Your search results

Menyejukkan Ruang Dalaman Rumah

Dikirim Oleh sis_zety on 28/05/2009
| 10 Komen
Living room

Living room

Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.

1) Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

2) Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

3) Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

4) Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

5) Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

6) Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik

10 pendapat dalam “Menyejukkan Ruang Dalaman Rumah

  • ima
    pada 29/05/2009

    well written.. thanks for d tip

  • am_2009
    pada 01/06/2009

    cuaca skrg ni mmg panas betul (global warming kot),, harap2 tips ni membantu la ye

  • rapoo
    pada 21/11/2009

    thanks 4 da tips.. bagus info nih…

  • jaja
    pada 30/03/2010

    tips yg bguz..skrg mmg panas. Kalo ada air terjun di dalam umh ok tak?Like bali style):-

  • pada 23/07/2010

    wah tip no1 dan 6 sangat membantu. terima kasih

  • mosang03
    pada 28/10/2010

    Bgaimana dengan penggunaan ventilator? Adaka ianya efektif?

  • Yah
    pada 09/03/2011

    May be tips ni boleh membantu saya…..kerana rumah saya dalam proses pembinaan….(pemasangan siling)

  • pada 16/09/2011

    akhir2 ini di kampung saya cuaca bertambah panas.mungkin tips ini dapat membantu.terima kasih

  • pada 16/03/2012

    Saya ada beberapa masalah dalam menghias dalaman rumah, boleh kamu membantu saya……

  • pada 12/05/2012

    nak bertanya..penggunaan bahan natural seperti kelarai buloh atau bertam ,adakah dapat menyejukkan rumah?

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">