Mengapa guna hartanah untuk menjadi kaya?

Harga Rumah

Harga Rumah

Secara purata nilai hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak akhir-akhir ini meningkat dari 5% sehingga 8% setahun mengikut jpph (Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta). Ini bermakna apabila anda membeli hartanah pada hari ini, nilainya pada tujuh atau dua belas tahun akan datang bakal menjadi 2x ganda dari apa yang anda laburkan. Tetapi, adakah anda tahu, bukan semua tren harga hartanah di bandar berkeadaan naik, mari kita fahami hal ini dan memahami mengapa ia boleh berlaku.

Mengapa harga hartanah akan meningkat dalam jangka masa panjang?

  • Ini berlaku diatas perubahan demografi dan hubungan sosial masyarakat seperti; lebih ramai manusia hidup bersendirian, peningkatan kadar perceraian dan lebih ramai warga senior yang hidup panjang.
  • Dengan perkembangan berterusan kemasukan sejumlah pendatang asing masuk ke Malaysia mengandakan lagi permintaan kediaman dan Malaysia memerlukan lebih banyak rumah untuk didiami.
  • Lebih ramai yang menaik taraf kediaman sedia ada kepada permis yang lebih besar tanpa melupuskan hartanah lama. Mereka lebih selesa untuk mencari penyewa dan meninggalkan aset bernilai untuk keluarga dan anak-anak.
  • Bank yang menawarkan pinjaman meningkatkan jumlah pinjaman pembeli dengan cara memanjangkan masa untuk menjelaskan pinjaman, Ini bermakna lebih ramai yang boleh memiliki rumah walaupun dengan harga yang semakin meningkat setiap tahun. Situasi ini meningkatkan keyakinan dalam pasaran dan menggalakkan lebih banyak pemaju membina dan mengambil risiko yang lebih, kerana semua orang mampu membeli dan juga faktor permintaan yang tinggi.

Mengapa harga hartanah jatuh untuk jangka masa pendek?

Pada waktu tertentu harga hartanah akan jatuh walaupun kawasan tersebut mengalami kekurangan unit untuk dijual. Jadi mari kita fahami mengapa ia berlaku.

  • Nilai hartanah akan susut nilai apabila kadar faedah meningkat pada tahap tertentu, kesannya pembeli bakal menangguhkan pembelian sehinggalah kadar faedah berada pada tahap kemampuan. Ini bermakna akan kuranglah nombor jualan dan berkemungkinan besar ada penjual yang terpaksa mengurangkan harga jualan mengikut tawaran pasaran.
  • Peningkatan harga perkhidmatan utiliti bakal mempengaruhi harga rumah kerana pembeli mula mengetatkan bajet dan menangguhkan pembelian untuk tempoh masa yang lain.
  • Apabila pemilik kilang dikawasan industri berdekatan berhenti beroperasi dan berpindah ke kawasan lain untuk mengurangkan kos, pasaran hartanah disekitar juga mengalami tempias ekonomi kerana sebahagian dari pekerja pengurusan dan operasi yang tinggal berdekatan juga akan berpindah ke kawasan perumahan yang baru.
  • Kurangnya generasi baru yang berjuang untuk tinggal di daerah tertentu atau tekanan yang memaksa orang tertentu untuk menjual dan berpindah. Jika ini tidak ditangani oleh kerajaan, maka akan timbul gelombang  lambakan hartanah di pasaran sekaligus membuatkan nilai hartanah susut untuk seketika.
  • Mengikut kitaran ekonomi hartanah, setiap 7-12 tahun akan ada kejatuhan kecil pada jangka masa singkat pada harga rumah disebabkan oleh beberapa faktor ekonomi seperti kemelesetan, pengetatan kredit, bencana alam, jenayah dan lain-lain lagi.

Pada hari ini kita telah nampak sedikit tanda-tanda pengurangan ini, pada mereka yang sedang mencari diharap bakal memperolehi hartanah yang sesuai dengan bajet yang berpatutan dipasaran. Nilai hartanah di Malaysia bakal berlaku sedikit pelarasan harga didalam tempoh terdekat. Jika ia berlaku sektor hartanah akan mengalami pengurangan permintaan pada pasaran buat tempoh tertentu. Ia juga adalah satu fasa halangan untuk mengelak harga pasaran dari melonjak terlalu tinggi dan membebankan ramai pengguna yang benar-benar memerlukan.

Sekian, Semoga berjaya pelabur semua

Popularity: 2%


Dikirim Oleh on Mei 14th, 2010 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



13 Ulasan Dari “Mengapa guna hartanah untuk menjadi kaya?”

  1. faris berkata:

    apa maksud artikel ini tuan. adakah tuan bermaksud hartanah malaysia akan jatuh?

    • gondolan berkata:

      itu adalah amaran awal dari bank negara. bnm mempunyai pakar dan maklumat awal berdasarkan tanda2 dari seluruh dunia sebelum memberi amaran awal pada kerajaan. satu kesilapan ds najib ialah demi kepentingan politik dan populariti mahukan margin pinjaman 90% dikekalkan. kita akan jadi senasib dgn amerika dalam setahun dua lagi jika terus mengabaikan amaran bnm ni.
      harga hartanah kini ditahap yg melampau kerana kadar faedah bank yg amat rendah. bayangkan 20 tahun yg lalu saya beli rumah di usj berharga 120k pada kadar faedah 12% tapi kini rumah yang berharga 400k hanya dalam 7% ke 8% saja. bayangkan jika kadar faedah naik ke 12% mcm dulu maka gelombang kehancuran pasaran hartanah dan bank atau dikenali sebagai subprime crisis akan berlaku di sini.
      maka amaran awal bnm itu amatlah jelas bagi mereka yg sedar dan paham. elok ambil sikap tunggu dan lihat. pasaran hartanah pasti akan jatuh dalam masa setahun dua lagi. kumpul duit,,, kita beli unit yg ada sekarang pada harga diskaun sehingga 25%… beringatlah

  2. hafizah berkata:

    ish. x kan kot boleh jatuh,
    cuma sekarang property memang mahal!
    sangat mahal

  3. abdulrahman berkata:

    market sudah slow-slow..

  4. mat.g berkata:

    biasa la tu secara teori ekonomi mesti ada naik dan turun mengikut permintaan dan penawaran… tp property ni dia turun harga sikit2 jer tapi bila naik mencanak2.. dan secara keseluruhan harga property akan naik berganda2 tambahan kawsn bandaraya spt lembah kelang.

  5. faris berkata:

    betul ke ekonomi x berapa cantik sekarang? tp berita mainstream semua cerita best2 jew..

  6. Budakboy berkata:

    Saya setuju dengan pandangan tersebut…kalau logic akal pun, kalau dah harga terlalu mahal, then akan ada factor2 yg disebutkan di atas. Dan tidak mustahil juga harga hartanah akan stagnant atau jatuh sedikit.

  7. orkid berkata:

    bodohnya email tu, bangap tersangat2 bangap… kau tengok x sekarang harga rumah naik melalmpau bukan padal sbb2 yang dinyatakan… bodoh bodoh bodoh

  8. orkid berkata:

    aku nak betulkan komen aku ni,… bodohnya artikel yang tah sapa2 tulis tu…
    kau tengok x sekarang harga rumah naik melampau bukan pasal sbb2 yang dinyatakan… bodoh bodoh bodoh kerajaan bodoh parti pembangkan pun lagi bodh sama je kat malaysia ni, masuk politik konon nak bela sini sana … tapi sana sini naik harga … buang masa je jadi pengundi nasib tak terbela juga.. pemimpin baik kerajaan ke pembangkang ke semua makan rasuah, makan semua sampah sarap kat dalam negara ni ..makan duit haram, makan duit rakyat…bodoh bodoh bodoh

    ni pasal harga rumah ni nak smabung skt apake benda artikel yang kau ckap ni, mengarut, yang sebenarnya harga rumah naik, harga barang naik sbb pemaju, peniaga semua tamak haloba..dulu aku selalu round tengok rumah orang kaya…dgn harapan aku pun dapatla juga kalau x banyak pun sikitla macam rumah dorang, dan tertanya macamana la dorang ni kaya ya… tapi sekarang aku dah nak muntah kalau dorang cakap.. atas berkat usaha dengan izin tuhan, izin allah…pembohong, kesmuanya cekik darah kos 10sen tapi jual 1000ringgit, camtula jugak harga rumah, konon kata sbb semua kos binaan naik la amoi…. pembohong semua pembohong,sekarang aku dah fkr macam ni, xpela aku x duduk rumah landed, xpela aku duduk rumah macam kotak ni, janji aku ble berikan pelajaran yg cukup utk anak2, tuje la yg dapat aku bekalkan kepada mereka..

  9. isaac hat berkata:

    “gelombang hartanah” sedang berlaku sekarang terutamanya di lembah Kelang & Pulau Pinang…jadi kita sebagai pengguna kena bijak mengambil peluang ini untuk mendapatkan rumah yang baik lokasinya dan permintaannya…

    Memang harga rumah tak kan jatuh, malah makin naik selari dengan peredaran zaman..dulu kuih RM1 boleh dapat lima, skrg RM1 boleh dapat dua…contoh yang mudah untuk kita fahami…

    Jadi kita patut buat perancangan dari sekarang dan kepada pihak Drumah.com kami ucapkan ribuan terima kasih kerana info yang berguna nie..

    moga berjaya tahun 2011..

  10. baka05 berkata:

    bagaimana, kita pakat beli tanah ekar, seekar bleh dpt wat 8 buah rumah banglo. kalu di sungai buah, bangi harga tanah 4 ekar bleh dapat 2 juta, mean dpt sediakan tapak dlm 30 buah banglo sederhana. kos sebuah umh banglo dlm rm150k, kalu 30 buah are 4.5 juta. jadi total yang kite spend bg 30 org pemilik is rm 6.5 juta. ditambah lagi dengan maintenance n facility rm 2 juta. totalnya are rm8.5 juta. dibahagi 30 org are dlm sekitar RM285k seorang. itu banglo.. kalu wat teres berkeluasan 2000 kaki per segi??? seekar = 42000 kaki per segi, bleh wat dlm 20buah umh teres, di darab 4 ekar 80 buah… then 8.5 juta di bahagikan 80 buah, rm 107k je.. tp hakikat skrng harga umh teres cmtu di area ni xkurang harganya dr rm350k.


Tinggalkan ulasan anda