
Industri Hartanah Malaysia
Setiap individu di dunia ini mengimpikan pendapatan mereka bergerak 24 jam, dan 7 hari semingu. Dari sini bermulalah pencarian sektor pelaburan yang difikir stabil supaya dapat mengandakan lagi wang yang diperolehi menggunakan sistem pelaburan yang dapat memberi keuntungan berganda.
Setiap hari pelbagai skim pelaburan yang dipromosi oleh institusi -institusi boleh ditemui. Tetapi! harus diingat. Kerana setiap pelaburan itu tetap memiliki risiko tersendiri. Kita ambil contoh Pasaran modal atau yang di kenali sebagai Bursa Malaysia sebagai rujukan, portfolio ini adalah satu bentuk pelaburan yang menjadi pilihan kebanyakkan pelabur urban.
Ianya juga boleh ditafsirkan satu bom jangka dimana pasaran modal Bursa sebenarnya tidak realistik dan penuh dengan spekulasi. Saya membuat pendirian ini oleh kerana melihat sendiri index komposit kita yang telah berpuluh tahun beroperasi di Kuala Lumpur masih lagi bergantung pada suasana dan index dari Dow Jones dan S&P 500. Untuk maklumat anda index Komposit Bursa di dasarkan pada 100 buah syarikat utama negara yang-mana dikenali sebagai “Blue Chip”.
Di Bursa tahap kecairan wang dan kehilangan wang juga tinggi pada pelabur kecil. Dengan kata lain, apabila sesebuah bank tempatan atau pelabur antarabangsa datang melabur ke Malaysia mereka sebenarnya dengan mudah dapat meningkatkan index Bursa dan menurunkan index Komposit Bursa dengan modal berbayar yang telah diketahui lebih dari 300,000 kali ganda dari wang pelabur perseorangan. Jika anda masih ingat pada tahun lepas (2008) Saham di Bursa melonjak sehingga 1363.4 mata yang mana kini telah jatuh kepada 869.394.
Dengan angka separuh ini membuktikan bahawa Bursa Malaysia bukan lah satu sektor pelabur yang mapan untuk mereka yang mempunyai tabung pelaburan rendah. Malah ia terdedah kepada aktiviti spekulasi institusi kewangan besar sahaja. Bermakna index pada waktu ini adalah index dan nilai sebenar syarikat-syarikat di Malaysia dan selebihnya adalah spekulasi dari dana antarabangsa.
Berbeza dengan hartanah yang boleh dikatakan satu-satunya pelaburan yang mampu memberi anda aliran tunai positif selamanya. Apakah yang menarik didalam hartanah? Kebanyakkan orang pada hari ini mencari pinjaman dengan nilai ansuran rendah. Helahnya disini adalah mencari hartanah murah dan mengandakan nilainya. Sebagai contoh mencari hartanah 3-4 kali ganda kurang dari harga pasaran sebenar, ini adalah satu kaedah untuk mencipta aliran kewangan positif. Kebiasaannya anda hanya membayar ansuran selama beberapa bulan selepas itu mulakan dengan mencari pembeli yang berminat pada hartanah tersebut. Atau anda juga boleh mula menyewakan rumah tersebut pada pelajar kolej. Dengan sedikit baik-pulih pasti rumah anda akan menjadi satu aset yang menguntungkan pada masa hadapan.
Yang pasti terlalu banyak cara untuk anda memaksimakan pendapatan
dengan menggunakan hartanah. “Hanya anda yang perlu menentukan dimana dan bagaimana ia berlaku.” – c-mi