Mengapa anda perlu melabur pada hartanah komersial

Kedai Suria KLCC

Kedai Suria KLCC

Hartanah komersial berbeza dengan hartanah kediaman atau banggunan kediaman. Pada asasnya hartanah kediaman adalah seperti rumah-rumah teres satu, dua tingkat, rumah bandar, rumah berkembar dan banglo. Hartanah kediaman juga merangkumi pemilikan hartanah jenis apartmen, kondominium, duplex atau penthouse.

Mengenai hartanah komersial pula terdiri dari lot kedai, ruang pejabat, kedai runcit di kompleks membeli-belah dan pusat pameran. Apa yang menarik didalam hartanah komersial ini kerana “mind set” anda sebagai tuan tanah komersial berbeza dengan “mind set” untuk banggunan kediaman. Sebagai pelabur anda harus tahu dan mampu untuk membuat penyelidikan sebelum anda dapat menyewakan hartanah jenis ini. Jika matlamat anda sebagai pelabur hartanah komersial untuk mendapatkan untung, penyewa anda juga datang kesini untuk mencari untung. Jadi jika anda mahu berjaya, anda juga mesti menjanjikan kejayaan pada penyewa anda.

1. Hartanah komersial adalah satu “game” hartanah yang menarik jika anda berjaya mendapatkan lokasi yang betul. Apa yang anda perlu selidiki adalah dengan membuat beberapa “prediction” masa hadapan untuk lokasi berkenaan. Jumlah trafik, kemudahan pengangkutan, tempat letak kereta, akases mudah ke premis anda, dan banggunan-banggunan kerajaan yang berhampiran pasti mampu menarik ramai orang ke kawasan anda.

2. Jika anda mempunyai masalah diantara rumah-rumah sewa anda, anda perlu menyelesaikannya dengan individu. Sebagai contoh jika anda tidak menyukai akan sikap penyewa yang tidak menjaga hartanah atau tidak membayar sewa bulanan. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan berbincang dan cari kata muafakat diantara kedua-duanya.

3. Berbeza dengan hartanah komersial, jika berlaku sesuatu yang anda tidak suka. Anda boleh menyelesaikannya dengan kontrak. Sebagai contoh jika ada diantara penyewa tidak membayar sewa bulanan… anda sebagai tuan kedai dilindungi oleh kontrak yang telah ditanda-tangani sebelum ini. Bukan setakat itu sahaja kebiasaanya terdapat “clause” tertentu didalam perjanjian sewaan komersial yang boleh di aplikasikan seperti; pembayaran lewat atau lebih dari 7 hari, akan dikenakan faedah mengikut jumlah sewaan. Jika menghadapi penyewa yang tidak membayar sewa bulanan selama tempoh tertentu anda mempunyai hak untuk mendapatkan balik permis dan juga boleh menyita serta menjual perabot atau mesin yang berharga milik penyewa untuk mendapatkan balik sewa bulanan.

4. Untuk hartanah komersial penyewa mempunyai sebab tertentu untuk menjaga dan membaik pulih permis. Jadi dengan erti kata lain, penyewa sendiri yang bermotivasi untuk menjaga hartanah anda kerana ia harus mengekalkan “prestige” perniagaan agar sentiasa nampak profesional. Berbeza dengan hartanah kediaman, permis kediaman agak sukar dijaga kerana ia bergantung pada sikap dan “habit” sipenyewa. Adalah malang nasib anda jika mendapat penyewa yang tidak reti menjaga rumah sewa. Bukan itu sahaja berkemungkinan besar lantai seramik “tiles” Itali anda juga akan pecah jika berhadapan dengan penyewa yang tidak bertanggungjawab ini.

5. Ramai yang tahu akan potensi rumah lelong sebagai satu cara untuk mendapakan keuntungan dengan cepat melalui “shortsale”. Permainan hartanah komersial bersesuaian pada mereka yang telah berjaya dengan hartanah lelong. Pelabur rumah lelong kebiasaan tidak akan tunggu lama, mereka akan naik “one step level” untuk melabur didalam hartanah komersial.

6. Selain dari itu, diantara penyewa kediaman dan banggunan komersial, penyewa kediaman lebih suka menelefon anda untuk membaiki mana-mana kerosakkan manakala penyewa komersial akan membaikinya sendiri dan ada juga yang mengubahsuai tanpa kebenaran anda. Oleh yang demikian anda harus menyatakan didalam kontrak segala pengubahsuaian mesti diberitahu pada anda. Dan yang menariknya segala kos pengubahsuaian ini dilakukan oleh penyewa dan tidak melibat kan anda, sebagai tuan kedai anda hanya memberikan kebenaran sahaja.

Lain pula dengan penyewa kediaman, jika mereka ingin membuat ubahsuaian mereka akan meminta anda sebagai tuan rumah melakukannya dan beberapa peratus sahaja yang akan dikeluarkan oleh penyewa. Kerana pada tanggapan mereka “nak buat ape saya ubahsuai rumah ini, kerana ini bukan rumah saya”…

7. Dari segi tempoh sewaan kebanyakkan rumah sewa akan disewakan sekurang-kurangnya 6 bulan atau setahun. Tetapi rumah sewa masih dikategorikan sebagai sewaan bulanan. Berbeza dengan hartanah komersial dimana “standard” sewaan pada penyewa adalah 2 tahun dan jangan terkejut jika ada penyewa yang menyewa permis komersial selama 20 tahun. Tempoh ini adalah sesuatu yang biasa didalam hartanah komersial.

8. Didalam hartanah komersial, penyewa dan tuan kedai adalah sebahagian dari rakan kongsi. Jika tuan kedai mendapat manfaat dari sewaan kedai, anda sebagai penyewa pula mendapat lebih banyak manfaat dari lokasi kedai yang strategik. Tuan kedai mendapat pendapatan tetap, tetapi pendapatan penyewa jauh lebih tinggi dari pemilik kedai yang mana setiap perniagaan hanya memperuntukkan beberapa peratus sahaja sebagai kos sewaan.

Jadi yang mana lebih menguntungkan? Pastilah hartanah komersial, bukan sahaja nilai haranah anda meningkat naik saban tahun malah sewaan juga boleh mencecah ketahap tertinggi mengikut jumlah trafik harian.

Popularity: 1%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 10th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




10 Ulasan Dari “Mengapa anda perlu melabur pada hartanah komersial”

  1. roslan berkata:

    tuan ada point yg baik ttg topik diatas, kebanyakkan org kita ni mmg minat biz tp itu lah sume nak yg senang dan byk play safe. semoga artikel ini membuka paradigm kita ketahap yg lain.

    Saya juga seorang pelabur hartanah, saya ada 5 buah rumah sewa. 3 high-end condo di KL dan 2 condo di pj. dengan sewa saja saya boleh dapat income kasar RM25,000 sebulan. selepas baca artikel ini tergerak pula hati nak invest dalam hartanah komersial. Bukan apa rasa takut2 nak invest kat sana, tapi lepas baca artikel ini saya yakin saya boleh lakukan.Terima kasih diatas artikel ini.

    • Lie berkata:

      boleh tak en.roslan ajar saya untuk jadi seperti En.Roslan

    • aiman berkata:

      sy pun berminat nk belajar dari en. roslan… harap dapat membantu sy untuk mula melabur dlm rumah sewa.

    • Shaharudin berkata:

      Salam En.Roslan, saya mempunyai sebidang tanah berkeluasan 15 ekar berhampiran dengan UIA yang boleh menjadi salah sebuah tapak komersil bagus yang perlu dijualkan dengan segera dengan nilai RM170 juta (tanah freehold) sekiranya Tuan berminat sila berhubung dengan saya Shaharudin Bin Haji Mohamad Noor untuk melawat tapak. Satu stesyen LRT akan dibina dalam jarak lebih kurang 2 km dari kawasan tersebut yang bakal melonjak harga tanah tersebut dimasa hadapan.

      Salam

  2. ibnu said bin muslihat berkata:

    kepada encik roslan,
    Saya berbangga dgn awak org melayu islam yg boleh di katakan berjaya, tahniah,tapi harus ingat setiap pelaboran itu ada risk you won’t run away from that risk but remember those people berani ambil risiko itu lah org -org yg berjaya. Dunia tak kan maju tanpa org2 yg berani mengambil risiko.
    Any way, yg paling penting dalam pelaburan adalah ilmu dan pengalaman bukanya duit, berapa ramai org -org kaya atau berduit gagal dalam pelaboran , bukan maksud saya org2 kaya tu tak pandai.Tapi penuh kan lah dada dgn ilmu dan pengalaman dalam investment.

    Kegagalan itu adalah jalan untuk mencapai kejayaan.

  3. pejaz berkata:

    commercial property mmg lebih baik dari segi management & kadar sewa…. tapi harganya adalah jauh lebih mahal dari residential… kalau en roslan di atas berjaya dapat RM25k sebulan melalui 5 residential properties, RM25k sebulan dari SATU commercial property sangatlah tidak mustahil.

    semoga kita berjaya. insyallah.

  4. c-mi berkata:

    asasnya harga hartanah komersial mmg tinggi… tp jika kita compare harga2 kedai ini sebenarnya ia berdasarkan harga sewa sesuatu lokasi. lagi tinggi harga kedai tu, lagi tinggi lah harga sewanya.

    ape pun semoga berjaya..

  5. nazirah berkata:

    alhamdulillah dgn kejayaan en . roslan ..saya baru nak berjinak2 dgn property investment ,harap dapat tunjuk ajar..

  6. AMIN berkata:

    HEBAT ENCIK ROSLAN

    CAM NA BANK BOLEH BAGI KELULUSAN PINJAMAN PADA ENCIK ROSLAN DENGAN KOMITMEN YANG AGAK TINGGI .. MASALAH UTAMA YANG SAYA KENALPASTI UNTUK MEMBELI HARTANAH ADALAH KELULUSAN PEMBIAYAAN APABILA SAMPAI TAHAP FULL COMITMENT.

    • Shamezaa berkata:

      Salam..dgn komitment yg byk x semestinyer kita x leh wat pinjaman. Jika semua loan berjaya diurus dgn baik, maksud saya bayaran pinjaman bulanan tanpa lapsed dgn rekod lebih 1 tahun, pihak bank pasti yakin yang kita mampu menguruskan pinjaman yang baru. kemudahan OD byk bleh membantu dalam perkara ni. semoga berjaya..


Tinggalkan ulasan anda