Merawat Permaidani-Tips hari ini

Washing carpet

Washing carpet

Hai, selamat bertemu kembali, pada hari ini kita akan mencuba tip-tip yang baru cara-cara untuk merawat permaidani. Pastikan permaidani yang digunakan adalah untuk menyerikan lagi rumah anda bukan sebaliknya. Ini kerana permaidani yang kusam, kotor dan berhabuk tiadak dapat menceriakan suasana di dalam rumah anda.

Bagaimana untuk Merawat Permaidani

1.       Gulung atau hamparkan kain bersih di atas permaidani anda  setiap kali hendak masuk tidur atau sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ini kerana untuk menjaga kebersihan permukaan permaidani yang sering menimbulkan masalah kerana mudah memerangkap habuk.

2.       Untuk mencegah pembiakan hama pada bulu permaidani, jemur permaidani di bawah panas terik matahari beberapa jam sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.

3.       Sila gunting hujung benang yang terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu permaidani yang tercabut, jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang tanggal.

4.       Penjagaan lebih teliti perlu diberi untuk permaidani yang mahal dan berkualiti. Permaidani seperti ini mungkin hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Pastikan permaidani dibersihkan dan dikeringkan sebelum digulung dan dibalut dengan kertas warna coklat untuk disimpan. Tutup bahagian hujung gulungan supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Simpan di tempat gelap dan berudara.

Sekian, Terima kasih

Dikirim Oleh am_2009 on Apr 30th, 2009 dan difailkan dibawah Deco Rumah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

3 Ulasan Dari “Merawat Permaidani-Tips hari ini”

  1. amirah berkata:

    memang betul, i pun kadang2 tarik jer bulu2 dekat hujung permaidani tu. last2 sampai botak rambu2 kat hujung permaidani. Itu yang buat rosak , menyesal i.

    yg paling x best i beli mahal tau i beli pakai australian dollar ;(

  2. wan berkata:

    aku vacum jer senang. lepas tu jemur la kapet tu selalu. jgn pakai tau tp nak jaga malas. but kadag2 i pun malas.

  3. wan kembang berkata:

    aku pun tak suka guna kapet, tapi mak metua aku yang sebok2 suruh guna. leceh tul nak menjaganyer.

Tinggalkan ulasan anda