Pusat Sehenti Perumahan Tawar 1,602 Rumah Belum Terjual

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kerajaan negeri menubuhkan Pusat Sehenti (OSC) Perumahan Negeri bagi menyalurkan maklumat tepat berkaitan projek perumahan kerajaan dan swasta yang berpotensi dimiliki di bawah kendalian Lembaga Perumahan Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sebanyak 1,602 unit rumah ditawarkan oleh pemaju perumahan melalui OSC itu antara RM35,000 dan RM550,000 seunit dengan nilai keseluruhan RM386 juta.

Beliau berkata penubuhan OSC juga bagi menangani masalah lambakan kuota bumiputera yang masih belum terjual.

“Pertam Properties dan Hartanah Bumiputera Melaka menawarkan sebanyak 1,002 unit rumah dan kedai pejabat kuota bumiputera yang telah siap tetapi belum terjual dengan nilai keseluruhan RM253 juta,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian OSC Perumahan Negeri Melaka, di Melaka Mall di sini, Jumaat.

Mohd Ali berkata penubuhan OSC merupakan komitmen bersungguh-sungguh kerajaan negeri untuk meningkatkan daya saing melalui penambahbaikan dan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata penubuhan OSC itu juga diharap dapat membantu menarik lebih ramai lagi pembeli rumah di kalangan bumiputera khususnya dan juga rakyat Malaysia yang lain untuk membeli rumah kali pertama.

Ini kerana, kata beliau, semua pemaju perumahan yang melaksanakan pembangunan perumahan di negeri ini akan berdaftar di bawah Lembaga Perumahan Melaka bagi memudahkan pengumpulan data berkaitan perumahan terutama melibatkan rumah yang belum terjual.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu orang ramai membuat perbandingan dan keputusan terbaik dalam pemilihan rumah yang bersesuaian dengan kehendak mereka tanpa perlu bersusah payah ke pejabat pemaju perumahan.

“Ini kerana segala maklumat tentang lokasi rumah, harga, jenis dan pemaju boleh diperolehi di OSC tersebut,” katanya.

– BERNAMA

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Rab, Ogo 20, 2014 1:31:00 PM, Continue reading at the source
Rab, Ogo 20, 2014 3:07:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Ogo 19, 2014 6:45:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Ogo 16, 2014 1:09:00 PM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 15, 2014 8:47:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Nov 2nd, 2011 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud