Mengapa beli hartanah dengan pemandangan

Pemandagan Kondo

Pemandagan Kondo

Dari artikel-artikel yang lalu, kita telah banyak belajar tentang beberapa ciri penting semasa membeli hartanah. Kali ini saya akan berkongsi satu pendapat mengenai topik ” Mengapa beli hartanah dengan pemandangan”.

Semasa kita membeli-belah dengan hasrat untuk mencari satu rumah yang ideal bagi diri dan keluarga… pasti anda berjumpa dengan beberapa hot-spot menarik minat anda. Mungkin anda memilih hartanah ini kerana pegangkutan awam menjadi kreteria utama dan memudahkan. Ada pula yang mementingkan lokasi strategik yang berdekatan sekolah, panggung wayang bagi kaki wayang… dan kedai 24jam agar memudahkan mereka membeli rokok pada waktu malam.

Terpulang kepada keperluan… kadang kala kita juga boleh tergelak sorang-sorang apabila terkenangkan apakah faktor utama semasa kita mebeli hartanah pada waktu tu. Secara mitosnya… ramai yang berfikir yang mana saya membeli hartanah untuk pelaburan, saya tidak perlu memikir suasana hartanah saya.

Jika anda bukan membeli hartanah untuk tujuan pelaburan, sebenarnya anda salah. Anda membeli hartanah walau apa pun alasannya sebenarnya anda sedang melabur. Kita pecahkan perbincangan ini kepada 2 jenis pembeli hartanah kediaman;

1. Beli untuk tinggal disana
Jika anda membeli hartanah dengan tujuan untuk tinggal disana… adalah baik anda membeli dengan mengambil berat akan pemandangan dan suasana sekitar hartanah. Mungkin ada diantara kita yang berminat untuk memilih suasana dan pandangan menghadap bukit agar sentiasa berasa didalam keadaan suasana tropika ala-ala kampung. Jadi secara zahirnya anda melabur untuk ketenangan jiwa. Anda membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan ketenangan yang diidamai dan memuaskan hati. Disini kita dapat simpulkan apa jua keputusan anda… anda telah banyak melaburkan wang untuk kepuasan hati.

2. Beli untuk melabur
Ada diantara kita disini yang membeli hartanah dengan tujuan pelaburan. Harapanya memalui pelaburan ini dapatlah mereka memperolehi keuntungan. Didalam konsep pelaburan hartanah, walau apa jua jenis hartanah yang anda rancang dan sedang usahakan… pokok utama didalam pelaburan hartanah adalalah “kuasa pegangan”.

Berapa lama anda ingin memiliki hartanah itu? 5 tahun? 8 tahun? 15 tahun? anda yang perlu rancang. Tetapi ramai yang melabur tanpa memikirkan kekuatan hartanah itu.

Untuk kali ini anda harus menjadi “Risk Managemant Officer” yang perlu mempetimbangkan risiko semasa anda mengambil keputusan membeli sesuatu hartanah. Memang mengikut mana-mana guru hartanah mereka akan mencadangkan anda membeli jenis bertanah dan unit tepi. Tetapi bukan semua orang mampu untuk membeli hartanah bertanah dan unit tepi. Sudah tentu pemaju perumahan juga tidak mampu untuk membuat banyak rumah tepi yang mempunyai tanah yang luas. Dan sudah pasti harga rumah-rumah jenis ini amat mahal dan dua kali ganda dari unit tengah.

Pada mereka yang tidak mampu jangan pula berputus asa. Carilah kekuatan rumah anda. Dengan pemerhatian yang baik dan tajam, pasti anda dapat menilai kekuatan hartanah anda. Sebagai contoh; mungkin hartanah anda berdekatan dengan padang permainan, atau berdekatan dengan pusat kesihatan? Dari situ anda sudah mampu menggunakan sumber kekuatan anda semasa memilih hartanah.

Mengapa saya cadangkan anda memilih hartanah mengikut pemandangan? Dari isi nombor satu yang saya terangkan diatas, tidak kiralah anda membeli hartanah untuk tujuan pelaburan atau untuk tinggal disana.. yang penting adalah lokasi. Mungkin sebelum ini anda hanya memikirkan lokasi seperti “USJ, Damansara, bangsar, Subang Jaya, atau Kelana jaya sebagai satu lokasi yang menarik.

Dari sudut yang lain, pemilihan lokasi hartanah tidak habis setakat itu. Pemilihan yang lain dan penting adalah faktor pemandangan. Tidak kiralah anda membeli untuk melabur atau sebaliknya… Semasa didalam rancangan pelaburan, bukan setakat berusaha mencari harga yang terbaik tetapi host-spot yang memudahkan dan cantik adalah satu perkara yang penting.

Mungkin tiba masanya anda mengambil keputusan melabur didalam hartanah dengan pemandangan dan mengenal pasti keupayaan hartanah anda kerana? Jika lokasi anda itu menarik minat sendiri, sudah pasti seseorang didalam dunia ini mempunyai citarasa seperti anda… tetapi jika citarasa anda lain dari yang lain, itu amat bahaya.

Bukan semata-mata anda membeli hartanah dikawasan popular seperti USJ atau Bandar Utama menjadi kepentingan (kalau dapat apasalahnya), tetapi sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi nilai hartanah anda. Tetapi harus beringat jika anda ingin melabur didalam hartanah dengan meletakkan suasana dan pemandangan sebagai faktor utama anda perlu berhati-hati, jika tidak anda tidak akan dapat kembali wang anda.

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Sep 29th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



1 Ulasan Dari “Mengapa beli hartanah dengan pemandangan”

  1. Pada asasnya, saya amat bersetuju dengan pandangan di atas. Perbezaan harga rumah bukan setakat berlaku di dua kawasan yang berlainan, malahan boleh juga berlaku dalam satu kawasan atau tapak binaan yang sama semata-mata kerana pemandangan yang berbeza.

    Saya mempunyai pengalaman dalam mempromosikan apartment-apartment yang dibangunkan oleh TLS Holding di Kajang. Pemaju tidak meletakkan perbezaan harga berdasarkan aras/tingkat dan ketinggian tetapi berdasarkan pemandangan. Hanya kerana pada satu sudut apartment tersebut mempunyai pemandangan ke sebuah tasik yang tak berapa besarpun, cuma bersih dan cantik airnya, harganya sudah jauh ribuan ringgit dengan yang lain.

    Pemilihan hartanah berdasarkan pemandangan berpotensi memberi nilai pada masa akan datang kerana suatu masa nanti, orang akan lebih mementingkan perkara yang indah dipandang setelah sibuk seharian bekerja. Pemandangan tidak semestinya yang bersifat semulajadi, tetapi boleh juga yang terdiri daripada pemandangan buatan manusia, misalnya keindahan bangunan-bangunan pencakar langit yang kelihatan dari jarak jauh.
    Saya pasti, pemaju yang bijak juga mengambil kira faktor-faktor ini dalam perancangan projek2nya. Sebab itu kita dapat lihat kadang-kadang projek apartment hampir 500 unit telah habis terjual kesemuanya sedangkan apartmentnya baru 60% siap! Jadi, jika ada sesiapa dapat tahu mana-mana pemaju yang trendnya mengambil kira faktor pemandangan dan lokasi, cubalah follow dan risik apakah dan dimanakah future projeknya. Mungkin, jika ia memenuhi citarasa kita, boleh kita usahakan untuk membelinya. Tak betul? Ok. Sekian.


Tinggalkan ulasan anda