Najib Lancar Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.

“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib.

– BERNAMA

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Kha, Apr 10, 2014 4:21:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Apr 10, 2014 2:58:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Apr 10, 2014 7:29:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Apr 09, 2014 5:03:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Apr 09, 2014 2:45:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mac 8th, 2011 dan difailkan dibawah Berita Bank Malaysia, Perbankan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

114 Ulasan Dari “Najib Lancar Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah”

  1. sazali berkata:

    wahh wahh… cantekkk

      (Petikan dari)  (Balas)

  2. Iffah berkata:

    Salam,

    Bermakna kita tak perlu bayar deposit 10% kepada pemaju untuk beli rumah. Adakah bayaran 10% akan dibayarkan dahulu oleh institusi berkenaan kepada pemaju bagi pihak pembeli?

    Bagaimana dengan lawyer fee dan MOT?

    Drumah ada maklumat mengenainya?

    Mari berkongsi bersama. TQ

      (Petikan dari)  (Balas)

  3. amer berkata:

    bagaimana untuk saya memohon skim perumahan nie,boleh kasi website atau ape2 maklumat untuk saya mohon?

      (Petikan dari)  (Balas)

  4. sheda berkata:

    efektif bila boleh apply ni? Tinggi x syaratnya? Mna nak check ya..

      (Petikan dari)  (Balas)

  5. ai berkata:

    camane nk apply?

      (Petikan dari)  (Balas)

  6. kampai berkata:

    hari ni ape yang saya nak buat pegi bank.
    nanti saya update ape kate bankk..

      (Petikan dari)  (Balas)

  7. katy berkata:

    i nk tanya.. rumah lelong boleh buat loan 100% tak dgn skim rumah pertamaku

      (Petikan dari)  (Balas)

  8. si tanggang berkata:

    rumah je ke? aku plan nk beli tanah boleh pakai ke skim rumah pertamaku. kalau boleh mmg cantek hari ni gak nk g apply

      (Petikan dari)  (Balas)

  9. nazrul berkata:

    macam mana nak apply

      (Petikan dari)  (Balas)

  10. nani berkata:

    semalam ada website disiarkan di berita TV3, tapi pagi ini cari tak jumpa pulak… macam mana ni?

      (Petikan dari)  (Balas)

  11. June berkata:

    untuk yg nk tau lebih lanjut, sila lawati [link blocked]

      (Petikan dari)  (Balas)

  12. NOR berkata:

    mcm mna nak apply ni…..

      (Petikan dari)  (Balas)

  13. areis berkata:

    menarik..mcmne nk apply ???

      (Petikan dari)  (Balas)

  14. halisa mohsoff berkata:

    salam semua,

    nak berkongsi sikit..pasal skim rumah pertamaku…1st aku dah cuba tanya kat bank yang terlibat mengenai skim ni..then diorg pon cakap la..suh kita cari dulu rumah yang mcm mn kita nak..pastu sendiri buat lasegala doc tu..pastu baru submit kat bank..diorg akan check la..kalau pas, leh ar approve..kalau x sori la…memang syarat dia gaji 3k kebawah, untuk rumah pertama jer. ,..tapi masalahnya..ada ker umah yang 100k ni???kalau ada pon maybe umah flat???betol x???aku check harga umah sekarang ni, teres contohnya, koman2 100k keatas…urmmmm so mcm mn ek??

    sekadar berkongsi….>)

      (Petikan dari)  (Balas)

  15. c-mi berkata:

    okay dari apa yang saya dapat tahu…

    proses pinjaman seperti biasa, secara internal bank akan menyemak segala rekod kredit kita, Syarat-syarat kelayakkan telah diperincikan…

    ikuti senarai ini;

    1. Harga rumah mesti 100K keatas

    2. Harga rumah tidak boleh lebih dari 220k

    3. berumur 35 tahun kebawah

    4. Gaji kasar sendiri atau combine mesti bawah RM3000. (walaupun gaji anda RM3001.00 anda tak layak mohon skim ni) : (

    5. Skim ni sasarannya untuk mereka yang kerja makan gaji. Yang bekerja sendiri an gaji x tetap comfirm x boleh

    6. Berita baik, yang blum kawin pun boleh apply asal umur jgn lanjut, mesti 35 tahun kebawah. :)

    7. Rumah lelong dari apa yang diberi tahu “rasanya boleh” – kalau auctioneer x minta deposit atau dia boleh return deposit

    8. Beli tanah atau kebun untuk tujuan buat rumah x boleh. Yang layak hanya untuk pembelian rumah

    9. Rumah siap atau masih didalam pembinaan tiada masalah asalkan semua kreteria atas dipenuhi…

    10. orang gomen atau glc boleh apply, tapi ini mesti rumah pertama, dan ikut syarat2 kt atas tu..

    secara asasnya cara nak mohon skim ni macam biasa saja. Awak kena pergi jumpa officer bank isi borang itu dan in, sedia dokumen itu ini.

    Lepas tu mereka akan semak rekod.. kalau blcklist atau ccris x cantik mmg tak dapat.

    kalau layak boleh dapat full finance dari bank.. cuma standby fee2 miscellaneous lain.

    ape pun mmg satu skim yang baik, jika anda layak ini lah masanya untuk apply.

    Takut2… PM tarik balik je skim ni… kena cepat…

    so ape lagi.. jom beli rumah!

      (Petikan dari)  (Balas)

  16. noorleo berkata:

    kalau saya tak bekerja ,boleh apply ke?

      (Petikan dari)  (Balas)

  17. farazraf berkata:

    permanent je ke? Leasing @ kontrak layak x?

      (Petikan dari)  (Balas)

  18. isaac hat berkata:

    Apa khabar semua.

    Satu skim yg amat kreatif yg diberikan oleh kerajaan yg bertanggungjawab terutamanya untuk golongan berpendapatan sederhana & rendah.

    Menjadi persoalan sekarang adalah pelaksanaannya mengikut apa yang dicanangkan. kalau betul pelaksanaannya banyak pihak akan mendapat manfaatnya.

    Perlu difikirkan adakah skim ini akan mengundangkan spekulasi hartanah yg kita sedia maklum sedang nazak sekarang. Patut pihak yang bertanggungjawab menyediakan kaedah atau informasi yang secukupnya kepada individu yang layak. Takut ada tangan yang menangguk di air keruh.

    Menjadi persoalan kita juga, adakah pihak bank atau instutusi kewangan sedia bekerjasama dgn pihak pemerintah. Selalunya kita dengar banyak sangat ketirisan dalam pelaksanaannya.

    Akhir sekali, kita sebagai masyarakat yang berfikiran matang & berpendidikan jangan cepat sangat ” teruja” tanpa melihat dahulu mekanismanya. Apapun jika terlaksana skim ini dengan jayanya hasrat kita untuk menjadi negara maju & keseimbangan pegangan ekonomi akan tercapai.

    Sekian.

      (Petikan dari)  (Balas)

  19. aju berkata:

    salam,cmner nk apply.adakah rumah tu kita bebas mencari janji mengikut harga yg dtentukan

      (Petikan dari)  (Balas)

  20. cida berkata:

    Kalau gaji bawah rm1000 ble ke…

      (Petikan dari)  (Balas)

  21. nurul berkata:

    mmg menarik tapi gaji bawah 1 k layak ke??

      (Petikan dari)  (Balas)

    • PakTeh berkata:

      sangat-sangat layak memohon tetapi bank yang mempertimbangkan. nurul memang ada kelayakan tetapi yang paling penting dapat kepastian daripada bank sebab setiap bank ada pertimbangan masing-masing untuk kelulusan.

        (Petikan dari)  (Balas)

  22. mohini berkata:

    -Adakah pekerja kerajaan & swasta blh memiliki rumah melalui skim ini?
    -Bagaimanakah prosedurnya?
    -Digunapakai untuk rumah baru atau boleh juga untuk menukar hak milik drpd pemilik Bumiputera kpd bukan Bumiputera

      (Petikan dari)  (Balas)

    • PakTeh berkata:

      - pekerja kerajaan dan swasta layak. tetapi yang kerja kerajaan telah menikmati kemudahan 100% loan melalui pinjaman perumahan kerajaan sejak dulu lagi.
      - prosedure mcm biasa nak loan rumah dengan bank cuma bagitahu nak ambil skim “rumah pertamaku”.
      - yang penting rumah pertama, harga RM220000..yang lain-lain atas pertimbangan bank.
      ..berdasarkan pengalaman, bank kalau rasa dia selamat dan menguntungkan pasti beri. x rugi mencuba dan pasti untung jika dapat.

        (Petikan dari)  (Balas)

  23. iena berkata:

    sy pon mcm bminat je,tp gaji 1000 kebwh leh ke apply!!!!!!

      (Petikan dari)  (Balas)

  24. eyta berkata:

    Sy yg sanggup bayar deposit 10% (tolak KSWP) ni pun bank x approved..alasan diorg high commitment..paadahal hutang kereta jer RM200.00..dua bank dah reject..ni tunggu bank yg ketiga lak..kalo mcm nie sampai ke tualah dok dudok umah sewa jer..

      (Petikan dari)  (Balas)

  25. akuh berkata:

    nak kepastian, rumah tu yg baru ker atau yg 2nd pun boleh buat SRP nie?

      (Petikan dari)  (Balas)

  26. Diana berkata:

    web ni byk membantu…
    tq atas info semua forumer2 kt sini baru clear cikit..
    klu x blur2 dibuatnya

      (Petikan dari)  (Balas)

  27. syida berkata:

    Assalammualaikum forummer yg budiman….sekadar nak bertanya kpd pihak yg berkenaan atau siapa2 yg tahu sbb saya x berapa nak paham ni…seandainya gaji seseorang rm1000 bersih sebulan,umur 33 thn dan berniat untuk membeli sebuah rumah berharga 100k dr pelan rumah pertamaku…anggaran bulanan byr balik loan rumah tu berapa?katakanlah 30 thn…saya rasa mahu dlm 700-800 sebulan…atau ade ape2 mekanisma yg saya kurang jelas?selain dr EPF yg mgkn dpt kurangkan bayaran…tp br kerja 3-4 thn berapa sgt akaun ke-2 seseorng tu ada

      (Petikan dari)  (Balas)

    • c-mi berkata:

      Kalau rumah harga 100k. Dgn 100% loan gaji seorang atau combine mesti 1500 keatas. kalau kurang mmg x dpt lah…

      : (

      Kalau gaji bersih 1000 ok lagi rasanya… pastikan installment bulanan rumah nanti 1/3 dr gaji

        (Petikan dari)  (Balas)

      • syida berkata:

        biar betul…1/3 dr rm 1000..300 lebey je cheekkk sebulan nak byr rumah….dpt ke byr loan rumah 100k?x masuk akal la cheekk….cube cite rasionalnye

          (Petikan dari)  (Balas)

        • c-mi berkata:

          Hahaha.. rasionalnya u kena faham mcm mana bank bg loan. cara asas dari gaji kasar bank akan lulus 1/3 dr gaji tadi.
          u x bg pun kita detail brp gaji kasar u. Sy assume gaji bersih tu ditolak segala hutang personal dan kereta. Dr situ u hanya perlu bahagikan 1/2 saja dr gaji bersih…

          Jd u boleh cari rumah yg monthly installment dlm $500 sebulan. Rumah 100k monthly installment dlm $494 sebulan (ikut blr-2%, 30thn)

          ikut calculator sy ni mmg boleh, tp ngam2 je. x masuk kos insurance dll. Kalau ikut kos2 lain mungkin lepas atau x ikut bank punya kredit valuation. Kalau lepas u mmg bertuahhh le sesangat

          tq

            (Petikan dari)  (Balas)

  28. c-mi berkata:

    X silap interest bank utk srp blr-1.8% saja… regulation dr bank negara katanya…

      (Petikan dari)  (Balas)

  29. ndyna berkata:

    salam..nak tanya..brosur rumah tu free ke?

      (Petikan dari)  (Balas)

  30. mama iman berkata:

    as`kum…

    br cadang nk beli umh…tp harga dlm 62 ribu..still leh uat loan umh p`tamaku ker…ke wajib beli umh 100k ke atas br dpt?lulus ke pnjman if gaji sy n suami rm2500(combine).tp kami cube byr kereta dlm 250 je sebln…help me?

      (Petikan dari)  (Balas)

  31. thiba berkata:

    skim rumah pertamaku:
    saya ingin tahu ini je, pada masa kini harga tanah meningkat naik bukanya bawah daripada 220k jika harga rumah lebih daripada amaun yang ditetapkan itu tidak dapat apply ke?

      (Petikan dari)  (Balas)

  32. rinie berkata:

    salam…
    saya nk kawen pda awl bln 6 nie..jdi sy dn tunang ade plan nk beli rumah..nk bt yg srp tu ler..
    tpi tkut plak phk bank de minx pe2 payment utk proses doc..
    gaji dlm anggaran rm 2500 sebulan..hutang just kereta jer dlm rm 500 sebulan, hutang personal yg lain2 tu xde ler..agak2 lepaih x loan??nk gi tny kt bank segan..hmm..kami dh de plan rumah nk bli yag sederhana shje rm 139k…
    kalo hrge rumah byk tu bpe kne byr yer anggaran sebulan???
    plz rply…tq..

      (Petikan dari)  (Balas)

  33. mas berkata:

    salam…
    gaji mesti melalui bank ke baru leh buat SRP tu???

      (Petikan dari)  (Balas)

  34. novmusimtengkujoh berkata:

    rumah semakin tahun semakin naik beribu2..
    gaji naik puluh2 ringgit je…
    abis la rakyat kalo mcm ni….

      (Petikan dari)  (Balas)

  35. apam berkata:

    kalau saya bekerja gaji rm3500..
    isteri lak bekerja gaji rm2200..
    bole tak isteri saya beli rumah melalui skim ni..
    ke dia cek gak combine gaji..lebih rm3000 kira x bole..

      (Petikan dari)  (Balas)

  36. isaac hat berkata:

    Harga rumah semakin mahal sekarang…so lebih baik kalu ada unit yg sesuai dgn budget…boleh consider utk beli.

    Jangan tunggu lama2…trend sekarang rumah semakin mahal…kita akan jadi macam singapura dalam masa 3-5 tahun lagi. Rumah terlampau mahal, nak beli rumah flat pun susah nanti.

    Terima kasih

      (Petikan dari)  (Balas)

  37. sya nk thu klau prnh beli rumah tapi blum dudk kerna terbengkalai bleh ke apply rumah pertamaku?

      (Petikan dari)  (Balas)

  38. NUR ALIN berkata:

    Salam, sy nak tya, sy bru bkerja 3 bulan dn bru menerima gji pertama. Sy adalh slh seorg kakitgn kerajaan. umur sy bru 22 thun. sy bermnat nk bli rumah kos sederhna utk djual di kwsan tmpat tggl sy berhrga 100k. dssbkn sy msih blum disahkn dlm jwtn, sy bercdg menggunakn loan bank utk pembelian rmah tersbt. bleh ke sy memohn pd bank utk menggunakn skim rumah pertamaku itu? kalu sy gna skim 2, bleh ke sy dpt full loan? hrp tuan/puan dpt tlg menjwb persoln sy ini dn sgra..tq.. ;)

      (Petikan dari)  (Balas)

  39. keyrol berkata:

    tipu je..da pnah apply,bank pon ckp,nk kne ade duit 10k jgak dlm tgn,…aku pon tgh blur nie…hmmm

      (Petikan dari)  (Balas)

    • PakTeh berkata:

      jika mengutungkan dan sudah pasti tidak merugikan bank, pasti bank terima. definasi mengutungkan ini sangat berbeza pada setiap bank berlainan cawangan walaupun bank yang sama. justeru itu, terus melawat dan bertanya pada setiap bank yang dirasakan ada potensi…semoga berjaya.

        (Petikan dari)  (Balas)

  40. akkim berkata:

    hi semua,

    sesiape yg dah pergi bertanya, tolong share syarat atau promosi yg dah dijalankan oleh pihak bank?….

    contoh hasil kajian aku:

    bank muamalat – promosi SRP hanya untuk rumah 200-220k baru dapat enjoy 2.2% BFR instalment selama 40thn…bwh 200k diorg xnak layan…mcm aku gaji kasar dlm 2k…layak utk rumah bwh 180k….adoiyai….

      (Petikan dari)  (Balas)

  41. simca berkata:

    SALAM..NK TANYA.
    1.).KLU SUAMI KERJA GJI RM 1200..DAN ISTERI PULA X KERJA..MSI BOLEH APPLY KE?
    2.) KLU XDA SLIP GAJI TP CUMA MINTA PENGESAHAN MAJIKAN SHJA BLE KA??

      (Petikan dari)  (Balas)

  42. Dol berkata:

    X PAYAH TGGU,X PAYAH BERHARAP & X PAYAH APPLY LA DGN SKIM SPR NI
    MMG TIADA JAMINAN & X LEBIH DR WAYANG UTK MERAIH SOKONGAN UNDI GOLONGAN MUDA!

    EVEN PARLIMEN SENDRI PUN BLM BLH BG JAMINAN LG PASAL SKIM NI
    KERAJAAN SENDRI PUN BLM BLH BG JAMINAN, BANK APE LA LG..
    BTL CKP KAYROL TU.X CAYA LU ORG PEGI LA SELURUH BANK YG ADA KT MESIA NI TANYA DORG PASAL SKIM NI.SENGIH KUCING DORG KT LU NTI
    HAHAHHA.PALING KUAT PUN DORG AKAN KATA BANK KITA BLM DCIDE LG UTK IMPLEMENT SKIM NI
    YG LG BEST DIRECT CKP WAYANG SEMATA2
    HAHAHAHAHA

    GUA NK TANYA
    ADA SAPA2 YG DH SUKSES DGN SKIM NI?
    (YG DPT LOAN 100% & DH DPT KUNCI DGN SKIM NI)
    KLU ADA BOLE LA SHARE2 PD MEREKA2 YG MASIH CONFIUS DGN SKIM NI
    CMNE NK APPLY
    BANK MANA
    CAWANGAN MANA
    NAMA PEGAWAI YG MANAGE SKIM NI
    KLU XDA HAL BG LA FON NO SENANG BLH DIRECT CALL TANYA
    X SALAH TLG-MNLG KAN..

    ITU PUN KLU DH ADA YG SUKSES LA…
    HEHEHEHE…

      (Petikan dari)  (Balas)

    • akkim berkata:

      der lu dah ader rumah ker?….

        (Petikan dari)  (Balas)

      • Dol berkata:

        gua dh ada der
        lu org nk ada rumah
        lu plan harga rumah yg lu nk beli (yg ngam dgn income lu)
        simpan duit lebih kurang 20% (deposit,legal & mrta)
        itu utk rumah sub-sale
        klu rajin survey rumah baru coz proses lg mudah
        biase dvloper dh cover utk legal & etc

        nk harap skim ni takut lu org gigit jari la

          (Petikan dari)  (Balas)

    • anak kampung berkata:

      looser!
      semua nak spoon feeding.
      pegi cari sendiri lah woiii
      bila application sendiri teruk, ccris tak bleh blah nak salahkan polisi yg org lain buat… nak berhutang… tapi bayar x mau…
      org macam ni x payah dilayan.. x membantu langsung… asyik mintak2 kalau dapat senyap.. terima kasih pun tidak…

      tapi kalau x dapat dia maki hamun… sampai ke sini org2 politik nak kempen idea busuk die…
      pigi daa weii main jauh2… sini org2 nak menuntut ilmu…

      ini macam punya mentaliti… Malaysia x akan pergi kemana-mana…

      ikhlas dari,

      anak kampung

        (Petikan dari)  (Balas)

      • fazli berkata:

        dah mmg dasar otak politik nih,pegila maner2pun,sumer org dier salahkan,dia betul sgt2 da kot.

          (Petikan dari)  (Balas)

      • Dol berkata:

        alamak..bdk kg citer mentality la.hehe
        ape bdk kg ingt mentaliti mcm bdk kg boleh buat mesia maju ke?
        blm ape2 mental lu dh set spoon feeding la, rekod teruk la ccris teruk la hutang xnk bayar la.hehe
        ubah mental lu dulu baru citer mentaliti org lain hehe

        ini bkn politik
        ini fakta dol..bkn saja2 nk provok
        kesian pd mereka2 yg berharap nk miliki rumha sendri doffer plak dgn skim mcm ni yg dh tentu2 nothing haha

        blajar pandai2 dpt kerja bagus2
        ada pluang tgk mainan2 org politik mesia ni
        bkn dok kampung dtg2 kl persoal mentaliti org
        haha
        hahaha

          (Petikan dari)  (Balas)

        • zack berkata:

          aku mmg sokong fazli!!kalo bkn sbb kerajaan, blom tentu negara mcm ni.,kalo nk harap org len,mmg xleh harap r wei!!nk2 org cm ko ni dol!!silap2 negara lingkop!!!hahahah!!kalo ko rase nk maju sgt, ko dok la negeri2 yg ko rase bkn kerajaan yg idop kn..selangor n penang 2 pn kalo bkn sbb kerajaan pegang dlu, xkn jadi cm ni skrg..sume sbb ade peruntukan dari kerajaan..huhu!

            (Petikan dari)  (Balas)

    • zack berkata:

      der..yg lu ni beriye sgt nape?ni mesti org bersih yg xsupport kerajaan kn..huhu!rasa nye kemudahan yg ade kt malaysia ni sume kerajaan yg sedia kn..selagi negara aman, makan n minum dapat sgt cukup, syukur la..ni lg gov nk sedia kn loan..org2 mcm lu ni sbnr nye jenis yg xbersyukur..huhu!nk ke negara jd mcm indon, thailand sume 2?silap2 lu ni pn keje gov..hahahhhaha!

        (Petikan dari)  (Balas)

  43. fiza berkata:

    ari tu sy ada tya 3 bank tp smua dorg tolak konon ny umur dh 35thn….d cni ckp sblom kesokan ariny….tp bank cuma nk umur 25thn….apa pn p la bank sdiri minta keterangan lanjut….klu mcm ni spai ke tua la klurga kmi duk umah sewa….

      (Petikan dari)  (Balas)

  44. kechik berkata:

    encik dol

    They didnt force you to take their loan, right? There are so many personal loans out there and yet you chose them without understanding their rates and charges. Whose to blame than?

      (Petikan dari)  (Balas)

  45. asyraf berkata:

    kerja bape thn baru bleh apply skim rumah pertama??

      (Petikan dari)  (Balas)

  46. hae berkata:

    caner nk apply ..ada isi form ke apa

      (Petikan dari)  (Balas)

  47. zura berkata:

    Salam saya nak tahu cara2 dan syarat-syarat memohon juga ingin tahu lebih lajut mengenai projek perumahan rakyat PRIMA ini.Di harap sesiapa dapat membantu memberi kan maklumat.Kerjasama anda mata di hargai,Terima Kasih

      (Petikan dari)  (Balas)

  48. juraimy berkata:

    macamana dengan yang nama disenaraikan hitamkan, masihkah boleh memohon?

      (Petikan dari)  (Balas)

  49. khamarul berkata:

    gaji sy RM 3050.00….dptkah saya buat pinjaman melalui skim ni…….

      (Petikan dari)  (Balas)

  50. hafis nordin berkata:

    salam 1 malaysia.. saya ade beberapa soalan
    1. di mana rumah kos sederhana di bina yang telah diwawar kan dalam TV??
    2. berapa maximum loan untuk rumah kos sederhana ?
    3. bagaimana nak apply skim ni?
    4. permohonan skim layak kepada golongan yang berstatus bujang atau berkahwin??

      (Petikan dari)  (Balas)

  51. diela berkata:

    salam….

    sy ingin memohon skim rumah pertamaku,tetapi rumah yg dikhaskan oleh pihak gov je kew blh wat pinjaman nie? sy dgr cerita je…Setahu sy xd pun disyaratkan begitu….

    klu basic 1600 layak kew dpt full loan?..dpt area KL mne murah2 ….
    Anggaran 100 ribu dpt kew?

      (Petikan dari)  (Balas)

  52. ina berkata:

    salam….

    sy ingin memohon skim rumah pertamaku,tetapi rumah yg dikhaskan oleh pihak gov je kew blh wat pinjaman nie? sy dgr cerita je…Setahu sy xd pun disyaratkan begitu….

    klu basic 1600 layak kew dpt full loan?..dpt area KL mne murah2 ….
    Anggaran 100 ribu dpt kew?

      (Petikan dari)  (Balas)

  53. nurrani berkata:

    A’kum sy nak tanya sy ini tak kerja tapi suami sy kerja sy nak beli rumah.sy nak guna Skim Rumah Pertamaku tapi suami sy berumur 38 tahun macam mana?

      (Petikan dari)  (Balas)

  54. susahhatitapisyukur berkata:

    Dah tanya RHB pasal skim ni.. jawapan mengecewakan.. interest 6% keatas. compare lain2 sekitar 4% HUH…malas nak tanya lanjut.. terima kasih ye bang officer bank kerana melayan saya pada skim yang tak seberapa ikhlas ni..

      (Petikan dari)  (Balas)

  55. lin jb berkata:

    adik lelaki sy bmnt ngn skim ni.di keje swasta status kontrak epf pn xde tp slip gj tiap2 bln ade..bleh x dia mohon rmh ni..

      (Petikan dari)  (Balas)

  56. ct berkata:

    untung orang gaji 3k kebwh ade peluang nak beli umah.. cam sye gaji kasar 3075.00. kompom tak layak. tapi itu tak trmasuk elaun yang mungkin akan ditarik balik.. kos hidup tinggi, keje jauh,keta lagi.. bela mak ayah..dah wat pinjaman sebab kos perubatan ayah(alhamdulillah..dapt berbakti). masalahnye tak layak mohon skim rmh pertamaku..nak gne cre biase tak mampu..deposit tinggi. so sape2 ade cdngan tak nak tlg bg pendapat untuk sye beli umah…cian golongan pertengahan macam sye.. atas kertas gaji mcm ok, hakikatnye………………..

      (Petikan dari)  (Balas)

  57. mama airis berkata:

    salam semua

      (Petikan dari)  (Balas)

  58. mama airis berkata:

    salam semua
    hi c-mi,saya nk tya pendapatan bersih suami saya RM1200 sebulan dan mpyai loan asb RM300 sebulan,adakah suami saya layak utk memohon rumah dr skim rumah pertamaku

      (Petikan dari)  (Balas)

  59. muhamad azman berkata:

    Kenapa umur pemohon rumah pertamaku dihadkan 35 tahun kebawah….ini TIDAK ADIL sekali……..masih ada orang senasib saya masih belum berkahwin Dan telah lanjut USIA….

      (Petikan dari)  (Balas)


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud