Your search results

Mengapa Rumah Saya Tidak Dapat Dijual? Bahagian 2

Dikirim Oleh c-mi on 08/12/2014
| 1

Pada artikel sebeum ini anda sebagai pemilik hartanah mula mengenali bahawa rumah yang secara fizikalnya berada didalam keadaan yang baik memudahkan urusan jualan anda nanti.

Seterusnya,

2) Hartanah anda mungkin terlalu mahal

Hartanah anda hari ini mungkin berada didalam keadaan yang baik. Anda kini telah membaik pulih hartanah. Dengan sedikit bajet, anda mula membuat beberapa sentuhan ajaib. Tetapi harus diingat, kos mencantikkan hartanah tidak perlu besar.

Cukup sahaja anda mengindahkan harta tanah anda agar ia nampak kemas. Dinding yang comot, di gantikan dengan cat putih adalah satu tip yang biasa digunakan. Cara ini memudahkan, malah putih lebih praktikal kerana mungkin pembeli anda fobia dengan warna yang anda suka. Jadi warna yang selamat adalah warna putih.

Jubin yang pecah digantikan. Sebab itulah jika anda becadang untuk menukar jubin lantai dan dinding bilik air atau dapur, di nasihati anda lebihkan belian jubin sebanyak sepuluh keping, agar anda mudah mengantikan jubin yang pecah dengan yang baru suatu hari nanti.

Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai jubin lebihan? Selalunya peluang anda mendapatkan jubin yang sama mungkin agak tipis walaupun jenama yang sama di kedai. Kerana kumpulan produksi yang berbeza menjadikan jubin-jubin tersebut mungkin nampak agak cerah atau sedikit gelap. Tetapi ia lebih baik dari jubin yang kosong atau pecah.

Kebiasaanya kita tidak sedar meletakkan harga yang tinggi pada harta tanah yang dijual membuatkan pembeli menjauhi penjual seperti anda. Sebagai contoh, penjual melihat hartanah yang berada dikawasan yang sama dijual pada harga RM260 ribu.

Penjual merasakan dengan modal yang telah dikeluarkan sebanyak RM20 ribu hasilnya sangat cantik pada mata pembeli. Tetapi kita lupa, bahawa minat penjual dan pembeli mungkin berbeza. Nilai renovasi anda tadi mugkin tidak bernilai pada kaca mata pembeli.

Tetapi tanpa usul periksa, penjual meletakkan harga RM300 ribu dengan harapan pembeli berpotensi tadi termakan dengan harga RM280 ribu.

Cara ini amat berisiko dan berpotensi untuk gagal. Kerana pembeli akan mula menjauhi penjual seperti ini kerana sikap yang tidak profesional dan cekik darah.

Malah, kemungkinan besar cara ini adalah sebab utama harta tanah tadi terjual pada harga yang lebih rendah dari pasaran semasa (jika ia terjual sekali pun).

Satu idea yang baik menjual harta tanah pada harga sedikit rendah dari pesaing untuk transaksi yang cepat dan mudah. Cari ejen atau penilai harta tanah yang berdekatan dengan anda. Anda perlu mengetahui kebaikan dan keburukan dalam meletakkan harga dan disesuaikan dengan pasaran harta tanah dikawasan anda dengan cara yang berkesan.

Penjual harus mengetahu bahawa, menjual harta tanah bukan lah mencari keutungan maksima semata-mata. Kerana anda berurusan dengan banyak pihak bagi menentukan harta tanah tadi sedia untuk dijual atau tidak.

Bersambung pada artikel akan datang.

satu pendapat dalam “Mengapa Rumah Saya Tidak Dapat Dijual? Bahagian 2

  • amirhamzahjoned
    pada 14/12/2014

    Bagus untuk panduan saya

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.